CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Tidak perlu kita “panic buying”.
Salam sejahtera dan salam hormat. Sila ikuti sidang akhbar KPK KKM sebentar lagi.

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 17.3.2020:

Kes dilaporkan: 120

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 673

Kes sembuh: 7

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 49

Jumlah kematian: 2

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 622

- CPRC KKM
Dua kematian iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai
pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac.

Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.
Sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

- CPRC KKM
Hari yang sangat hiba bagi kami di KKM apabila 2 pesakit COVID-19 kami meninggal dunia.

Kami di KKM selalu berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyembuhkan pesakit-pasakit kami.

Malang tidak berbau...

Saudara-saudari sekalian, masyarakat Malaysia yang dikasihi sekalian, tugas membendung penularan wabak COVID-19 bukan sahaja terletak di tangan kami, mahupun pihak berkuasa. Setiap insan di Malaysia mesti mengambil tanggungjawab untuk membantu kami.

2 minggu ini sangat penting. Sangat penting untuk menyekat penularan wabak ini. Ingatlah nasihat KKM dan kerajaan. Patuhi perintah kawalan pergerakan.

NO FEAR NO RUMOR NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat.

Kes global makin meningkat dengan jumlah kes sebanyak 197,830 melibatkan 152 buah negara. Negara Itali mencatat 31,506 kes, kedua tertinggi selepas negara China diikuti dengan negara Iran (16,169), Spain (11,826), Germany (9,360), South Korea ( 8,413), France (7,695) dan USA (6,362).

Jumlah kematian secara global adalah 7,944 kes iaitu sebanyak 4.02%. Kadar sembuh adalah sebanyak 49.42%.

- CPRC KKM
Hari ini adalah hari pertama "perintah kawalan pergerakan" di negara kita. Dengan kata-kata mudah, "sila duduk di rumah" dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah".

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. "Duduk di rumah dan jangan keluar "

Sumber: MKN

#mycombatcovid