CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Penyakit HFMD semakin mengganas.

Dengan adanya fungsi pengesan penyakit berjangkit di dalam aplikasi MySejahtera, anda boleh

Mengenal pasti kawasan berisiko tinggi
Merancang perjalanan atau aktiviti
Mengelak daripada mengunjungi kawasan yang mempunyai bilangan kes yang tinggi
Mengambil langkah-langkah pencegahan HFMD

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
☀️Pendedahan kepada cuaca panas boleh menyebabkan sistem badan gagal mengawal suhu badan lalu menyebabkan peningkatan suhu badan yang tinggi sehingga terjadinya strok haba.
Strok haba (heat stroke) boleh berlaku dengan tanda-tanda berikut:

👉 Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
👉 Fungsi mental terjejas - Kekeliruan/kebingungan
👉 Koma
👉 Sawan

🚨 Strok haba boleh menyebabkan maut.

😎Kekal hidrasi dan elakkan melakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.

Dikongsikan rawatan segera yang boleh dilakukan sekiranya orang di sekeliling anda mengalami strok haba.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anak anda bangun pagi seperti hari-hari biasa tetapi hari ini dia demam, terdapat ulser di dalam mulut, terdapat ruam di sekeliling badan dan tidak berselera untuk makan atau minum apa-apa. Anak anda mungkin menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut.

Apa itu penyakit tangan, kaki dan mulut?

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber: Universiti Malaya
MIS-C merupakan komplikasi jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh Oktober 2021 sehingga 2022, sejumlah 245 kes MIS-C dilaporkan dimana 3.3% berakhir dengan kematian
Vaksin COVID-19 mampu melindungi anak anak anda dari gejala teruk COVID-19 dan MIS-C. Vaksin anak anda segera sebelum tarikh tutup PICKids pada 31hb Januari ini .

https://fb.watch/d2MNEiMs0I/
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Mei 2022 (ME 20/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,489,503 kes (kes aktif: 28,085 kes);
Kumulatif kes sembuh: 4,425,777 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,641 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,011 kluster (kluster aktif: 34 kluster).
Perbandingan antara ME 19/2022 dan ME 20/2022 (Rajah 7):
Bilangan kes sembuh pada ME 20/2022 meningkat sebanyak 21.1% (12,618 kes kepada 15,278 kes) berbanding ME 19/2022;
Bilangan kes baharu pada ME 20/2022 menurun sebanyak28.8% (19,137 kes kepada 13,630 kes) berbanding ME 19/2022 (Rajah 8);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak28.8% (19,108 kes kepada 13,615 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 48.3% (29 kes kepada 15 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 20/2022 menunjukkan penurunan kepada 12.1 % (33 kes kepada 29 kes) berbanding ME 19/2022; dan
Bilangan kes aktif pada ME 20/2022 meningkat sebanyak 17.5% (177,973 kes kepada 209,138 kes) berbanding ME 19/2022 (Rajah 9).

https://kpkesihatan.com/2022/05/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-mei-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-me-20-2022-15-21-mei-2022/
Ciri terbaru Pemerhatian Terhadap Kesan Panjang Jangkitan COVID-19 (MYLONGCOVID) di Aplikasi MySejahtera.

Pengguna MySejahtera yang baru dijangkiti COVID-19 digalakkan untuk melengkapkan borang pemerhatian (MYLONGCOVID) ini.

Ciri ini boleh didapati pada “Perlu Dilakukan” di aplikasi MySejahtera anda.

Sila rujuk infografik ini.

______________________

The latest feature of MySejahtera, COVID-19 Long Term Effects Observation (MYLONGCOVID).

MySejahtera users who are newly infected with COVID-19 are encouraged to fill out this observation form (MYLONGCOVID).

This feature can be found on “Things To Do” in your MySejahtera app.

Kindly refer to these infographics.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#MYLONGCOVID
#Reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki, telah dilaporkan di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Penyakit cacar monyet adalah mirip penyakit cacar (smallpox) yang telah dibasmikan pada tahun 1980 berikutan program imunisasi cacar yang berjaya di seluruh dunia. Berikut adalah soalan lazim mengenai jangkitan monkeypox bagi menjelaskan lagi mengenai penyakit ini.
Ramai yang mengalami gejala-gejala COVID-19 sebaik pulang dari percutian. Adakah anda juga mempunyai gejala COVID-19?

Jika ya, anda disarankan untuk melakukan ujian kendiri COVID-19 dan melaporkan keputusan ujian dalam aplikasi MySejahtera.

_____________________________________

Many people developed symptoms of COVID-19 after returning from vacation. Are you symptomatic too?

If so, you are strongly advised to perform a COVID-19 self-test and report it in MySejahtera app.
🕋 Bagi musim haji tahun 1433 Hijrah/ 2022 Masihi, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dari semua negara setelah dua (2) tahun ia ditangguhkan akibat pendemik COVID-19.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji:

✔️ Perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas.
✔️ Mengesyorkan pengambilan dos penggalak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan dos penggalak pertama kepada semua jemaah yang bakal menunaikan ibadah mereka manakala dos penggalak kedua bagi golongan yang berisiko.

Oleh itu, dikongsikan saranan pengambilan dos penggalak kepada bakal Jemaah haji mengikut kumpulan umur dan faktor risiko.

Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji).
• KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

• Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki.

👉 Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox.

• Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

• KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1893056120887063&id=187891761403516