CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
LAPORAN MAKLUM BALAS
PENULARAN BERITA BERKENAAN PENINGKATAN BILANGAN KES POSITIF COVID-19 DI KALANGAN DOKTOR DAN GANGGUAN OPERASI HARIAN DI HOSPITAL TELUK INTAN

Hospital Teluk Intan sedia maklum mengenai penularan berita baru-baru ini menerusi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp yang menyatakan terdapat peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di kalangan doktor sehingga menyebabkan operasi harian di Hospital Teluk Intan terganggu.

Dimaklumkan bahawa beberapa kakitangan perubatan telah disahkan positif Covid -19. Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan.

Pihak Pengurusan Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan exposure terhadap kakitangan hospital telah menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenalpasti.

Orang ramai digesa agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

Sebarang maklumat berkenaan Covid-19 hendaklah merujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel [email protected].
Sekian, terima kasih.

- KPK KKM
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sebelas (11) orang setakat ini.

Kes kematian kesebelas ini (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 23.3.2020:

Kes dilaporkan: 212

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1518

Kes sembuh: 20

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 159

Jumlah kes di ICU: 57

Jumlah kematian: 14

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 1345

- CPRC KKM
#COVID-19

DEMI RAKYAT DAN NEGARA, SELURUH JIWA RAGA MEREKA PERTARUHKAN

Inilah wajah-wajah mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan.

Seperti kalian, mereka juga mempunyai anak, ibu, bapa, suami atau isteri yang setia menunggu kepulangan di rumah.

Namun dalam keadaan genting ini, rakyat dan negara menjadi keutamaan. Meskipun paling berisiko dijangkiti virus, tidak sedikitpun mereka mengeluh, apatah lagi mempersoalkan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Langkah pencegahan telah diambil dan selebihnya diserahkan kepada Sang Pencipta untuk berlindung. Misi mereka hanya satu - pecahkan rantaian dan hapuskan COVID-19 agar masyarakat dan negara dapat kembali aman dan sejahtera seperti biasa.

Apa pula yang kalian perlu lakukan?

Duduklah di dalam rumah dan amalkan kebersihan diri serta ahli keluarga. Itu sahaja pengorbanan anda yang mereka harapkan. Hanya itu sahaja!

Bantu dan berikanlah sepenuh kerjasama kepada para petugas barisan hadapan demi kesejahteraan kita semua. Bantulah mereka wahai rakyat...

- Sumber MKN
Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan COVID-19 adalah dengan menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR). Ujian rRT-PCR yang dijalankan akan mengesan kehadiran virus COVID-19 yang terdapat di dalam badan pesakit.

Manakala ujian melalui teknik rapid test kit (RTK) yang kini terdapat di pasaran adalah bagi mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan akibat jangkitan yang dialami. Antibodi muncul di dalam badan sekitar 5-8 hari selepas jangkitan. Ujian RTK yang mengesan antibodi tidak dapat mengesan virus dan membuat pengesahan pantas jangkitan. Ini menyebabkan ia tidak dapat membantu dalam pengesanan awal kes COVID-19. Justeru, ujian RTK yang mengesan antibodi tidak disarankan untuk tujuan diagnosa COVID-19.

KKM menggesa orang ramai untuk tidak menjalani ujian RTK dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat khidmat nasihat dari Pengamal Perubatan, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan salah tafsir dan keresahan terhadap keputusan ujian yang diperolehi. - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 24.3.2020:

Kes dilaporkan: 106

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1624

Kes sembuh: 24

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 183

Jumlah kes di ICU: 64

Jumlah kematian: 15

Kes yang masih di hospital menerima rawatan:

- CPRC KKM
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
*DG of Health Newsflash*

To all the frontline healthcare workers, please stay strong and stay safe, we have to shoulder the responsibility to fight the invisible COVID-19, more importantly we are the last frontier of defence and our country depends on us. As whether we succeed or not it’s up to us now to take the lead and do our best for the King and country.

To the public, the government has implemented an unprecedented movement control order. Each and every one of us can help to win this war - Please stay at home and help us break the chain of COVID-19 transmission, practice social distancing and frequent hand washing.

MOH will continue our strategy of active case detection, “find, test, isolate and treat” all infected patients and take all the necessary public health measures plus enhanced our existing health care system.

Let's do this together for our nation.

—————————————-

Kepada semua warga kesihatan barisan depan, perkasakan diri anda dan jagalah kesihatan. Kita semua dipertanggungjawabkan untuk melawan COVID-19 yang tidak kelihatan, malah lebih penting lagi kita adalah benteng pertahanan terakhir dan negara kita kini bergantung kepada kita. Sama ada berjaya atau tidak, terpulang kepada kita sekarang untuk memimpin dan melakukan yang terbaik untuk Raja dan negara.

Kepada orang ramai, kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan gerakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Setiap seorang daripada kita dapat membantu dalam memenangi perang ini - Sila tinggal di rumah dan bantu kami memecahkan rantaian transmisi COVID-19, amalkan penjarakan sosial dan mencuci tangan dengan kerap.

KKM akan meneruskan strategi pengesanan kes aktif, "mencari, menguji, mengasingkan dan merawat" semua pesakit yang dijangkiti dan mengambil semua langkah kesihatan awam yang diperlukan serta meningkatkan sistem penjagaan kesihatan sedia ada kami.

Mari kita bersama-sama lakukan semua ini demi negara kita.

#DudukDiRumah
#StayAtHome

- KPK KKM
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 25.3.2020:

Kes dilaporkan: 172

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1796

Kes sembuh: 16

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 199

Jumlah kes di ICU: 44

Jumlah kematian: 19

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 1578

- CPRC KKM