CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Rawatan antiviral Paxlovid berkesan untuk pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana untuk mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk.

Walau bagaimanapun, rawatan antiviral ini perlu diberikan dalam tempoh lima (5) hari sejak mula bergejala.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, dapatkan penilaian perubatan awal untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.
________________________________

Paxlovid antiviral therapy is effective for high-risk COVID-19 patients who have mild to moderate symptoms to prevent the disease from worsening.

However, the antiviral treatment has to be initiated within five (5) days from the onset of symptoms.

Therefore, if you are in a high-risk group, get a medical assessment early to determine your eligibility to take Paxlovid.
Jika anda sakit, kekal berada di rumah dan lakukan ujian kendiri COVID-19.

Teruskan memakai pelitup muka di kawasan yang tertutup dan ruangan yang sesak dan sempit serta pengudaraan yang terhad.
----------------------------------------------------------------
If you are sick, stay at home and get yourself tested.

Continue wearing mask indoors and at confined and crowded space with poor ventilation.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangan lupa ke Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh pada 16 - 17 Julai 2022 ini.

Sumber: JKN Perak
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Alamak, dah memang norma baharu kan?😅 Rasa pelik la pulak nak pergi tempat awam semula 👁👄👁

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ubat antiviral Paxlovid mampu mengelakkan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih teruk. Bagi yang berisiko tinggi dan mengalami gejala ringan hingga sederhana, anda boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk penilaian dan jika layak, boleh diberikan Paxlovid.

- Khairy Jamaluddin -
MySejahtera kini berwajah baharu dengan ciri-ciri baharu yang dapat membantu kita pantau & lihat maklumat kesihatan kita. Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. Kemaskini app anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini. https://t.co/230vpkecLr
Boleh WhatsApp aduan di 010-8608949. Terima kasih. https://t.co/uHcmsSizw9
Kemaskini kepada MySejahtera 2.0 sekarang

kini dengan fungsi baharu untuk memudahkan urusan kesihatan anda.

Rekod saringan kesihatan
Rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak (*) rujuk terma
Rekod vaksinasi seperti di paparan info

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#ReopeningSafely
KENYATAAN AKHBAR

Penambahbaikan aplikasi MySejahtera 2.0 sebagai platform kesihatan awam
Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/368743142061334/
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 16 Julai 2022 (ME 28/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 4,619,045;
- Kumulatif kes sembuh: 4,540,717 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,848 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,026 kluster (kluster aktif: 12 kluster).

Perbandingan antara ME 27/2022 dan ME 28/2022:

- Bilangan kes sembuh pada ME 28/2022 telah meningkat sebanyak 16.8 peratus (16,379 kes kepada 19,138 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 28/2022 telah meningkat sebanyak 23.4 peratus (21,355 kes kepada 26,355 kes);
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 23.4 peratus (21,325 kes kepada 26,317 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 26.6 peratus (30 kes kepada 38 kes).

Bilangan kes kematian pada ME 28/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus (38 kes kepada 39 kes) berbanding ME 27/2022; dan Purata kes aktif setiap hari bagi ME 28/2022 adalah 38,110 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 18.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/07/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-julai-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-28-10-16-julai-2022/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim di fasiliti kesihatan swasta.