CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐣𝐢?

Jika ya, jom bersama-sama kita dapatkan tip persiapan ubat-ubatan sebelum bertolak agar jemaah haji dapat beribadah dengan sebaiknya di sana nanti 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Dah nak bertolak untuk mengerjakan ibadah haji?

Sepanjang perjalanan ke Tanah Suci, pastikan anda mengambil ubat dan menyimpan ubat mengikut panduan yang ditetapkan. Bagi jemaah yang perlu mengambil insulin, perhatikan juga tanda-tanda hipoglisemia atau hiperglisemia bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Sambutan Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria. Tema Sambutan pada tahun 2022 adalah 'Harness Innovation to Reduce The Malaria Disease Burden and Save Lives'.

Sekiranya seseorang bergejala demam dan mempunyai sejarah masuk ke kawasan berisiko Malaria atau baru pulang dari negara endemik Malaria perlu segera mendapat rawatan di fasiliti kesihatan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Majlis Perasmian Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/731631647982591/
SHAH ALAM – Malaysia buat pertama kalinya pada Ahad mencatatkan sifar kematian akibat Covid-19 sejak lebih 18 bulan lalu yang menyaksikan kes kematian harian di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kali terakhir negara mencatatkan tiada kematian bagi kes Covid-19 adalah pada 18 Disember 2020.

Khairy turut memberitahu bahawa peralihan kepada transisi endemik juga telah diukur dan dipacu dengan data.

“Hari ini, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Khairy dalam masa sama turut menyeru orang ramai terus berdoa supaya usaha yang dilakukan khususnya dalam menangani Covid-19 melalui peralihan kepada fasa endemik membuahkan hasil.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/207759/KHAS/Covid-19/Covid-19-Malaysia-kembali-catat-sifar-kematian
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 DI BAWAH #PICKids PADA 20 HINGGA 24 JUN 2022 SEMPENA MINGGU IMUNISASI KEBANGSAAN
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 24 (12 JUN - 18 JUN 2022)