CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚

Ingat ya semua, ubat supositori diclofenac TIDAK seharusnya digunakan untuk rawatan demam panas yang dialami oleh kanak-kanak.

Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk alternatif lain bagi menurunkan suhu badan kanak-kanak😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Alhamdulilah, terkini penularan Covid-19 masih terkawal walaupun kita sudah membuka semua sektor dan melalui PRU15. Keadaan hampir kembali kepada sediakala seperti sebelum pandemik Covid-19.

Terima kasih kepada semua pihak terutamanya barisan hadapan yang menjadi benteng pertahanan terakhir dalam memerangi pandemik COVID-19.

Kita mesti ambil iktibar dan elakkan tsunami Covid-19 seperti yang sedang berlaku di negara China

InshaAllah marilah kita ikhlaskan hati, betulkan nawaitu, berusaha dan bertawakkal kepada Allah.

فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ

Usaha sebelum tawakkal & jangan leka, amalkan 3W & elak 3C;

• Avoid 3C: (crowded places, confined spaces & closed conversations );

• Practice 3W: (Wash, Wear, and Warn);

• Highly encouraged to wear a face mask

• Practice TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek)

- KPK KKM -

https://www.facebook.com/100044314485023/posts/pfbid0rFgL4UEyP3ewYF2SUACVUPg8jHwFRpX9swqTapLdvhkukMJkqWRrPnURTKUu1T6Kl/?mibextid=Nif5oz
PEMANTAUAN KESELAMATAN MAKANAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)

21.12. 2022 : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sebanyak 149 buah PPS telah dipantau melibatkan 10 daerah. Pemantauan ini menekankan aspek keselamatan makanan di tempat penyediaan makanan, penyimpanan bahan mentah, kaedah dan cara agihan makanan kepada mangsa banjir.

'Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama'

Sumber:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0X7ZMHazzM1LEYwkpGagvjmeU229bJtoo86BXsYDVp3HRvStPUkHxyhG2nXBqXQbAl&id=100064380380878&mibextid=Nif5oz
PROGRAM MINDA SIHAT DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA BANJIR DAERAH DUNGUN

Dungun, 20 Disember 2022 – Pasukan PFA daerah Dungun bersama Unit NCD, PKD Dungun telah mengadakan program minda sihat di pusat pemindahan daerah Dungun

Aktiviti yang dijalankan ialah:
🔈 Aktiviti Mewarna (Terapi Seni)
💡Aktiviti Psiko Pendidikan
🎈Aktiviti Relaksasi
# Intervensi awalan

Pegawai yang terlibat ialah kaunselor Faridah Akmal bt Abd. Aziz, PPKP Sharifah Aini Mohamad dan PPKP Sharifah Ain Adila bt Syed Kamal.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Padang Pulut di atas kerjasama yang telah diberikan.

Sumber:
https://www.facebook.com/100076257487410/posts/pfbid02XvdKoiPh3MAa1Xx4DSBZQXZuyKCA92ojXXZok7xAuiRTqpYkKZideGcNNSmtuXu7l/?mibextid=Nif5oz
21 DISEMBER 2022 || KUANTAN :

YH. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Nor Azimi Yunus) telah mengadakan lawatan ke PPS di SK Cherating, Kuantan yang menempatkan mangsa banjir pada pagi tadi. Turut hadir sama adalah Dr. Husnina Binti Ibrahim (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kesihatan Awam), Puan Rozita Binti Muhammad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi) dan Dr. Mohd Rahim Bin Sulong (Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan).

Di PPS tersebut, YH. Dato' Indera telah menyantuni mangsa banjir yang mempunyai penyakit kronik dan terlantar, melihat aktiviti sokongan psikososial, melakukan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir serta melihat tempat penyediaan makanan di PPS.

Sumber:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid021F3ja1M3R9Vm5FJKv6JUWSLMXjnEwgry949Wyau9NegR5kpub8ncZRRkVpz48roHl&id=215773048441911&mibextid=Nif5oz
Elak tekanan semasa musim banjir

➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku
➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai
➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih
➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang
➡️ Tambah baik rutin harian
➡️ Buat keputuan yang rasional

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cegah Penyakit Kulit Bawaan Air Banjir

Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit.

Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka.

Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berwaspada Menghadapi Musim Banjir

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama En. Muhammad Irsyad Zainal Bahrin dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Awasi Tahap Kesihatan Semasa Banjir

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Tam Jenn Zhueng dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Pastikan tiada luka yang terdedah. Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan.

Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang.

Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun.

Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah Kawasan larangan merokok, termasuk vape.

Sekiranya anda melihat ada individu yang merokok dalam PPS, tegurlah dengan berhemah dan sopan.

Hormatilah invididu lain. Usah tambah derita mangsa banjir yang lain dengan asap rokok.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🗣️ Saranan Ketika Sambutan Hari Natal 🎄

➡️ Sebelum berkumpul, lakukan ujian pengesanan COVID-19 jika bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

Elakkan berkumpul jika bergejala bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

😷 Pakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai serta semasa melakukan aktiviti bersama kumpulan berisiko tinggi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bencana Banjir... bersediakah anda?

Dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir menerusi https://www.infosihat.gov.my

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📢Ketika Musim Monsun Timur Laut, Bilik Gerakan Banjir Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan dan di beberapa buah negeri yang terjejas oleh banjir telah diaktifkan sejak pertengahan bulan November 2022.

📌Bilik Gerakan Banjir diaktifkan untuk tujuan penyelarasan aktiviti kesiapsiagaan dan tindakcepat pihak kesihatan sebelum, semasa dan selepas banjir.

📌 Orang ramai dan agensi lain yang mempunyai pertanyaan mengenai isu-isu kesihatan berkaitan banjir, boleh menghubungi Bilik Gerakan Banjir CPRC untuk maklumat lanjut.
ISU PENARIKAN SEMULA PRODUK SOS PASTA BERKRIM CARBONARA CENDAWAN BERJENAMA PREGO YANG DIDAPATI TELAH ROSAK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia. Pihak syarikat telah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.

Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.

Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.

Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.

Orang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. KKM sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 DISEMBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/12/23/kenyataan-media-kpk-23-disember-2022-isu-penarikan-semula-produk-sos-pasta-berkrim-carbonara-cendawan-berjenama-prego-yang-didapati-telah-rosak/
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama