CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 24 (12 JUN - 18 JUN 2022)
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 18 Jun 2022 (ME 24/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,538,922;
Kumulatif kes sembuh: 4,476,829 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,732 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,015 kluster (kluster aktif: 4 kluster).

Perbandingan antara ME 23/2022 dan ME 24/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 24/2022 menurun sebanyak 2.6% (10,806 kes kepada 10,524 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 24/2022 meningkat sebanyak 27.9% (11,096 kes kepada 14,195 kes);
Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 28.1% (11,076 kes kepada 14,187 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 60.0% (20 kes kepada 8 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 24/2022 menunjukkan penurunan kepada 16.0 % (25 kes kepada 21 kes) berbanding ME 23/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 24/2022 adalah 24,053 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 9.3 % berbanding minggu sebelumnya.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/06/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-24-12-18-jun-2022/ .
This is an achievement to the most severe global crisis in our century. The vaccination & all the life-saving interventions conducted past years proven successful. We must continue to invest in our Healthcare towards a sustainable and equitable future.

Congratulations Malaysia!

https://twitter.com/aafaizli/status/1538731440023535617?s=20t
Risiko mendapat jangkitan Cacar Monyet di Malaysia adalah rendah.

Dapatkan rawatan jika anda mengalami ruam yang kelihatan seperti Cacar Monyet dan berkemungkinan terdedah kepada virus.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#malaysiasihatsejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pakai pelitup muka terutamanya di ruangan sempit dan sesak dengan orang ramai. Dapatkan vaksinasi lengkap.

Ingat.. pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022, sehingga 18 Jun 2022, hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 24/2022, sejumlah 106,477 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 39 kali ganda berbanding jumlah kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,710 kes. Jika dibandingkan dengan 31,500 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19), ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 24/2022 (12 hingga 18 Jun 2022) adalah 10,556; menurun sebanyak 19.3% berbanding ME 23/2022 (5 hingga 11 Jun 2022) iaitu 13,077 kes. Tren kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME21/2022.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling banyak mengalami HFMD; iaitu 95,175 (89%) adalah kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 9,183 kes (9%).

Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Dua (2) kes HFMD yang disahkan dijangkiti EV71 masih di bawah pemantauan rapi di Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis).

Kenyataan Penuh : https://kpkesihatan.com/2022/06/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-24-2022/
Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 22 Jun 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Diana Mahat
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Penyakit jarang jumpa adalah penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku kurang 1 dalam 4,000 orang.

Dikongsikan definisi dan kriteria kemasukkan penyakit dalam senarai penyakit jarang jumpa di Malaysia.

https://t.co/JJnU9vwfUh
Orang dewasa turut berisiko dijangkiti HFMD.

Sekiranya bergejala, elakkan diri anda daripada kanak-kanak bagi mencegah penyebaran jangkitan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#malaysiasihatsejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa sebagai keadaan yang jarang berlaku di mana mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

Sehingga kini, terdapat 474 jenis penyakit jarang jumpa disenaraikan di dalam Malaysian Rare Disease List yang boleh dimuat turun di https://www.pharmacy.gov.my/v2/en/documents/malaysian-orphan-medicines-guideline-2020.html