CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia
ME 18/2022
Peringatan kepada semua, 15 Mei 2022 merupakan tarikh akhir pemberian Dos 1 Vaksin COVID-19 di bawah PICKids.

Untuk maklumat berkaitan PICKids, sila layari:
https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids
AWAS dan ambil tindakan berjaga-jaga bagi mengurangi risiko jangkitan HFMD kepada anak kecil.

Ibu-bapa perlu memberikan penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan lima (5) amalan ini bagi mencegah dan mengawal jangkitan HFMD:

1. Penjagaan kebersihan diri.

2. Amalan cuci tangan yang betul.

3. Penjagaan kebersihan.

4. Pemeriksaan/ saringan di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah dan sekolah.

5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan yang tercemar.

Semoga bermanfaat.

#SihatSejahteraSyawal
KKM telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera bagi kes penyakit berjangkit di kawasan sekitar:
✔️ Penyakit COVID-19
✔️ Anjing Gila (Rabies)
✔️ Demam Campak (Measles)
✔️ Denggi
✔️ Kaki, Tangan & Mulut (HFMD)

Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit.
Semoga masyarakat dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

#SihatSejahteraSyawal
Let's protect our children from the side effects of the COVID-19 virus.

Get vaccinated, kids, it saves lives!

Get your first dose of #PICKids before the final date which is 15 May 2022 (Sunday).

Sumber: Protect Health
Lindungi Kanak-kanak Sebelum PICKids Ditutup, daftarkan anak-anak anda untuk DOS PERTAMA (1'st dose) sebelum dihentikan pada 15 Mei (Ahad) 2022 ini.

Lindung Diri, Lindung Kanak-kanak, Lindung Semua.

Layari laman https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk mendapatkan senarai PPV yang menawarkan vaksin untuk #PICKids

Sumber: Protect Health
Sehingga 21 April 2022, WHO telah menerima 169 kes 'Hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya’ dalam kalangan kanak-kanak berumur antara 1 bulan hingga 18 tahun.

Sehubungan itu, KKM:

✔️ Telah mempertingkatkan survelan bagi hepatitis akut.
✔️ Protokol rujukan dan pengurusan kes “Hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya” juga sedang dibangunkan.
✔️ Pemantuan situasi kejadian dalam kalangan kanak-kanak akan terus dijalankan
✔️ Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

🚨 Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang mengalami gejala berkaitan hepatitis akut seperti yang dikongsikan dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERKHIDMATAN PERUBATAN REHABILITASI GEJALA COVID BERPANJANGAN (LONG COVID)