CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sesetengah individu tidak boleh divaksin atas sebab perubatan. Jika anda tergolong dalam kategori ini, ini perkara yang perlu anda lakukan.

Dapatkan slip penilaian daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat penyakit anda dan serahkan slip tersebut kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk memohon sijil pengecualian pemvaksinan.

Jika semua keperluan dan syarat dipenuhi, anda akan menerima sijil dalam tempoh 7 hari di dalam aplikasi MySejahtera.

Pastikan sentiasa patuh dengan SOP dan mengamalkan langkah-langkah perlindungan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
𝗜𝗦𝗨 𝗩𝗜𝗥𝗔𝗟 𝗔𝗬𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡

Belum cukup seminggu berpuasa namun pelbagai isu viral 'tidak enak' kita dengar mengenai juadah berbuka yang dijual di bazar ramadan terutamanya tentang AYAM.

🤮 Sup kaki ayam berkuku panjang
🤮 Rangka ayam penuh dengan isi perut
🤮 Ayam goreng ada najis dan darah

Ayam mentah perlu DICUCI BERSIH sebelum dimasak bagi memastikan tiada kotoran seperti darah, najis dan lendiran sebelum ayam tersebut dimasak.

Pencemaran bakteria boleh berlaku jika ayam mentah ini tidak dicuci dengan bersih dan berisiko tinggi untuk menyebabkan KERACUNAN MAKANAN jika dimakan nanti.

Keracunan makanan bukan sahaja akan membuat kita sakit perut, cirit birit, loya, muntah atau sakit kepala tetapi juga boleh membawa MAUT terutamanya kepada golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak.

Jadi kepada semua peniaga bazar ramadan di luar sana, tolong bertanggungjawab dalam memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual supaya tiada lagi isu-isu viral yang tidak enak berlaku.

Dan kepada pengguna pula, sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan bagi memastikan makanan yang hendak dimakan betul-betul selamat dan tidak tercemar.

KESELAMATAN MAKANAN, TANGGUNGJAWAB BERSAMA!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jangkitan TB Laten (LTBI) merupakan keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap rangsangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinikal TB aktif.

Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan LTBI adalah ujian X-ray dada, ujian kulit tuberkulin (TST) atau ujian serologi IGRA.

Penghidap TB Laten tidak mempunyai gejala TB, sentiasa berasa sihat, tidak menjangkiti orang lain namun boleh menjadi TB jika tidak dirawat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 7 April 2022:

Kes sembuh: 16,603 kes [4,099,786 kes kumulatif (95.5%)];
Kes baharu: 11,994 kes (4,292,585 kes kumulatif);
Kes import: 25 kes [20 warganegara (80.0%); 5 bukan warganegara (20.0%)];
Kes tempatan: 11,969 kes [11,494 warganegara (96.0%); 475 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 197 kes (91 kes disahkan COVID-19; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 108 kes (50 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 11,994 kes harian yang dilaporkan pada 7 April 2022:

Kategori 1: 6,509 kes (54.27%);
Kategori 2: 5,395 kes (44.98%);
Kategori 3: 40 kes (0.34%);
Kategori 4: 22 kes (0.18%); dan
Kategori 5: 28 kes (0.23%).

Daripada 90 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 7 April 2022:

24 kes (26.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
30 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
36 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
53 kes (58.89%) berumur 60 tahun dan ke atas;
58 kes (64.44%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (1.11%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
If you have plans to see friends and family during Ramadan, do self-test before gathering to make sure you are negative for COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KKM dengan kerjasama JAKIM, JAWI dan PEMADAM telah mulakan fasa pertama Program Promosi Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid hari ini di beberapa buah masjid di WPKL dan Putrajaya.

Program ini bertujuan memberi taklimat berkenaan panduan berhenti merokok melalui perkhidmatan kaunter pendaftaran dan khidmat nasihat oleh Rakan Nasihat Komuniti (RNK) PEMADAM.

Berhenti merokok, tingkatkan kualiti kehidupan dan bersama realisasikan Tobacco Generational End Game. Antara masjid yang dikenalpasti pada fasa permulaan adalah:
1. Masjid Negara
2. Masjid Besi
3. Masjid Putra
4. Masjid Wilayah

- KPK KKM -
Kengkawan tau tak nyamuk Aedes aktif pada waktu petang dan awal pagi...jadi jika nak ke bazar Ramadan tu lindungi diri dengan pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang...lagi bagus sapu repelan..bukan apa nanti tak pasal-pasal kena demam denggi plak...jadi buatlah pilihan terbaik....

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minit
#HapusAedesSangatMudah
#CariDanMusnah
Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.

👉Dikongsikan maklumat penting untuk kita fahami berkenaan status batal atau tidak batal puasa jika mengambil ubatan dan rawatan semasa berpuasa.

