CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Apakah perbezaan Cacar Monyet, Cacar Air dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Di bawah Program #PICKids, kanak-kanak akan diberikan vaksin Comirnaty dos ke-2 mengikut kategori umur penerima dan formulasi dos seperti dikongsikan. https://t.co/Sw3MM6VkLd
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tibi merupakan antara penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian tertinggi namun ia boleh dicegah dan dirawat.

Kelewatan menjalani saringan dan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kematian.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#investtoEndTB
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bahayakah HFMD?

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 14 Jun 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :

YBhg. Dato' Dr. Nor Azimi Yunus
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Aktiviti pencegahan dan kawalan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut di negeri Kelantan

12 Jun 2022 - Sesi TownHall Meeting HFMD Peringkat negeri Kelantan 2022
Wujudkan tempat isolasi di taska / tadika.

Asing anak jagaan anda jika mempunyai gejala seperti demam, ruam atau ulser semasa berada di pusat jagaan.

Hubungi ibu bapa mereka untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan dengan segera.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 23/2022 (pada 11 Jun 2022), sejumlah 95,924 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 36 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,654 kes. Jika dibandingkan dengan kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) iaitu sebanyak 30,880 kes, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 23/2022 sahaja adalah 13,080, menurun sebanyak 22.9 % berbanding ME 22/2022 iaitu 16,954 kes. Tren kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 86,230 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 7,878 kes (8%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,816 kes (2%)

Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) disahkan dijangkiti EV71 dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU. Manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/06/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-23-2022/
Jom ikuti FB Live petang ini, 14 Jun 2022

Tajuk : Ancaman HFMD: Selamatkah Anak Anak Kita?
Jam : 3.00 Petang

di FB Page JKN Perlis

#CegahHFMD https://t.co/gBnF92gjUV
Kesiapsiagaan Menghadapi Cabaran Kesihatan Fasa Endemik

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Hari Denggi Asean

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Nooreen Farzana Mustapha dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
"KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI CABARAN KESIHATAN FASA ENDEMIK"

DR. MOHD IHSANI MAHMOOD
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

https://fb.watch/dE-YOHMAj5/

Sumber: NASIONALfm - Sentiasa di hati
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cegah HFMD

Mulakan dengan kebersihan tangan, sentiasa amal dan latih anak-anak 7 langkah mencuci tangan yang betul.

Terus Waspada.
Jaga Kebersihan Diri dan Persekitaran.
Lindungi anak-anak kita.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐣𝐢?

Jika ya, jom bersama-sama kita dapatkan tip persiapan ubat-ubatan sebelum bertolak agar jemaah haji dapat beribadah dengan sebaiknya di sana nanti 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM