CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir memberi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok untuk Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 42 Ahli Dewan Rakyat dan 15 Ahli Dewan Negara telah menghadiri sesi taklimat ini.

Pelbagai pandangan dan pendapat telah dikongsikan oleh mereka yang hadir pada hari ini berhubung Rang Undang-Undang baharu yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Berita lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0S6iVnWLCEW1TC45nHgUFbvYEK9oaMPTkutRr6XMKTMbJfsvESD3zVYK8yvbzVhTHl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah memberikan taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 untuk para pengamal media  selepas mengadakan taklimat  bersama Ahli-ahli Parlimen pada sesi pagi di Dewan Bankuet, Parlimen.

Taklimat yang diadakan ini adalah untuk memaklumkan kepada pengamal media mengenai intipati RUU yang akan melalui Bacaan Pertama di Parlimen pada 12 Jun 2023 (Isnin).

Seramai hampir 40 orang pengamal media yang telah hadir pada sesi taklimat ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai RUU melalui pembentangan dan sesi soal jawab yang diadakan.


Berita lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid028AALPVxV8opE9zdMD2LtMmERhNzo91dYQj4XvC1Z73bzBr6EhEQu6zHvNKU1zkQ4l&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.

Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif, ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis. Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.
Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain.

Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Pertussis.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari ini Jun 7, 2023 merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia.

Tahun ini, Hari Keselamatan Makanan Sedunia mengangkat tema Food Standard Save Lives yang menunjukkan betapa pentingnya standard bagi sesuatu produk makanan ditetapkan bagi memastikan makanan yang di ambil adalah selamat untuk di makan.

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 semua pihak turut memainkan peranan aktif dalam menjaga keselamatan makanan. Mulakan dengan PERHATI dan PILIH dari membeli bahan makanan yang berkualiti sehingga penyediaan dan penyimpanannya. Kepada peniaga atau pengendali makanan, adalah diharapkan amalan pengendalian makanan serta aspek kebersihan sentiasa diberi perhatian. Bagi pengguna sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan.

Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu, mari kita bersama-sama menjaga keselamatan makanan dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara madani.

Selamat menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023!!
Kenyataan Media
Kementerian Kesihatan Malaysia

7 Jun 2023 - Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia