CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

APLIKASI MYSEJAHTERA
Invest To End TB Save Lives

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Amaleena Azman from Kuala Lumpur anda Putrajaya Health Department.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Perhatian kepada:

-Penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas
-Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk dua golongan di atas akan bertukar ke "Tidak Lengkap Vaksinasi" di aplikasi MySejahtera sekiranya tiada Dos Penggalak.

Penukaran status ini tidak melibatkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan menerima dos lengkap jenis vaksin yang lain (contoh: Pfizer, AstraZeneca, CanSino).

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.93. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 27 Mac 2022:

- Kes sembuh: 26,171 kes [3,870,937 kes kumulatif (93.5%)];
- Kes baharu: 16,863 kes (4,138,867 kes kumulatif);
- Kes import: 238 kes [236 warganegara (99.2%); 2 bukan warganegara (0.8%)];
- Kes tempatan: 16,625 kes [16,031 warganegara (96.4%); 594 bukan warganegara (3.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 299 kes (148 kes disahkan COVID-19; 151 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 187 kes (92 kes disahkan COVID-19; 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 16,863 kes harian yang dilaporkan pada 27 Mac 2022:

Kategori 1: 8,652 kes (51.31%);
Kategori 2: 8,111 kes (48.10%);
Kategori 3: 48 kes (0.28%);
Kategori 4: 29 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 23 kes (0.14%).

Daripada 100 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 27 Mac 2022:

- 30 kes (30.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 44 kes (44.00%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 26 kes (26.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 69 kes (69.00%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 63 kes (63.00%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[Siri Video Tutorial MySJ #5 - Tambah/Padam Tanggungan Vaksinasi COVID-19]

Anda nak tambah atau padam tanggungan untuk vaksinasi COVID-19 di MySejahtera? Jom ikut langkah mudah ini.

Nantikan lebih banyak tutorial video mengenai aplikasi MySJ!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

________________

[MySJ Video Tutorial Series #5 - Add/Delete Dependents for COVID-19 Vaccination]

Do you want to add/delete dependents for COVID-19 vaccination on MySejahtera? Follow these simple steps.

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[Siri Video Tutorial MySJ #6 - Kekalkan Data MySejahtera Daripada Telefon Lama ke Telefon Baharu]

Anda tukar nombor telefon dan nak pastikan data MySejahtera anda ada dalam telefon baharu? Jangan risau, ikut je langkah mudah ni!

Nantikan lebih banyak tutorial video mengenai aplikasi MySJ!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

____

[MySJ Video Tutorial Series #6 - Transfer MySejahtera Data from Old Phone to New Phone]

You have changed your phone number but would like your MySejahtera data to remain in the new phone? Don’t worry, just follow these simple steps!

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesej yang tular di media sosial ini adalah palsu. Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada:

- Semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum menerima dos penggalak setelah layak; dan
- Penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak setelah layak;

Hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan BUKAN dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati kepada kes COVID-19 yang sedang menjalani isolasi di rumah, anda perlu mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order - HSO). Anda tidak perlu mengulangi ujian pengesanan COVID-19 dan hanya perlu menghabiskan tempoh isolasi tersebut.
‼️ Penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas
‼️ Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin

Bermula 1 April 2022 ini, status vaksinasi untuk dua golongan di atas akan bertukar ke "TIDAK LENGKAP VAKSINASI" di MySejahtera anda.

Pemberian dos penggalak adalah untuk memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan SARS-CoV-2.

Dapatkan dos penggalak anda di PPV yang terdekat, layari https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk mengetahui senarai PPV yang terdekat dengan anda.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
MyCHAMPION merupakan satu kolaborasi khidmat sukarelawan merentasi kementerian dan agensi dalam usaha memperkasa komuniti untuk mengamalkan budaya hidup sihat, kawalan kesihatan kendiri dan melestarikan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

MyCHAMPION akan diperkukuhkan terutamanya dalam usaha pendidikan dan promosi kesejahteraan kesihatan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah supaya rakyat mendapatkan dos penggalak COVID-19 bagi memastikan negara dapat mengawal pandemik ini.

Baginda bertitah, rakyat wajib menunjukkan simpati, melaksanakan tanggungjawab membantu meringankan beban tugas kakitangan Jabatan Kesihatan dengan mengambil langkah-langkah preventif agar penularan wabak diminimumkan.

“Insaflah akan tugas berat yang sudah lebih dua tahun terpaksa dipikul oleh kakitangan kesihatan”, titah Baginda.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 28 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.92. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MENGGALAKKAN IBU BAPA MEMBAWA ANAK UNTUK VAKSINASI COVID-19 SEBAGAI PERSEDIAAN KE KE FASA ‘PERALIHAN KE ENDEMIK’
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 28 Mac 2022:

- Kes sembuh: 25,552 kes [3,896,489 kes kumulatif (93.8%)];
- Kes baharu: 13,336 kes (4,152,203 kes kumulatif);
- Kes import: 189 kes [179 warganegara (94.7%); 10 bukan warganegara (5.3%)];
- Kes tempatan: 13,147 kes [12,530 warganegara (95.3%); 617 bukan warganegara (4.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 288 kes (146 kes disahkan COVID-19; 142 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 185 kes (90 kes disahkan COVID-19; 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 13,336 kes harian yang dilaporkan pada 28 Mac 2022:

Kategori 1: 6,885 kes (51.63%);
Kategori 2: 6,340 kes (47.54%);
Kategori 3: 43 kes (0.32%);
Kategori 4: 32 kes (0.24%); dan
Kategori 5: 36 kes (0.27%).

Daripada 111 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 28 Mac 2022:

- 29 kes (26.13%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 43 kes (38.74%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 39 kes (35.14%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 64 kes (57.66%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 60 kes (54.05%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sempadan Malaysia akan dibuka semula pada 1 April. Ketahui apa yang perlu anda lakukan untuk masuk ke Malaysia bermula 1 April. Untuk maklumat lanjut, layari: mysafetravel.gov.my

Malaysia’s borders will reopen on 1 April. Find out what you need to do to be able to enter Malaysia from 1 April. For more info please visit: mysafetravel.gov.my

#ReopeningSafely

- YB Khairy Jamaluddin -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jangan tangguh jika anda mengalami simptom-simptom penyakit Tibi biarpun sekarang kita sedang melalui pandemik/endemik Covid-19.

Jika terlambat, ia boleh mengakibatkan paru-paru semakin teruk dan kuman Tibi mampu merebak ke organ lain seperti otak, limpa dan kelenjar.

Antara simptom penyakit Tibi
- Batuk melebihi 2 minggu
- Berpeluh di waktu malam
- kurang selera makan
- Susut berat badan
- Batuk berdarah
- Demam

Kredit: MHI TV3

Sumber: Institut Perubatan Respiratori