CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Tingkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan bahaya penyakit hipertensi kepada kesihatan.

Ubah tingkah laku untuk mencegah dan mengawal penyakit hipertensi.

Cakna status kesihatan kendiri dan amalkan langkah-langkah C.E.R.D.I.K.

➡️ CERGASKAN Diri Anda
➡️ ELAKKAN Pengambilan Alkohol
➡️ ROKOK, Berhenti & Jangan Mulakan!
➡️ DIET Seimbang
➡️ Berat Badan IDEAL
➡️ KENDALI Stres

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan pautan janji temu dos penggalak kedua, yang hanya diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas. Pautan janji temu ini boleh didapati pada garis masa vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Buat masa ini, hanya vaksin Pfizer yang diberikan bagi dos penggalak kedua.

Sila rujuk infografik berikut.
_______________________________________

Here are the steps to book the second booster dose appointment using the link provided, which is only given to individuals 60 years of age and above. This link can be found in the vaccination timeline on the MySejahtera app.

For now, only the Pfizer vaccine is given for second booster dose.

Kindly refer to these infographics.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#PICKids

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Doktor terpaksa tidurkan Darrien”.

Dengarkan perkongsian Encik Hazrul tentang pengalaman anak lelakinya yang dijangkiti COVID-19 dengan komplikasi serius.

Jika anak anda berusia 5 hingga ke 11 tahun pada 31 Mei 2022, bawa mereka untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara percuma dibawah PICKids sebelum 31 Mei 2022.

Tekan pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3wjV27z
Sesiapa sahaja boleh menghidap hipertensi. Dianggarkan 1 daripada 3 penduduk dewasa Malaysia menghidap hipertensi, iaitu bersamaan kira-kira 6.4juta orang.

Daripada jumlah ini, separuh daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit hipertensi. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap“ (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi sehinggalah munculnya komplikasi penyakit.


Saksikan Webinar dan Pelancaran Hari Hipertensi Sedunia 2022 melalui FBLive KKM yang akan diadakan pada 19hb Mei 2022 (Khamis) bermula pada jam 10 pagi, dengan barisan panel jemputan yang berkredibiliti untuk mengupas isu mengenai hipertensi.

Untuk penyertaan dan pendaftaran tuan/ puan adalah dijemput untuk klik pada link ini
https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_-1UMzY6AR7iPAizQ_DDStA

#harihipertensisedunia2022
#TekananDarahTerkawalHidupLebihSejahtera
#MeasureYourBloodPressureAccuratelyControlItLiveLonger
Pengambilan ubat dengan cara yang betul adalah amat penting bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang selamat dan berkesan.

𝐉𝐚𝐝𝐢, 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐛𝐞𝐥 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐮𝐛𝐚𝐭! 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
“Tahniah rakyat Malaysia 🇲🇾. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka.” - Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/379532640875412
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
📣 Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak telah dilanjutkan ke 31 Mei 2022. Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang masih ingin mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak mereka.

Ayuh rebut peluang iniDapatkan vaksin bagi:

🛡️ melindungi anak-anak daripada jangkitan teruk COVID-19.
🛡️ memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.85. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SARANAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK KEPADA BAKAL JEMAAH UNTUK MUSIM HAJI TAHUN 1433 HIJRAH / 2022 MASIHI