CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pastikan daerah anda bebas daripada jangkitan COVID-19:
1. patuhi Perintah Kawalan Pergerakan: DUDUK DI RUMAH
2. kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer
3. Jarakkan diri 1 meter daripada orang lain (penjarakkan sosial)

Jagalah kampung dan Kawasan setempat bebas dari jangkitan COVID-19. Taburan daerah yang bebas COVID-19 di Malaysia.
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Garispanduan COVID19 Edisi 5_2020.pdf.pdf
Garispanduan COVID-19 Versi 5, KKM untuk rujukan dan panduan

- CPRC KKM -
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.
Kes kematian ke-24 (kes ke-1,056), seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di HKL dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

Kes kematian ke-25 (kes ke-2,032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 (kes ke1,321) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 jam 10.30 pagi.
44 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital. Jumlah ini adalah yang paling tinggi pernah dicapai dalam satu hari. Satu berita yang sangat baik dan perlu disyukuri!

Terima kasih dan tahniah, barisan hadapan KKM!
Teruskan mengawal dan menjaga keselamatan negara, ATM, PDRM, APM dan RELA.

Dan terima kasih pada rakyat Malaysia yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini!
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 27.3.2020:

Kes dilaporkan: 130

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 2161

Kes sembuh: 44

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 259

Jumlah kes di ICU: 54

Jumlah kematian: 26

- CPRC KKM
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama dengan Alam Flora telah menjalankan proses pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan Masjid Seri Petaling pada hari ini.

100 orang pekerja telah diberikan peralatan khas bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi tersebut susulan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

A major cleaning and disinfection exercise was carried out on Saturday (March 28) in the vicinity of the Seri Petaling Mosque in Sri Petaling.

Some 100 Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and Alam Flora personnel were on the ground with specialised equipment to sanitise the area following a directive from the National Security Council (MKN) and Health Ministry.

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah