CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Perlaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia bertujuan untuk mencegah, mengurangkan jumlah jangkitan dan sekaligus menyingkirkan penyakit tersebut.

Melalui Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan vaksin penting telah diberikan secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak.

Dikongsikan jadual dan vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, KKM.

Penggunaan vaksin ini telah berjaya:
✔️ menurunkan kadar kejadian penyakit
✔️ mengurangkan komplikasi yang boleh membawa kematian.
Kini kita berada di fasa peralihan endemik iaitu fasa mitigasi dalam kesihatan awam di mana virus covid-19 iaitu varian omicron berada di sekeliling kita. Pelindung terbaik adalah vaksinasi & langkah2 kesihatan awam untuk elak dijangkiti. Vaksin berkesan memberi immuniti kelompok
Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat di malaysia tentang penyakit Malaria yang masih menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia.

Tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menetapkan tema sambutan adalah 'Memanfaatkan Inovasi dalam Mengawal dan Mencegah Kematian Malaria'.

KKM akan mengukuhkan lagi kolaborasi dengan pelbagai agensi, menggalakkan inovasi serta memperluaskan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan strategi mengawal Malaria.

Nyamuk Anopheles dan monyet/kera adalah pembawa penyakit Malaria. Ambil langkah keselamatan yang sepatutnya ketika berada di kawasan berisiko dan gunakan kelambu.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 24 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.77. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran
Jika anda telah mendapat suntikan penggalak dan vaksinasi penuh, anda boleh bantu ahli keluarga anda untuk turut mendapatkan suntikan dos penggalak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Untuk makluman, ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022 untuk pemberian dos 1.

Manakala, tarikh akhir untuk pemberian dos 2 untuk kanak-kanak pula adalah pada 15 Ogos 2022.

#PICKids
#LindungDiriLindungSemua
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 24 April 2022:

Kes sembuh: 10,223 kes [4,320,822 kes kumulatif (97.5%)];
Kes baharu: 4,006 kes (4,431,073 kes kumulatif);
Kes import: 7 kes [5 warganegara (71.4%); 2 bukan warganegara (28.6%)];
Kes tempatan: 3,999 kes [3,855 warganegara (96.4%); 144 bukan warganegara (3.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 98 kes (50 kes disahkan COVID-19; 48 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes (34 kes disahkan COVID-19; 27 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 4,006 kes harian yang dilaporkan pada 23 April 2022:

Kategori 1: 1,288 kes (32.15%);
Kategori 2: 2,694 kes (67.25%);
Kategori 3: 12 kes (0.30%);
Kategori 4: 6 kes (0.15%); dan
Kategori 5: 6 kes (0.15%).

Daripada 24 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 24 April 2022:

8 kes (33.33%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
9 kes (37.50%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
7 kes (29.17%) telah menerima dos penggalak (booster);
9 kes (37.50%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
12 kes (50.00%) mempunyai komorbid.
https://kpkesihatan.com/2022/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
𝗧𝗜𝗣 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 - 𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗬𝗔

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, pastinya ramai di antara kita yang sudah sibuk 'berasap' di dapur untuk membuat kuih raya. Tidak kira lah, sama ada kuih raya yang anda buat itu untuk makan sendiri ataupun untuk dijual kepada pelanggan, anda harus memastikan kuih raya tersebut selamat dimakan.

Jom ikut tip-tip keselamatan makanan ini supaya kuih raya yang dihasilkan bukan sahaja sedap di mulut tetapi juga selamat dimakan di Aidilfitri nanti.

𝟭. 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗔𝗣𝗥𝗢𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗟𝗔
Ini dapat mengelakkan rambut, bulu atau apa-apa kotoran yang tidak sepatutnya dari mencemari kuih raya.

𝟮. 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗝𝗔
Semua pemprosesan kuih raya WAJIB dijalankan di atas meja. Jangan sesekali melakukannya di lantai kerana habuk atau kotoran boleh mencemari kuih raya.

𝟯. 𝗝𝗔𝗨𝗛𝗜 𝗛𝗔𝗜𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡
Tolong jauhi haiwan peliharaan seperti kucing, burung dan lain-lain dari memasuki kawasan penyediaan kuih raya. Ini untuk mengelakkan bulu dan kotoran dari haiwan ini mencemari kuih raya.

𝟰. 𝗖𝗨𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗠𝗨𝗟𝗔
Sila cuci tangan dengan bersih sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan kuih raya. Tangan yang kotor mempunyai banyak bakteria yang boleh mencemari kuih raya kita nanti.

𝟱. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗕𝗔𝗥
Tolong jangan sesekali guna surat khabar untuk lapik/alas/tutup kuih raya anda. Tidak kiralah surat khabar baru atau lama, ini kerana bahan kimia pada surat khabar akan mencemarkan kuih raya.

𝟲. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗧 / 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡
Tolong jangan guna bekas cat atau apa-apa bekas bukan gred makanan untuk menyimpan kuih raya anda. Ini amatlah berbahaya kerana bekas-bekas ini mungkin masih lagi mempunyai sisa bahan kimia.

𝟳. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗟𝗨𝗣𝗨𝗧
Sila pastikan bahan mentah yang digunakan tidak rosak, masih elok dan berkualiti. Selain itu, sentiasa semak tarikh luput pada bungkusan produk.

𝟴. 𝗕𝗔𝗦𝗨𝗛 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗚𝗨𝗡𝗔
Telur perlu dibasuh sebelum guna bagi memastikan najis dan kotoran pada kulit telur dibersihkan dengan sempurna. Telur sememangnya ada banyak bakteria Salmonella, sebab itu kena basuh betul-betul!

𝟵. 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
Amalkan memakai sarung tangan semasa menyusun kuih raya ke dalam bekas simpanan barulah kuih raya tidak tercemar.

Semoga tip keselamatan makanan ini memberi manfaat kepada anda semua. Jangan lupa untuk berkongsi tip ini kepada mak, makcik, sepupu sepapat dan juga saudara-mara anda yang lain ya.

Sama-samalah kita sambut Aidilfitri dengan menikmati juadah raya yang selamat.

RAYA PENUH NIKMAT DENGAN MAKANAN SELAMAT!

kredit:Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang

#KuihRaya
#Syawal
#Aidilfitri
#MakananSelamat
#KeselamatanMakanan
#gemarayabkkm2022
Kejayaan membendung malaria di Malaysia diperolehi hasil keberkesanan inovasi dalam strategi pengurusan kes dan kawalan vektor yang dilaksanakan oleh KKM.

Liputan capaian kepada perkhidmatan diagnosis, rawatan dan kawasan vektor di kawasan terpencil telah dipertingkatkan dengan pembinaan pejabat sub-sektor malaria.

#
Dikongsikan situasi malaria di peringkat global.

👉 Hampir 229 juta manusia dijangkiti malaria setiap tahun di seluruh dunia.
👉 Sejumlah hampir 410,000 kematian dilaporkan setiap tahun.
👉 94% kes malaria dunia dilaporkan di Benua Afrika.

Bermula tahun 2016, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mensasarkan penurunan 90% kes malaria global menjelang tahun 2030.

#zeromalariastartswithme
Kita telah lama dilindungi daripada penyakit cegahan vaksin.

Sempena Minggu Imunisasi Sedunia 2022, kami menjawab mitos mengenai jadual imunisasi kanak-kanak supaya dapat memberikan fakta dan menjawab salah faham mengenai Program Imunisasi Kebangsaan.

Program Imunisasi Kebangsaan yang diperkenalkan di Malaysia sejak 1950-an ini terbukti berkesan mencegah penyakit-penyakit berjangkit seperti Hepatitis B, Pneumonokokal dan Measles daripada terus merebak.
Kurang dari 2% daripada anggaran 25,000 kes Penyakit Imunodefisiensi Primer di Malaysia yang dilaporkan.

Anda harus berwaspada jika mengalami jangkitan seperti berikut :

➡️ Jangkitan teruk
➡️ Jangkitan berulang
➡️ Jangkitan berlarutan
➡️ Jangkitan bukan tipikal
➡️ Jangkitan berlaku di dalam keluarga

Diagnosis awal adalah sangat kritikal bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
t.me/sihatmilikbersama
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Minggu Imunisasi Sedunia

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 26 April 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Nur Syakirah Awai
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Perangi stigma dan diskriminasi mengenai COVID-19! Anda berhak mengubahnya.

#ChampionsAgainstCOVID19

-----

Combat stigma and discrimination about COVID-19! You have the right to change it.

#ChampionsAgainstCOVID19
Dapatkan vaksinasi bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Jangan ambil mudah dengan tidak mengambil vaksin kerana ramai yang telah mengambilnya.