CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Khutbah Jumaat di masjid-masjid di Negeri Pulau Pinang turut membuat hebahan kejadian dan langkah kawalan serta pencegahan HFMD yang meningkat di seluruh negara pada masa sekarang.
*SESI DIALOG TOWNHALL MEETING DAN TAKLIMAT PENYAKIT BERJANGKIT SIRI 2/2022*

Tarikh: 1 Jun 2022
Hari: Rabu
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Ar-Rahman, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun

Sesi dialog townhall meeting siri kedua telah diadakan oleh unit penyakit berjangkit (CDC) Pejabat Kesihatan Daerah Dungun bersama pemilik dan guru taska/tadika di daerah dungun bagi memberikan penerangan taklimat tentang penyakit berjangkit dan membuka peluang sesi dialog.

Antara taklimat penyakit berjangkit yang diberi adalah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) oleh Dr Hilmi, penyakit demam campak (measles) oleh Dr Wan Soliha dan HIV oleh Dr Amirah.

Penekanan diberikan terhadap langkah pencegahan seperti aktiviti gate keeping yang efektif, sanitasi dan personal hygiene.

Diharapkan semua pemilik dan guru taska mendapat kefahaman yang jelas, lebih sensitif dan peka terhadap penyakit berjangkit ini bagi kemaslahatan dan kesihatan semua terutamanya anak jagaan.
*SESI DIALOG TOWNHALL MEETING DAN TAKLIMAT PENYAKIT BERJANGKIT SIRI 1/2022*

Tarikh: 29 Mei 2022
Hari: Ahad
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Ar-Rahman, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun

Rentetan dari penyakit berjangkit yang semakin meningkat kini terutamanya insiden penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), satu townhall meeting telah diadakan oleh unit penyakit berjangkit (CDC) Pejabat Kesihatan Daerah Dungun bersama pemilik dan guru taska/tadika di daerah dungun bagi memberikan penerangan taklimat tentang penyakit berjangkit dan membuka peluang sesi dialog.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGECUALIAN BAYARAN UJIAN PENGESANAN COVID-19 (RT-PCR) BUAT JEMAAH HAJI MALAYSIA BAGI MUSIM HAJI 1443H/2022M
Monkeypox adalah disebabkan oleh virus Monkeypox daripada kumpulan Orthopoxvirus.

Tanda-tanda jangkitan Monkeypox mirip cacar yang telah dibasmi pada tahun 1980 di seluruh dunia.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Virus Monkeypox ditularkan kepada manusia melalui gigitan haiwan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan atau luka pada kulit / mukosa haiwan yang dijangkiti.

Ia juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair badan atau ruam makulopapular / vesikular pada orang yang dijangkiti atau melalui titisan pernafasan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENJELASAN BERKAITAN ISU KEKURANGAN BEKALAN UBAT-UBATAN DI PASARAN MALAYSIA
Cuti sekolah dah mula esok.

Seronoknya!! Tapi sebelum bercuti, pastikan tiada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar bangunan sekolah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Program Kesihatan Pergigian KKM ingin memaklumkan bahawa Sistem Janji Temu Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia di klinik-klinik pergigian terpilih di seluruh Malaysia akan 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 buat sementara waktu 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟯 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 untuk kerja-kerja penambahbaikan sistem bagi usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan tersebut kepada pelanggan KKM.

Sehubungan itu, kerjasama anda berkenaan perkara berikut amatlah dihargai dalam tempoh penambahbaikan sistem tersebut:

• Anda boleh terus hadir ke klinik pergigian KKM yang berhampiran tanpa sebarang janji temu untuk mendapatkan rawatan kecemasan pergigian.

• Jika anda telah pun mempunyai janji temu yang telah ditempah menerusi Sistem Janji Temu Klinik KKM, anda masih boleh hadir ke klinik pergigian berkenaan mengikut tarikh janji temu tersebut.

• Jika anda ingin mendapatkan rawatan pergigian tetapi tidak mempunyai janji temu, anda disarankan menghubungi klinik pergigian KKM tersebut terlebih dahulu atau boleh hadir ke klinik pergigian KKM tersebut untuk mendapatkan pemeriksaan atau tarikh janji temu bagi rawatan yang diperlukan.

Pihak Program Kesihatan Pergigian KKM prihatin akan kekangan yang timbul dan segala kesulitan yang anda alami amatlah dikesali.

Sila rujuk post sebelum ini di pautan di bawah untuk senarai klinik yang terlibat:
👇👇👇👇
https://www.facebook.com/274376222695360/posts/2552974491502177/?d=n

Sekian harap maklum.
Kes HFMD semakin meningkat kebelakangan ini.

Didik anak-anak anda untuk mengamalkan langkah mencuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tempoh inkubasi Monkeypox adalah 5-21 hari.

Tempoh kebolehjangkitan adalah sepanjang tempoh bergejala. Virus Monkeypox dikesan melalui PCR.

Monkeypox biasanya sembuh dengan sendiri selepas 2 hingga 4 minggu.

Komplikasi penyakit ini adalah seperti radang paru-paru, keradangan pada otak dan lesi pada kornea mata.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah pencapaian MySejahtera sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Tahniah dan ribuan terima kasih atas tenaga dan kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Sila rujuk infografik ini untuk maklumat lanjut.

______________________

Here are the achievements of MySejahtera throughout the National COVID-19 Immunization Program.

Congratulations and many thanks for the efforts and cooperation of all parties who worked hard to make this programme a success.

Please refer to this infographic for more information.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely