CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 6b– Kenali tanda amaran COVID-19

Semasa menjalani isolasi di rumah, pastikan anda peka kepada tanda-tanda amaran COVID-19.

👉 Dikongsikan tanda-tanda tanda-tanda amaran COVID-19.

Adalah digalakkan untuk mempunyai oxymeter di rumah untuk mengukur paras oksigen di dalam darah. Paras kandungan oksigen normal adalah 95% dan ke atas.

🏥 Sekiranya terdapat tanda-tanda amaran ini, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau hospital yang berhampiran. Hubungi 999 atau boleh hantar pesakit menggunakan kenderaan sendiri sekiranya kecemasan.
Prosedur masuk ke Malaysia bermula 1 April 2022.

Procedure for travellers entering Malaysia from 1 April 2022.
Definisi status vaksinasi bermula 1 April 2022.

Definition of vaccination status from 1 April 2022.
Bermula 1 April 2022, perkara di bawah akan dimansuhkan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia.

From 1 April 2022, the following will be discontinued for travellers entering Malaysia.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBUKAAN SEMULA SEMPADAN NEGARA MALAYSIA
Prosedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022.

On-arrival procedures for travellers from 1 April 2022.
Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat Malaysia dan Singapura bermula 1 April 2022.

Fully vaccinated travellers are allowed to cross the Malaysia and Singapore land border from 1 April 2022.
Sidang Media Menteri Kesihatan secara langsung dari Parlimen Malaysia

https://fb.watch/bYaptTjIAs/
Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada "Lengkap Vaksinasi" ke "Tidak Lengkap Vaksinasi" di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

Laporkan kepada interaktif helpdesk melalui Pilihan K sekiranya sijil digital vaksinasi anda masih tidak terpapar di MySejahtera anda.

Sila rujuk infografik ini.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 24 Mac 2022:

- Kes sembuh: 25,512 kes [3,796,975 kes kumulatif (93.1%)];
- Kes baharu: 24,316 kes (4,079,242 kes kumulatif);
- Kes import: 297 kes [280 warganegara (94.3%); 17 bukan warganegara (5.7%)];
- Kes tempatan: 24,019 kes [23,185 warganegara (96.5%); 834 bukan warganegara (3.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 321 kes (139 kes disahkan COVID-19; 182 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 194 kes (90 kes disahkan COVID-19; 104 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 24,316 kes harian yang dilaporkan pada 24 Mac 2022:

Kategori 1: 13,299 kes (54.69%);
Kategori 2: 10,865 kes (44.68%);
Kategori 3: 75 kes (0.31%);
Kategori 4: 32 kes (0.13%); dan
Kategori 5: 45 kes (0.19%).

Daripada 152 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 24 Mac 2022:

- 43 kes (28.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 61 kes (40.13%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 48 kes (31.58%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 81 kes (53.29%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 76 kes (50.00%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/