CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
*DENGARKAN SUARA GEG*

Mahukah kita jadikan anak-anak generasi akan datang Malaysia sebagai mangsa *KETAGIHAN PRODUK MEROKOK*.

Ayuh semua...sokong RUU Tembakau dan GEG. Bantu sebarkan video kesedaran ini sebagai tanda sokongan anda melalui platform media sosial anda dengan _caption_ *SAYASokongGEG*
*PERNYATAAN SOKONGAN KEPADA PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022 OLEH MENTERI KESIHATAN*

Merujuk kepada Rang Undang-undang Kawalan Poduk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan pada 29hb. Julai 2022. Majlis Presiden bagi Persatuan dan Kesatuan yang terdiri daripada Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia ( KIKSM), Kesatuan penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKPS), Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak (KIKS), Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) dan Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH). Dengan ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin atas pembentangan tersebut.

Sebagai Pegawai yang dilantik untuk melaksanakan Penguatkuasaan akta tersebut. Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia serta jabatan lain di bawah kerajaan tempatan adalah berpengalaman dan mahir kerana telah melaksanakan tugasan ini semenjak dari pengujudan Peraturan-peratuan Kawalan Hasil Tembakau 2004 lagi. Dengan itu kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi aspirasi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai Generational End Game bagi produk tembakau demi kesihatan rakyat Malaysia.

Pihak kami juga percaya Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan aktiviti pengukuhan kemahiran dan pengetahuan pegawai-pegawai yang akan dilantik bagi melaksanakan tugasan ini melalui latihan dan kursus berkaitan dari masa ke semasa. Pihak Majlis Presiden akan membantu pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha ini agar penguatkuasaan yang dilaksanakan dapat memenuhi semua keperluan perundangan dan norma antarabangsa, terutama yang melibatkan penguatkuasaan ke atas kanak-kanak.

Pihak Majlis Presiden sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia atas pembentangan Rang Undang-undang ini.


Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM),
Kesatuan penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKPS),
Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak (KIKS),
Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM)
Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH).
Beware! COVID-19 is Still Out There

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Mohd Ihsani Mahmood from Division of Disease Control, MOH.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wira Negara ❤️
Tahniah Team Birmingham💪

Pemenang Pingat Emas, Acara Angkat Berat, Sukan Komanwell turut bersama KKM dalam menyokong Generational Endgame. #GEG

💯Pastikan anak cucu kita tidak lagi terjebak dalam aktiviti merokok seawal usia remaja.

Ayuh kita mulakan usaha ini untuk generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 sebagai generasi penamat.

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
WIRA NEGARA BERSAMA KKM❤️
Tahniah Team Birmingham💪

Pemenang Pingat Emas, Acara Angkat Berat, Sukan Komanwell turut bersama KKM dalam menyokong Generational Endgame. #GEG

Sertai perjuangan ini. Mari kita bersama melahirkan generasi bebas rokok. #SayaSokongGEG

📌Pastikan Anak cucu kita tidak lagi terjebak dalam aktiviti merokok seawal usia remaja.

🔥Ayuh! kita mulakan usaha ini untuk generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 sebagai generasi penamat.
Makluman yang sahih berkaitan MySejahtera boleh didapati melalui media sosial MySejahtera.

Waspada penyebaran maklumat yang tidak sahih. Sila rujuk infografik ini.

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Perlaksanaan GEG, perlindungan sepanjang hayat. Ayuh Malaysia berikan sokongan anda bagi melindungi generasi masa hadapan.

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jangan musnahkan masa depan anak anda hanya kerana ROKOK.

🔥 Seronok hanya sekejap sahaja, tetapi penderitaannya berpanjangan sehingga generasi seterusnya.

Ikuti perkongsian serta pesanan Alif Satar, pengacara dan pelakon popular Malaysia berkenaan kemudaratan merokok.

“Let’s be better, live a healthier lifestyle. Let’s be healthy Malaysians. Stop, quit and don’t start smoking.” 🚭

#SayaSokongGEG
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 30 Julai 2022 (ME 30/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,677,270;
- Kumulatif kes sembuh: 4,594,311 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,960 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,038 kluster (kluster aktif: 19 kluster).

Perbandingan antara ME 29/2022 dan ME 30/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 30/2022 meningkat sebanyak 35.4 peratus (22,757 kes kepada 30,823 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 30/2022 menurun sebanyak 5.2 peratus (29,886 kes kepada 28,339 kes);
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 5.3 peratus (29,858 kes kepada 28,286 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 89.3 peratus (28 kes kepada 53 kes).

Bilangan kes kematian pada ME 30/2022 menunjukkan penurunan sebanyak 28.6 peratus (63 kes kepada 49 kes) berbanding ME 29/2022; dan

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 30/2022 adalah 47,176 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 3.6 peratus berbanding minggu sebelumnya .

https://kpkesihatan.com/2022/08/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-30-24-30-julai-2022/
GEG ADALAH UNTUK GENERASI MASA HADAPAN. Kita ingin mereka hidup sihat dan selamat tanpa rokok. Ayuh Malaysia 🇲🇾, ini masanya!

#SayaSokongGEG
Apakah yang perlu anda lakukan selepas anda menjalani ujian kendiri COVID-19 (samada keputusan anda positif atau negatif)?

Sila ikuti langkah seperti di infografik ini.

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Kita tak nak generasi kita terus terpengaruh dengan rokok, jadi kita harus memberi sokongan kepada GEG.”

Hayati dan fahami pesanan yang dinyatakan oleh Mawi, penerbit dan penyanyi popular di Malaysia berkenaan kemudaratan merokok. 🚭

#SayaSokongGEG
Anak-anak kecil ada hak untuk menghirup udara segar tanpa bau asap rokok.

Mari kita bersama melahirkan generasi bebas rokok. Ayuh berikan sokongan anda bagi melindungi generasi masa hadapan.

#ANMS
#KekalSihat
#GEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ibu bapa yang prihatin sentiasa melindungi anak daripada pengaruh rokok dan vape.

Bersama kita lindungi generasi muda daripada sebarang bentuk tabiat merokok.

Malaysia ke arah Generasi Bebas Rokok (GEG)

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 telah diusahakan sejak 2003 lagi. Dikongsikan kronologi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Atlet negara juga menyatakan sokongan penuh mereka terhadap #GEG

Jangan sia-siakan peluang ini dengan menzahirkan sokongan anda terhadap KKM melalui pembentukan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan dibentangkan pada hari ini untuk bacaan kali ke-3

#SayaSokongGEG
KBSMalaysia