CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 25.3.2020:

Kes dilaporkan: 172

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1796

Kes sembuh: 16

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 199

Jumlah kes di ICU: 44

Jumlah kematian: 19

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 1578

- CPRC KKM
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

- KP KKM -
*DG of Health Newsflash*

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

- KPK KKM
Sehingga pagi ini (26 Mac 2020), dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.
Terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 215 kes.

Sehingga 26 Mac 2020 jam 12 tengahari, terdapat 235 kes baru dilaporkan. Tambahan kes baru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,031.

60 daripada kes baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Baki 175 kes masih dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan kluster lain.

45 kes positif sedang dirawat di ICU. 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan #COVID19, menjadikan kes keseluruhan kematian sebanyak 23 kes.

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 26.3.2020:

Kes dilaporkan: 235

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 2031

Kes sembuh: 16

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 215

Jumlah kes di ICU: 45

Jumlah kematian: 23

- CPRC KKM
Pastikan daerah anda bebas daripada jangkitan COVID-19:
1. patuhi Perintah Kawalan Pergerakan: DUDUK DI RUMAH
2. kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer
3. Jarakkan diri 1 meter daripada orang lain (penjarakkan sosial)

Jagalah kampung dan Kawasan setempat bebas dari jangkitan COVID-19. Taburan daerah yang bebas COVID-19 di Malaysia.
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Garispanduan COVID19 Edisi 5_2020.pdf.pdf
Garispanduan COVID-19 Versi 5, KKM untuk rujukan dan panduan

- CPRC KKM -