CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 9 Mac 2022:

Kes sembuh: 26,653 kes [3,367,542 kes kumulatif (90.7%)];
Kes baharu: 30,246 kes (3,711,199 kes kumulatif);
Kes import: 418 kes [388 warganegara (92.8%); 30 bukan warganegara (7.2%)];
Kes tempatan: 29,828 kes [29,029 warganegara (97.3%); 799 bukan warganegara (2.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 388 kes (158 kes disahkan COVID-19; 230 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 225 kes (93 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 30,246 kes harian yang dilaporkan pada 9 Mac 2022:

Kategori 1: 9,797 kes (32.39%);
Kategori 2: 20,226 kes (66.87%);
Kategori 3: 115 kes (0.38%);
Kategori 4: 54 kes (0.18%); dan
Kategori 5: 54 kes (0.18%).

Daripada 223 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 9 Mac 2022:

58 kes (26.01%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
107 kes (47.98%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
58 kes (26.01%) telah menerima dos penggalak (booster);
120 kes (53.81%) berumur 60 tahun dan ke atas;
53 kes (23.77%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.45%) adalah ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anda dah daftarkan anak anda untuk vaksinasi COVID-19?

Rara sudah.. jom sama-sama kita lindungi keluarga kita daripada COVID-19.

Untuk maklumat lanjut mengenai vaksin kanak-kanak boleh layari https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Situasi semasa jangkitan COVID-19 dikalangan kanak-kanak amat membimbangkan dengan Variant Omicron. Jangan tunggu lagi. Vaksin anak anda segera. Lindungi mereka.

Sumber: JKJAV
Adalah dimaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkuatkuasa pada Oktober 2021, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan.

Polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa. Begitu juga, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.

Semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.
Bermula 1 April 2022, berikut adalah protokol baharu untuk pengembara yang tiba di sempadan/pintu masuk antarabangsa Malaysia (PMA)

Effective 1 April 2022, this is the new protocol for travellers arriving at Malaysia international borders/entrance (PMA)
Sehingga jam 3.00 petang, 10 Mac 2022, kejadian banjir masih melanda di tiga (3) negeri iaitu Selangor, Melaka, dan Johor. Manakala banjir di Negeri Sembilan telah pulih sepenuhnya. Sebanyak sembilan (9) pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan menempatkan seramai 480 mangsa banjir.

Tiada kes COVID-19 yang dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir dengan jumlah kumulatif adalah kekal sebanyak 215 kes. Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan.

Daripada empat (4) orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai dua (2) (50%) orang diberi rawatan pesakit luar. Tiada kes acute respiratory infection (ARI), kes conjunctivitis, acute gastroenteritis (AGE), penyakit kulit, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir .

Tiada fasiliti kesihatan baru yang terjejas akibat banjir dari negeri yang dilanda banjir dilaporkan.
Bermula 1 April 2022, kita akan mula ke fasa peralihan endemik dengan pembukaan sempadan negara, pemansuhan penjarakan fizikal untuk solat jemaah, pemansuhan had waktu operasi premis niaga dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun pelitup muka masih perlu terus dipakai.

From 1 April 2022, we will begin transition to endemic with the opening of our borders, physical distancing for jemaah prayers removed, operating hours restriction for businesses dropped and others. However, face mask will still remain in place.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.04. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita akan mula fasa ‘peralihan ke endemik’ pada 1 April. Kadar vaksinasi yang tinggi serta kesan Omicron yang lebih sederhana terhadap mereka yang telah divaksin & boosted adalah antara faktor utama yang memungkinkan keputusan ini. Face mask is still mandatory. So mask up.😷

- YB Khairy Jamaluddin -
[Cara melaporkan keputusan ujian kendiri]

Dah buat ujian kendiri tapi tak tahu macam mana nak kemaskini keputusan di aplikasi MySejahtera?

Sila ikuti tutorial langkah demi langkah, seperti di infografik ini.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa infografik yang tular ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh KKM. Bagi memastikan fasa peralihan ke endemik yang akan bermula pada 1 April 2022 nanti dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah memupuk kesedaran komuniti ataupun solidariti komuniti serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada.

Bagaimanapun, seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan pada 24 Februari 2022, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas DAN warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap SEMUA jenis perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.

Tempoh masa yang ditetapkan telah DILANJUTKAN sehingga 31 Mac 2022. Bermula 1 April 2022, status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak.