CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kini, pensanitasi tangan dijual dalam pelbagai warna dan wangian di pasaran. Jadi, sanitasi tangan bukan lagi satu perkara yang membosankan ☝🏼

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semua pasti tak sabar nak keluar mengundi lebih-lebih lagi pengundi 18 tahun ke atas.

Namun ingat ya, COVID-19 masih berada di kalangan kita.

Pakai pelitup muka dan gunakan pensanitasi tangan. Anda juga digalakkan membawa pen sendiri untuk mengelak daripada dijangkiti dan menjangkiti COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 5 November 2022 (ME 44/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 4,923,538;
- Kumulatif kes sembuh: 4,850,491 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,493 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,104 kluster (kluster aktif: 21 kluster).

Perbandingan antara ME 43/2022 dan ME 44/2022:

- Bilangan kes sembuh pada ME 44/2022 meningkat sebanyak53.5 peratus (13,495 kes kepada 20,718 kes) (Rajah 7);
- Bilangan kes baharu pada ME 44/2022 meningkat sebanyak 57.3 peratus (16,917 kes kepada 26,616 kes) (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 57.4 peratus (16,890 kes kepada 26,577 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 44.4 peratus (27 kes kepada 39 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 44/2022 meningkat sebanyak 45.0 peratus (20 kes kepada 29 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 44/2022 meningkat sebanyak 18.4 peratus (28,252 kes kepada 33,449 kes) berbanding ME 43/202

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/11/07/kenyataan-media-kpk-7-november-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-44-30-oktober-5-november-2022/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semasa menghadiri kempen pilihanraya, pastikan sentiasa pakai pelitup muka dan gunakan pensanitasi tangan.

Sekiranya bergejala, lakukan TRIIS sebelum menghadiri kempen tersebut.

Lindung diri dan lindung pengundi PRU.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kekal Selamat : Musim Banjir dan Mengundi

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 7.50 pagi bersama En. Muhammad Irsyad Zainal Bahrin dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikkuKekal Selamat : Musim Banjir dan Mengundi

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 7.50 pagi bersama En. Muhammad Irsyad Zainal Bahrin dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kepada orang ramai yang hadir ke kempen pilihanraya, elakkan daripada membawa kanak-kanak ke kempen PRU tersebut.

Lindungi kanak-kanak daripada jangkitan COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunasi yang sepatutnya.

Bagaimana?
Rujuk dan ketahui jadual imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda.

Layari laman sesawang

http://www.myhealth.gov.my

& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Azlita

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bahan pembunuh jentik-jentik merupakan kaedah kawalan dan pencegahan Demam Denggi dengan membunuh jentik-jentik Aedes.

Bahan pembunuh jentik-jentik jenis paket atau jenis kapsul perlu digunakan mengikut dos yang disarankan, bersesuaian dengan lokasi penggunaan.

Boleh rujuk infografik di bawah bagi dos yang disarankan di tempat seperti tangki simbah, tong simpan air, kolah mandi dan palung hujan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apa itu CAC?

CAC adalah COVID-19 Assessment Centre (Pusat Penilaian COVID-19). CAC beroperasi secara fizikal (iaitu di Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta) mahupun secara maya dan membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

Senarai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) boleh diperolehi di https://covid-19.moh.gov.my/hotline
Lengkapi Diri dengan Dos Penggalak Kedua Sebelum PRU-15

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Varian XBB & PRU-15 : Lengkapi Diri dengan Dos Penggalak Kedua

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku
PRU15 : Tingkatkan Kawalan Kesihatan Kendiri

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Trend kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan.

Begitu juga dengan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU akibat COVID-19. Peningkatan ini selari dengan dengan pengesanan sub-varian Omicron XBB di negara ini, pada Oktober lalu.

Bagi memastikan kita mengharungi fasa hidup bersama virus COVID-19 secara terkawal dan selamat, orang ramai diingatkan untuk memakai pelitup muka dengan betul di tempat ramai dan sesak, amalkan penjagaan kebersihan tangan serta patuhi #TRIIS.

Vaksin masih berkesan mengurangkan gejala serius akibat jangkitan semua varian virus COVID-19, termasuk XBB. Justeru, KKM menyeru kepada yang layak untuk segera mengambil vaksin dan dos penggalak. Dapatkan temujanji anda melalui aplikasi MySejahtera.
Jagalah keselamatan anda semasa musim banjir

📌 Ikuti 9 langkah keselamatan seperti dikongsikan.
Bulan November adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia.
Kesedaran kesihatan kepada masyarakat khususnya lelaki merangkumi kesihatan mental dan kanser prostat.

Sekiranya anda berusia 40 tahun dan ke atas, lakukan ujian saringan kesihatan.
Ketahui status kesihatan anda.

#menshealthawareness