💊💉 Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi tentang pengambilan ubat-ubatan terutamanya bagi pesakit kronik dan wanita hamil. Secara umumnya, mereka boleh menjalani ibadah puasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat, mengawal pemakanan dan mengikut nasihat yang diberikan.
Dalam fasa peralihan ke endemik, hampir 98% kes aktif COVID-19 hanya perlu berisolasi dirumah tanpa rujukan ke hospital. Kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah memastikan kebanyakan pesakit COVID hanya mengalami gejala ringan.

Namun begitu, KKM akan terus memantau kes-kes yang berisolasi di rumah melalui Virtual COVID Assesment Centre (VCAC), iaitu pada 8 Mac (peak Omicron) 586k kes telah dipantau oleh VCAC.

Pemantauan ‘home isolation’ adalah penting kerana ada pesakit yang mengalami kemerosotan gejala yang perlu dirujuk ke hospital atau pusat rawatan (PKRC). Walaupun % yang dirujuk adalah rendah (<1%), pemantauan VCAC akan memberi ‘ease of mind’ kepada pesakit-pesakit dan data sebenar untuk KKM.
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

RALAT: KEPUTUSAN MESYUARAT PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH KALI KE-371 BERKENAAN PENDAFTARAN PRODUK BAGI RAWATAN COVID-19
If you feel unwell, isolate yourself and stay at home. Monitor your symptoms and seek medical advice if they worsen.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 8 April 2022:

Kes sembuh: 14,045 kes [4,113,831 kes kumulatif (95.5%)];
Kes baharu: 14,944 kes (4,307,529 kes kumulatif);
Kes import: 104 kes [82 warganegara (78.8%); 22 bukan warganegara (21.2%)];
Kes tempatan: 14,840 kes [14,247 warganegara (96.0%); 593 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 206 kes (79 kes disahkan COVID-19; 127 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 109 kes (48 kes disahkan COVID-19; 61 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 14,944 kes harian yang dilaporkan pada 8 April 2022:

Kategori 1: 9,341 kes (62.51%);
Kategori 2: 5,537 kes (37.05%);
Kategori 3: 31 kes (0.20%);
Kategori 4: 16 kes (0.11%); dan
Kategori 5: 19 kes (0.13%).

Daripada 66 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 8 April 2022:

11 kes (16.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
35 kes (53.03%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
20 kes (30.30%) telah menerima dos penggalak (booster);
33 kes (50.00%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
32 kes (48.48%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Anda menerima vaksinasi COVID-19 dari luar negara dan ingin mengemas kininya di aplikasi MySejahtera.

Sila rujuk infografik ini.

_______________

You received the COVID-19 vaccination from abroad, and want to update it on MySejahtera app.

Please refer to this infographic.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
99.56 peratus daripada 14,944 kes baharu COVID-19 dicatatkan semalam adalah kategori 1 dan 2. Baki 0.44 peratus kategori 3, 4 dan 5, dengan 11 kes membabitkan mereka yang tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi. Lindung diri Lindung keluarga.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kes sporadik adalah jangkitan yang dikenal pasti berlaku dalam komuniti tetapi punca jangkitannya tidak dapat dikesan atau tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster.

Elakkan tempat yang tertutup, tempat yang sesak dan sempit dan tempat yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik serta elakkan sembang dekat.

Lindungi diri anda dan ahli keluarga daripada jangkitan COVID-19. Tindakan bijak anda mampu menyelamatkan nyawa sendiri, keluarga dan masyarakat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kempen MyChampion Against COVID-19 selama akan menjadikan anda juara membantu keluarga dan komuniti untuk hidup bersama COVID-19.

Jangan berlengah lagi. Daftar sekarang di www.infosihat.gov.my

#ChampionAgainstCOVID19
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 9 April 2022:

Kes sembuh: 15,132 kes [4,128,963 kes kumulatif (95.6%)];
Kes baharu: 10,177 kes (4,317,706 kes kumulatif);
Kes import: 53 kes [39 warganegara (73.6%); 14 bukan warganegara (26.4%)];
Kes tempatan: 10,124 kes [9,796 warganegara (96.8%); 328 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 195 kes (82 kes disahkan COVID-19; 113 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 108 kes (49 kes disahkan COVID-19; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 10,177 kes harian yang dilaporkan pada 8 April 2022:

Kategori 1: 5,767 kes (56.67%);
Kategori 2: 4,347 kes (42.71%);
Kategori 3: 31 kes (0.30%);
Kategori 4: 14 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 18 kes (0.18%).

Daripada 63 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 9 April 2022:

20 kes (31.75%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
22 kes (34.92%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
21 kes (33.33%) telah menerima dos penggalak (booster);
38 kes (60.32%) berumur 60 tahun dan ke atas;
35 kes (55.56%) mempunyai komorbid; dan
2 kes (3.17%) adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
The best way to protect our loved ones during Ramadan is to make sure everyone has received their booster shot, especially those who are at high-risk.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku