CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
PRESS RELEASE

Second COVID-19 Booster Dose Available for High-risk Elderly and Booster Dose for Moderate and Immunocompromised Adolescents
Bakteria Salmonella kenali tanda-tanda jangkitan dan cara pencegahannya.
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 15 April 2022:

Kes sembuh: 14,267 kes [4,224,125 kes kumulatif (96.6%)];
Kes baharu: 9,673 kes (4,372,697 kes kumulatif);
Kes import: 25 kes [24 warganegara (96.0%); 1 bukan warganegara (4.0%)];
Kes tempatan: 9,648 kes [9,337 warganegara (96.8%); 311 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 152 kes (69 kes disahkan COVID-19; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 87 kes (40 kes disahkan COVID-19; 47 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 9,673 kes harian yang dilaporkan pada 15 April 2022:

Kategori 1: 5,394 kes (55.76%);
Kategori 2: 4,231 kes (43.74%);
Kategori 3: 21 kes (0.22%);
Kategori 4: 17 kes (0.18%); dan
Kategori 5: 10 kes (0.10%).

Daripada 48 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 15 April 2022:

17 kes (35.42%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
17 kes (35.42%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
14 kes (29.17%) telah menerima dos penggalak (booster);
27 kes (56.25%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
26 kes (54.17%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius aduan yang tular di media sosial mengenai pencemaran makanan di Bazar Ramadan dengan kehadiran ulat dalam mee tonggek dan gumpalan rambut yang dijumpai di dalam kuih limas baru-baru ini.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan dan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap gerai yang menjual mee tonggek dengan mengarahkan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih. Pemilik gerai perlu mengambil langkah mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula. Selain itu, kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifiod. Tiga sampel turut diambil di gerai terlibat bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing.

Siasatan oleh pihak KKM juga mendapati peniaga tersebut mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar tersebut. KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis tersebut.

Berkaitan aduan pencemaran kuih limas, KKM telah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas terlibat bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

Sehingga kini, melalui Operasi Ramadan 2022 yang telah dijalankan di seluruh negara, sebanyak 4,362 premis Bazar Ramadan telah diperiksa. Sebanyak 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500.00 telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di samping itu, sebanyak 178 sampel makanan juga telah diambil untuk dianalisis.

Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis makanan yang bersih. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 April 2022

https://kpkesihatan.com/2022/04/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-april-2022-aduan-tular-ulat-dalam-mee-tonggek-dan-gumpalan-rambut-dalam-kuih-limas/
Lakukan ujian kendiri sebelum bertemu rakan dan keluarga ketika Ramadan bagi memastikan anda bebas COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#CelebrateSafely
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku
Golongan mana yang LAYAK untuk mendapatkan Dos Penggalak Kedua?

1. Warga Emas yang Berisiko Tinggi
2. Individu yang Ingin ke Luar Negara

Bagi golongan Remaja yang Berisiko Tinggi, anda layak untuk mendapatkan dos penggalak.

#PICK
#BoosterDose
#DosPenggalak
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku

Sumber: Protect Health
Jangan lupa untuk siapkan kit kebersihan kendiri seperti pelitup muka dan pensanitasi tangan jika ingin pulang ke kampung.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#CelebrateSafely
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 April 2022:

Kes sembuh: 14,346 kes [4,238,471 kes kumulatif (96.7%)];
Kes baharu: 9,705 kes (4,382,402 kes kumulatif);
Kes import: 30 kes [25 warganegara (83.3%); 5 bukan warganegara (16.7%)];
Kes tempatan: 9,675 kes [9,294 warganegara (96.1%); 381 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 134 kes (72 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 81 kes (44 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 9,705 kes harian yang dilaporkan pada 16 April 2022:

Kategori 1: 4,653 kes (47.95%);
Kategori 2: 5,003 kes (51.55%);
Kategori 3: 16 kes (0.16%);
Kategori 4: 15 kes (0.15%); dan
Kategori 5: 18 kes (0.19%).

Daripada 49 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:

17 kes (34.69%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
15 kes (30.61%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
17 kes (34.69%) telah menerima dos penggalak (booster);
29 kes (59.18%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
27 kes (55.10%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (2.04%) adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Hemofilia adalah penyakit yang ada sejak dilahirkan. Ia tidak boleh berjangkit daripada seseorang.

Bagi pesakit Hemofilia, mereka mengalami kekurangan faktor pembekuan darah. Jadi, penghidap Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun jika mengalami luka kecil.

Tahap keterukan penyakit ini bergantung kepada peratus faktor pembekuan yang berfungsi di dalam darah pesakit.

👉Dikongsikan kaedah R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.

✔️ Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.
Kadar kematian per 100,000 penduduk dewasa mengikut status vaksinisasi jelas membuktikan keberkesanan vaksin dalam mencegah dan menurunkan kadar kematian.

- KPK KKM -
Jika kurang sihat dan bergejala ringan, anda masih perlu asingkan diri. Pantau gejala anda dan dapatkan rawatan jika bertambah teruk.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#CelebrateSafely
Pastikan semua ahli keluarga mendapat suntikan dos penggalak terutamanya mereka yang berisiko tinggi bagi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19 yang teruk.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#CelebrateSafely
#LindungDiriLindungSemua
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku
Pesakit kronik yang dijangkiti COVID-19 perlu memastikan

☑️ Ubat-ubatan mencukupi dan diambil mengikut saranan Doktor
☑️ Mempunyai kit ujian kendiri COVID-19
☑️ Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, lakukan senaman dan amalkan kesihatan mental yang baik.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 17 April 2022:

Kes sembuh: 11,233 kes [4,249,704 kes kumulatif (96.8%)];
Kes baharu: 6,623 kes (4,389,025 kes kumulatif);
Kes import: 13 kes [11 warganegara (84.6%); 2 bukan warganegara (15.4%)];
Kes tempatan: 6,610 kes [6,351 warganegara (96.1%); 259 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 126 kes (66 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes (43 kes disahkan COVID-19; 33 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 6,623 kes harian yang dilaporkan pada 17 April 2022:

Kategori 1: 2,768 kes (41.79%);
Kategori 2: 3,813 kes (57.58%);
Kategori 3: 15 kes (0.23%);
Kategori 4: 8 kes (0.12%); dan
Kategori 5: 19 kes (0.28%).

Daripada 42 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:

11 kes (26.19%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
14 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
17 kes (40.48%) telah menerima dos penggalak (booster);
25 kes (59.52%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
23 kes (54.76%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya.

Penyakit Kawasaki merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease 🫀 dalam kalangan kanak-kanak, dan biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 🧒🏻👧🏻

🚨 Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala klinikal ini.
Rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi jantung dengan ketara kepada anak anda.
Bulan puasa ni macam-macam juadah terhidang di atas meja sama ada kita beli di bazar ramadan atau ada yang memasak.

Rata-rata daripada kita beli atau akan masak lauk berbuka dalam kuantiti yang lebih sedikit supaya lauk ini dapat dibawa untuk dimakan ketika bersahur. Kadangkala lauk yang di beli atau dimasak menjadi basi sebelum tibanya waktu bersahur.

Jom lihat tips yang berguna untuk elakkan makanan anda daripada mudah menjadi basi.

Sumber: BKKM