CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahukah anda semua pengendali makanan termasuk pengusaha bazar Ramadan wajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid?

Ketahui mengapa pencegahan penyakit tifoid adalah penting.
Mari kita mencegah penularan penyakit tifoid semasa bulan Ramadan yang mulia.

Sumber: Immunise4Life
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 25 Februari 2023 (ME 8/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,042,188;
Kumulatif kes sembuh: 4,996,441 kes;
Purata kes aktif : 8,898 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,957 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 1 kluster).
Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 7/2023 dan ME 8/2023:

Bilangan kes baharu menurun sebanyak 8.6 peratus (1,495 kes kepada 1,367 kes);
Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 16.1 peratus (1,784 kes kepada 1,497 kes); dan
Bilangan kes kematian menurun sebanyak 50.0 peratus (4 kes kepada 2 kes).

Kenyataan penuh di : https://kpkesihatan.com/2023/02/28/kenyataan-media-kpk-28-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-8-tahun-2023-19-25-februari-2023/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Baru-baru ini, pemain badminton Malaysia, Chan Peng Soon, telah mendapatkan vaksinasi flu tahunannya untuk melindungi diri dan keluarganya daripada dijangkiti flu. Mari cegahi jangkitan flu bersama!

Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/

Sumber: Immunise4Life
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dato' Jalaludin Hassan telah mengambil suntikan flu tahunannya untuk mengurangkan risiko komplikasi berkaitan flu dan kemasukan ke hospital. Anda bila lagi?

Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/seniors/

Sumber: Immunise4Life
Semakin hari semakin meningkat kes kematian akibat demam denggi. Siapa lah esok yang menjadi korban denggi? Aedes tidak mengira siapa mangsanya sama ada bayi, kanak-kanak atau warga emas. Apa yang penting bagi Aedes adalah memastikan zuriatnya terus berkembang dan membiak. Kengkawan nak banteras Aedes mudah je cuma ambil masa 10minit seminggu kita hapuskan tempat2 pembiakannya di persekitaran rumah kita dalam dan luar. Ayuh kengkawan kita perang Aedes habis-habisan

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom selak e-majalah edisi Mac 2023 di https://bit.ly/3ma0SG1

YB Dr. Zaliha binti Mustafa mencatatkan sejarah sebagai Menteri Kesihatan pertama daripada kalangan wanita.

ANMS dan Malaysia Madani meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan. Inisiatif ‘Wellness Hub’ di seluruh negara dilihat mampu menyokong dalam merealisasikan pendekatan ini.

Pelbagai isu kesihatan turut dikongsi pada edisi kali ini seperti Virus Human Papilloma (HPV), Influenza, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Risiko Kecantikan Segera dan Tip Pemakanan di Bulan Ramadan.

Jangan lupa untuk baca, share dan like majalah ini!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai semua...Ada cadangan untuk pergi melancong ke musim cuti sekolah ni? Nak Gie mana tu? sebelum tu kami nak kongsikan Panduan Makanan Selamat Semasa Melancong Ke Luar Negara, bukan apa mudah mudahan percutian anda nanti akan menjadi baik - baik dan lancar sahaja. Jom kita baca sama - sama.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama.

Sumber: BKKM, JKN Johor
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lewat petang 02/03/2023, memantau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jawa, Segamat. Pasukan kami membawa sama barangan bantuan, keperluan wanita, dan keperluan kanak-kanak.

Kampung Jawa merupakan antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. Semoga semua mangsa tabah dengan ujian ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir ini, termasuk pasukan penyelamat, anggota masyarakat setempat, para sukarelawan dan semua yang berkenaan.

#DemiSekijang

Sumber: https://www.facebook.com/105057232411843/posts/pfbid0rkzDZDVoJhjmGNXccYSSBxEcCLNttHfRPbxANKcLpsoH8v6T2Z6FrMbme3o2MJCZl/?mibextid=Nif5oz
Elak tekanan semasa musim banjir

➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku
➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai
➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang
➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih
➡️ Tambah baik rutin harian
➡️ Buat keputuan yang rasional

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Patuhi nasihat pihak berkuasa

📞 Hubungi jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan kecemasan ketika menghadapi musim banjir.
PELEPASAN AIR EMPANGAN SELIAAN JPS DI JOHOR

1. Berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan melibatkan beberapa empangan di Johor, JPS telah membuat pelepasan empangan mengikut tatacara SOP operasi empangan.

2. Limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi. Limpahan air ini merupakan mekanisme yang direkabentuk untuk menjaga integriti dan keutuhan empangan.

3. Buat masa ini sebanyak 15 buah pam bergerak sedang beroperasi di kawasan-kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak. 10 buah pam bergerak dengan kapasiti 10cusec lengkap dengan genset telah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan. Operasi pam bergerak ini merupakan tambahan kepada sistem saliran dan pam sedia ada bagi mempercepatkan aliran air banjir untuk mengurangkan kedalaman banjir.

4. Orang awam dimohon untuk sentiasa bersiapsiaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana di Daerah dan Negeri