CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan diadakan selaras dengan strategi MPOWER yang digariskan WHO FCTC. KKM mengadakan pelbagai program menggalakkan orang awam untuk menolak tabiat merokok dan menyuarakan hak mereka untuk udara bersih bebas daripada asap rokok.

Tembakau BUKAN tanaman komoditi utama negara. Langkah kawalan tembakau dijalankan KKM tidak menggalakkan tabiat merokok sekali gus mengehadkan tanaman tembakau.

Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut merupakan senarai hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok melalui perubahan tingkah laku.

Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemakluman Status Kes Kanak-kanak Berumur 2 Tahun Berkemungkinan Mengalami Keracunan Nikotin Dalam Rokok Elektronik
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2 hari lagi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengajak semua agar terus prihatin dengan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan dengan mematuhi 5 kunci keselamatan makanan ini!

#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 1
Buah-buahan dan sayuran wajib dicuci dahulu sebelum dikupas untuk menghilangkan kotoran atau bahan tercemar.

1 hari lagi !!

#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Mulai 4 Jun hingga 4 September 2023, lima lagi klinik kesihatan akan dilanjutkan operasi bagi memperluas projek rintis mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.

Klinik yang terlibat adalah
🏥 Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru
🏥 Klinik Kesihatan Ampang
🏥 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
🏥 Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong
🏥 Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh

KKM amat menggalakkan pesakit yang tidak mengalami sakit kritikal untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Pendekatan ini dapat membantu doktor dan anggota kesihatan dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir memberi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok untuk Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 42 Ahli Dewan Rakyat dan 15 Ahli Dewan Negara telah menghadiri sesi taklimat ini.

Pelbagai pandangan dan pendapat telah dikongsikan oleh mereka yang hadir pada hari ini berhubung Rang Undang-Undang baharu yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Berita lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0S6iVnWLCEW1TC45nHgUFbvYEK9oaMPTkutRr6XMKTMbJfsvESD3zVYK8yvbzVhTHl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz