CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 25 JULAI 2022

PENGISYTIHARAN JANGKITAN MONKEYPOX SEBAGAI PUBLIC HEALTH EMERGENCY OF INTERNATIONAL CONCERN (PHEIC) OLEH WHO DAN KESIAPSIAGAAN KKM MENGHADAPI KEMUNGKINAN JANGKITAN MONKEYPOX DALAM NEGARA
Vaksin Influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin Influenza perlu dikemaskini bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus Influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Minggu depan satu Akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan dibentangkan di Parlimen. Kita semua boleh memainkan peranan untuk Akta ini diluluskan. Sama-sama kita lahirkan generasi yang lebih sihat. #GEG
Soalan-soalan lazim berkaitan penyakit Monkeypox
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis adalah penyakit keradangan hati akibat daripada jangkitan virus hepatitis.

Hepatitis A - Berjangkit melalui pencemaran makanan dan Air

Hepatitis B & C - Berjangkit melalui darah yang tercemar

Lakukan ujian saringan hepatitis jika anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan dapatkan rawatan segera jika perlu.

Bersama kita cegah hepatitis.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis B berjangkit 50-100 kali ganda lebih mudah berbanding HIV.

Hepatitis B boleh menular melalui darah, cecair badan dan hubungan seksual daripada pembawa penyakit Hepatitis B dan boleh hidup di dalam bendalir badan di persekitaran sehingga 7 hari.

Dapatkan ujian saringan Hepatitis sekiranya anda berisiko mendapat jangkitan.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) adalah satu bentuk kawalan perundangan yang melarang aktiviti berkaitan merokok seperti:

menggunakan;
menghisap dan
berada dalam milikan mereka sebarang bentuk produk merokok dalam kalangan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan ke atas.

❤️ Beri sokongan.

Lindungi kesihatan generasi akan datang daripada masalah ketagihan nikotin serta bahan kimia berbahaya akibat daripada produk merokok.

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Generational Endgame boleh mengurangkan jumlah perokok, mengawal ketagihan dan menyelamatkan banyak nyawa.

Sokong #GEG untuk kebaikan anak-anak dan cucu-cucu kita di masa hadapan. It’s now or never. - Khairy Jamaluddin -
𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗞𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2022 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menerima kunjungan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk memastikan pelaksanaan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitarannya dapat dilaksanakan di agensi ini.
Isu kesihatan yang dilihat semakin menjadi tanggungjawab penting kerajaan dengan peningkatan penyakit berjangkit pasca pandemik COVID-19 dilihat memberi kesan kepada sektor ekonomi, pendidikan dan kehidupan sosial.

Antara peningkatan masalah kesihatan yang terkesan sepanjang tempoh pandemik ini adalah daripada status tahap obesiti rakyat (50.1%), peningkatan tekanan darah tinggi (30.3%), peningkatan tahap kolestrol (38.1%) dan tahap gula dalam badan (18.3%).
KKM telah membentangkan fasa pelaksanaan ANMS untuk tempoh 10 tahun bagi 2 penggal yang merangkumi 4 fasa dari 2020 hingga 2030. Antara 4 teras yang diperkenalkan ialah Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat, Memantapkan Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan, Memperkasakan Kawalan Kesihatan Kendiri dan Memantapkan Kesihatan Persekitaran.

MARA akan memberikan komitmen dalam penglibatannya merealisasikan objektif tersebut dengan cadangan mempromosikan inisiatif ANMS di semua platform media MARA dan agensi di bawahnya, menyampaikan mesej pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan hidup rakyat dalam aktiviti-aktiviti MARA dan melaksanakan program kesihatan dan kebersihan di Pusat MARA.

MARA turut menyokong cadangan menyertai siri Jelajah ANMS yang diadakan di seluruh negeri antara Jun hingga September 2022 ini termasuk menyokong Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) yang dijangkakan pada Sabtu minggu ke dua (2) November 2022.

Pertemuan ringkas yang diadakan di bangunan Ibu Pejabat MARA itu telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA bersama barisan ahli Pengurusan MARA, manakala delegasi KKM seramai 7 orang telah diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Puan Suraiya Syed Mohamed.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0J8gvtwjtVhmMxUzTvFWp1oRvG6Q9C2Y7RX5tErhKf4qzYUsadvfLQB3wYM9VwELgl&id=100064864710943
Apa itu ILI?

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Aznida Mohamad Zaki dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#ILI
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.

Selain itu, Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan.

Oleh itu, KKM akan melaksanakan bayaran tanpa tunai (cashless) mulai 1 Oktober 2022.
Walau bagaimanapun, bayaran secara tunai MASIH DITERIMA sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad ATM/debit atau kad kredit atau e-dompet.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis A merupakan penyakit keradangan hati.

Hepatitis A berjangkit melalui pengambilan air dan makanan yang tercemar oleh virus Hepatitis A.

Penyakit ini boleh dicegah dengan amalan Penjagaan kebersihan diri yang baik
Penggunaan air yang bersih dan selamat
Penyediaan makanan yang bersih dan selamat
Memastikan sistem tandas dan pelupusan sampah dalam keadaan sempurna.

Segera ke klinik untuk dapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda dan gejala.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis A merupakan penyakit keradangan hati akibat jangkitan virus Hepatitis A (HAV).

Ia boleh berjangkit melalui fekal oral, pengambilan makanan oleh pengendali makanan yang dijangkiti dan boleh menyebarkan jangkitan pada minggu pertama dan berlarutan sehingga 2-3 minggu sebelum mula menunjukkan simptom.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah golongan berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis A.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Amalkan kebersihan diri yang baik bagi mencegah jangkitan Hepatitis A.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama