CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
SUDAH BERSEDIA UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN?

Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik ketika memandu di Aidilfitri ini.

'Microsleep' yang terjadi terutamanya sewaktu memandu sangat merbahaya .

Nyawa tiada ganti.

#SihatSejahteraSyawal
❗️IMPORTANT NOTICE❗️

CLOSURE OF PPV OFFSITE D’NETWORK @ SETIA ECO PARK, SHAH ALAM

Please be informed that all appointments of 2nd dose PICKids at

📍PPV Offsite D’Network @ Setia Eco Park

will be diverted to
📍Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam 📍

starting from 1st May 2022, due to the closure of PPV D’Network.

Please check your MySejahtera app for the appointment time at PPV IDCC Shah Alam.

We apologise on behalf of the PPV operator for the inconvenience caused 🙏🏼

Thank you.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Mei 2022 (ME 18/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,456,736 kes (kes aktif: 23,276 kes);
Kumulatif kes sembuh: 4,397,881 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,579 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 71 kluster).

Perbandingan antara ME 17/2022 dan ME 18/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 18/2022 menurun sebanyak 45.1% (56,352 kes kepada 30,930 kes) berbanding ME 17/2022 ;

Bilangan kes baharu pada ME 18/2022 menurun sebanyak58.3% (20,937 kes kepada 8,732 kes) berbanding ME 17/2022 (Rajah 8);

Bilangan kes tempatan menurunsebanyak58.3% (20,876 kes kepada 8,703 kes); dan

Bilangan kes import menurunsebanyak52.5% (61 kes kepada 29 kes).

Bilangan kes kematian pada ME 18/2022 menurun sebanyak 42.9 % (56 kes kepada 32 kes) berbanding ME 17/2022; dan

Bilangan kes aktif pada ME 18/2022 menurun sebanyak 48.0% (412,555 kes kepada 214,405 kes) berbanding ME 17/2022.

https://kpkesihatan.com/2022/05/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-mei-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-me-18-2022-1-7-mei-2022/
Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini.
____________________________

Update the MySejahtera to the latest version (1.1.9) immediately to use the new features of this app.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.76. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia
ME 18/2022
Peringatan kepada semua, 15 Mei 2022 merupakan tarikh akhir pemberian Dos 1 Vaksin COVID-19 di bawah PICKids.

Untuk maklumat berkaitan PICKids, sila layari:
https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids
AWAS dan ambil tindakan berjaga-jaga bagi mengurangi risiko jangkitan HFMD kepada anak kecil.

Ibu-bapa perlu memberikan penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan lima (5) amalan ini bagi mencegah dan mengawal jangkitan HFMD:

1. Penjagaan kebersihan diri.

2. Amalan cuci tangan yang betul.

3. Penjagaan kebersihan.

4. Pemeriksaan/ saringan di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah dan sekolah.

5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan yang tercemar.

Semoga bermanfaat.

#SihatSejahteraSyawal
KKM telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera bagi kes penyakit berjangkit di kawasan sekitar:
✔️ Penyakit COVID-19
✔️ Anjing Gila (Rabies)
✔️ Demam Campak (Measles)
✔️ Denggi
✔️ Kaki, Tangan & Mulut (HFMD)

Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit.
Semoga masyarakat dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

#SihatSejahteraSyawal
Let's protect our children from the side effects of the COVID-19 virus.

Get vaccinated, kids, it saves lives!

Get your first dose of #PICKids before the final date which is 15 May 2022 (Sunday).

Sumber: Protect Health