CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Seramai 35,516 orang telah diambil sampel ujian #COVID19 sehingga 28 Mac 2020 jam 12tengahari.

Daripada jumlah itu:

1. 6.5% atau 2,320 adalah positif
2. 69.6% atau 24,727 adalah negatif
3. 23.8% atau 8,469 masih pending.

Kes kluster perhimpunan di Seri Petaling paling ramai diambil sampel iaitu 12,500 yang mana 1,207 adalah positif.

Bagi kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19, 10,724 org telah diambil sampel dan 586 adalah positif.

7,426 org yang disyaki (PUI) diuji dan 461 positif.
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 28.3.2020:

Kes dilaporkan: 159

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 2320

Kes sembuh: 61

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 320

Jumlah kes di ICU: 73

Jumlah kematian: 27

- CPRC KKM
STATUS UBAT BAGI RAWATAN COVID-19 DI MALAYSIA

1. KKM ingin melaporkan berkenaan status ubat bagi rawatan COVID-19 di Malaysia. Semakan dengan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir/ Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Bekalan ubat tersebut telah sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan boleh digunakan untuk rawatan COVID-19.

2. Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19. Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh World Health Organization (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial - COVID-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan. NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin. Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal.

3. Dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), KKM.

4. KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit.

- KP KKM -
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 29.3.2020:

Kes dilaporkan: 150

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 2470

Kes sembuh: 68

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 388

Jumlah kes di ICU: 73

Jumlah kematian: 34

- CPRC KKM
*DG of Health Newsflash*

Penempatan kontak rapat kes positive kluster COVID-19 Hilir Perak ke Stesen Kuarantin Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak

- Tujuan Stesen Kuarantin adalah untuk mengasingkan individu berisiko dijangkiti atau menjangkiti individu lain bagi tujuan kawalan penularan COVID-19

- Stesen Kuarantin ILSM, Sungkai merupakan sebuah fasiliti pengajian yang sangat selesa dan terletak di kawasan sendiri, dikelilingi dengan taman yg hijau dan segar. Fasiliti ini juga memenuhi kriteria untuk kawalan penyakit berjangkit.

- Individu berisiko akan ditempatkan dalam bilik berseorangan yang selesa lengkap dengan kemudahan tandas di dalamnya. Kemudahan asas yang lain juga disediakan termasuk cerek, wifi, kelengkapan pembersihan diri, hand sanitizer, dan forehead thermometer.

- Makan sebanyak 4 kali sehari disediakan di samping makanan ringan

- Sepanjang individu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di sini, pemantauan kesihatan akan dijalankan setiap hari oleh pasukan perubatan yang bertugas. Sebarang gejala awal COVID-19 atau masalah kesihatan yang lain akan dapat dikesan awal dan ditangani dengan segera.

@DGHisham
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 30.3.2020:

Kes dilaporkan: 156

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 2626

Kes sembuh: 91

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 479

Jumlah kes di ICU: 94

Jumlah kematian: 37

Kes yang masih di hospital menerima rawatan:

- CPRC KKM
Bagi individu yang telah diarahkan untuk menjalani 'home/self surveillance' pastikan anda mematuhi tatacara Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah yang telah ditetapkan. Untuk makluman, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah ini merupakan arahan yang termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebarang khidmat nasihat mengenai COVID19, boleh hubungi CPRC Kebangsaan KKM di talian 03 8881 0200, 03 8881 0600 atau 03 8881 0700. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian COVID19 melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia.