CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 telah diusahakan sejak 2003 lagi. Dikongsikan kronologi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Atlet negara juga menyatakan sokongan penuh mereka terhadap #GEG

Jangan sia-siakan peluang ini dengan menzahirkan sokongan anda terhadap KKM melalui pembentukan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan dibentangkan pada hari ini untuk bacaan kali ke-3

#SayaSokongGEG
KBSMalaysia
Masalah merokok telah semakin terbeban dengan masalah merokok alaf baharu termasuk rokok elektronik dan vape.

Sehingga kini jumlah pengguna rokok elektronik dan vape semakin meningkat termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kawalan berkaitan rokok elektronik dan vape
PERLU DILAKSANAKAN.

INI MASANYA!

#SayaSokongGEG
Beri sokongan bagi melindungi kesihatan generasi akan datang daripada masalah ketagihan nikotin serta bahan kimia berbahaya akibat daripada produk merokok.

#SayaSokongGEG
MEROKOK adalah TIDAK SELAMAT dan ia membahayakan alam sekitar dan orang yang tidak bersalah di sekitarnya.

Tujuan utama RUU Kawalan Produk Tembakau dan
Merokok 2022 adalah untuk mengawal penggunaan
kesemua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape.

Ayuh beri sokongan bagi mewujudkan generasi 'bebas rokok' di Malaysia.

#SayaSokongGEG
Fasal 3, 4, 5 & 6 iaitu peruntukan-peruntukan berkaitan pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau merupakan peruntukan baharu yang telah dicadangkan dalam RUU Kawalan Produk
Tembakau dan Merokok 2022.

Peruntukan-peruntukan in penting bagi
membolehkan pendaftaran, penguatkuasaan dan penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau secara sah.
BERIKAN SOKONGAN KEPADA RUU INI!

#SayaSokongGEG
Kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion bagi
merawat pesakit merokok pada tahun 2020
berbanding kutipan cukai produk tembakau
RM2.67 bilion.

Peruntukan RUU Kawalan Produk Tembakau
dan Merokok 2022 dapat:

▶️ menurunkan peratusan perokok di Malaysia
▶️ menurunkan beban yang ditanggung oleh
kerajaan dalam merawat penyakit yang
disebabkan oleh tabiat merokok.

#SayaSokongGEG
Keluarga Malaysia pemangkin kemakmuran.
Lindungi Generasi Muda daripada sebarang bentuk tabit merokok.

Bersama ke arah Generasi Bebas Rokok (GEG)

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengarkan Laporan Khas Sempena Perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Buletin Utama, TV3 yang telah disiarkan pada 1 Ogos 2022 (Isnin) untuk peringatan bersama.

Sayangi diri anda

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dato' Jamal Abdillah turut menyokong penuh GEG demi masa depan anak-anak.

Jom dengarkan apa yang beliau katakan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tip untuk TIDAK mula merokok

▶️ JANGAN mencuba
▶️ JANGAN terikut-ikut
▶️ JANGAN benarkan sesiapa merokok berhampiran anda dan keluarga.

Katakan TIDAK kepada sebarang bentuk tabiat merokok.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pelakon Zulkifli Ismail pernah menjadi perokok tegar dan kini telah hampir 12 tahun bebas rokok.

Beliau tidak mahu generasi muda mengalami kesan buruk merokok yang pernah dialaminya. Oleh itu beliau menyokong penuh GEG untuk melindungi serta menyelamatkan generasi masa depan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
GEG bukan satu retorik. Sokong #GEG sebagai generasi penamat untuk masa hadapan.

#SayaSokongGEG