CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.04. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita akan mula fasa ‘peralihan ke endemik’ pada 1 April. Kadar vaksinasi yang tinggi serta kesan Omicron yang lebih sederhana terhadap mereka yang telah divaksin & boosted adalah antara faktor utama yang memungkinkan keputusan ini. Face mask is still mandatory. So mask up.😷

- YB Khairy Jamaluddin -
[Cara melaporkan keputusan ujian kendiri]

Dah buat ujian kendiri tapi tak tahu macam mana nak kemaskini keputusan di aplikasi MySejahtera?

Sila ikuti tutorial langkah demi langkah, seperti di infografik ini.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa infografik yang tular ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh KKM. Bagi memastikan fasa peralihan ke endemik yang akan bermula pada 1 April 2022 nanti dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah memupuk kesedaran komuniti ataupun solidariti komuniti serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada.

Bagaimanapun, seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan pada 24 Februari 2022, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas DAN warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap SEMUA jenis perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.

Tempoh masa yang ditetapkan telah DILANJUTKAN sehingga 31 Mac 2022. Bermula 1 April 2022, status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak.
[Siri Video Tutorial MySJ #3 - Cara kemaskini status kontak rapat]

https://fb.watch/bH0GNYWcb8/

Jika anda merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19, jangan lupa kemaskini status di MySejahtera anda. Jom ikut langkah mudah ni.

Nantikan lebih banyak tutorial video mengenai aplikasi MySejahtera!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

____

[MySJ Video Tutorial Series #3 - How to update close contact status]

https://fb.watch/bH0GNYWcb8/

If you're a close contact to a COVID-19 patient, don't forget to update your status on MySejahtera. Follow these simple steps.

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
Antara perkongsian Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah iaitu Pakar Perubatan Respiratori di Institut Perubatan Respiratori (IPR) sewaktu ditemubual Gegar FM, Rabu lalu.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=268294825488713&id=100069245917863

#vaksin
#longcovid
#covid19
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.03. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 11 Mac 2022:

Kes sembuh: 24,444 kes [3,418,443 kes kumulatif (90.6%)];
Kes baharu: 32,800 kes (3,774,786 kes kumulatif);
Kes import: 541 kes [503 warganegara (93.0%); 38 bukan warganegara (7.0%)];
Kes tempatan: 32,259 kes [31,232 warganegara (96.8%); 1,027 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 380 kes (165 kes disahkan COVID-19; 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 231 kes (102 kes disahkan COVID-19; 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 32,800 kes harian yang dilaporkan pada 11 Mac 2022:

Kategori 1: 12,726 kes (38.80%);
Kategori 2: 19,891 kes (60.64%);
Kategori 3: 70 kes (0.21%);
Kategori 4: 78 kes (0.24%); dan
Kategori 5: 35 kes (0.11%).

Daripada 183 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 11 Mac 2022:

35 kes (19.12%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
80 kes (43.72%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
68 kes (37.16%) telah menerima dos penggalak (booster);
103 kes (56.28 %) berumur 60 tahun dan ke atas;
73 kes (39.89%) mempunyai komorbid; dan
2 kes (1.09 %) adalah ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.

Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat COVID-19 meningkat sebanyak 94% untuk kesemua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara untuk kategori 4 sebanyak 200%, diikuti kategori 5 sebanyak 125%.

Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur 5-11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’.

Oleh itu, KKM sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak anda bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu MIS-C.
[Siri Video Tutorial MySJ #3 - Cara kemaskini status kontak rapat]

https://fb.watch/bH0GNYWcb8/

Jika anda merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19, jangan lupa kemaskini status di MySejahtera anda. Jom ikut langkah mudah ni.

Nantikan lebih banyak tutorial video mengenai aplikasi MySejahtera!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

____

[MySJ Video Tutorial Series #3 - How to update close contact status]

https://fb.watch/bH0GNYWcb8/

If you're a close contact to a COVID-19 patient, don't forget to update your status on MySejahtera. Follow these simple steps.

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
Anda positif COVID-19?
Berikut adalah nasihat penjagaan diri semasa menjalani isolasi untuk COVID-19.

Are you positive COVID-19?
The following are self-care advice when you are undergoing isolation for COVID-19.
Varian Omicron mempunyai kadar penyebaran yang lebih tinggi dan lebih mudah menjangkiti. Kesan jangka panjang varian ini belum diketahui namun risiko Long COVID-19 tetap ada.

Flurona merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu dijangkiti oleh kedua-dua virus Influenza dan Coronavirus pada masa yang sama.

Delmicron atau Deltacron pula datang dari gabungan Delta dan Omicron. Namun ia belum dibuktikan sebagai virus baru. Para saintis berpendapat Delmicron adalah disebabkan kontaminasi sampel di makmal.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -