CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Penyakit Jarang Jumpa adalah sebarang penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah dan ia serius, boleh mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

Kebanyakan penyakit ini berpunca daripada kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme badan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera.

Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting).

Dikongsikan kaedah mengintreprasikan keputusan ujian kendiri RTK-Ag serta faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keputusan false positive atau false negative.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2022

Saksama Bersama; Wanita yang hebat adalah wanita yang berani bersuara. Demi udara sihat, demi persekitaran bebas asap rokok. Wanita hebat pembina generasi penamat budaya merokok!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku
COVID-19 : Kesan Advers Susulan Imunisasi / Adverse Events Following Immunization (AEFI)

Saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang esok bersama Puan Nurul Aimi Mohd Reduzan, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian regulatori Farmasi Negara (NPRA).

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Sehingga jam 3.00 petang, 8 Mac 2022, hanya Kelantan belum pulih ekoran banjir minggu lepas dengan jumlah mangsa seramai 434 ditempatkan di sebuah PPS.

Kejadian banjir kilat telah dilaporkan berlaku di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) disebabkan hujan lebat yang berlaku pada petang 7 Mac 2022. Sehingga jam 3.00 petang, 8 Mac 2022 terdapat 1,843 mangsa yang ditempatkan di sembilan (9) PPS.
Sebanyak tiga (3) kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di WPKL dengan jumlah kumulatif di negeri Kelantan, Terengganu dan WPKL adalah sebanyak 215 kes.

Ketiga-tiga kes adalah kes COVID-19 yang telah diketahui (known case). Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Ketiga-tiga kes ini telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di PKRC (1 kes), stesen kuarantin (1 kes) dan rumah (1 kes).
Daripada 14 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 14 (100%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 14 kes acute respiratory infection (ARI) yang dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, penyakit kulit, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Klinik Desa (KD) Padang Setar di negeri Terengganu telah mula beroperasi tetapi belum sepenuhnya. Beberapa perkhidmatan kesihatan seperti sesi klinik antenatal dan klinik kanak-kanak masih dijalankan di KD Gemuruh.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 8 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.07. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan fasa peralihan ke endemik .

Sila rujuk infografik di atas.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 8 Mac 2022:

Kes sembuh: 29,035 kes [3,340,889 kes kumulatif (90.8%)];
Kes baharu: 31,490 kes (3,680,953 kes kumulatif);
Kes import: 473 kes [384 warganegara (81.2%); 89 bukan warganegara (18.8%)];
Kes tempatan: 31,017 kes [30,163 warganegara (97.2%); 854 bukan warganegara (2.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 373 kes (153 kes disahkan COVID-19; 220 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 223 kes (94 kes disahkan COVID-19; 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 31,490 kes harian yang dilaporkan pada 8 Mac 2022:

Kategori 1: 12,692 kes (40.30%);
Kategori 2: 18,623 kes (59.14%);
Kategori 3: 62 kes (0.20%);
Kategori 4: 52 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 61 kes (0.19%).

Daripada 175 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 8 Mac 2022:

39 kes (22.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
90 kes (51.43%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
46 kes (26.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
107 kes (61.14%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
43 kes (24.57%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

Jumlah kluster: 6,860 kluster;
Jumlah kluster baharu: 11 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat: 6,415 kluster; dan
Jumlah kluster aktif: 445 kluster

https://kpkesihatan.com/2022/03/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kes kematian (Case fatality Rate) untuk Covid-19 semakin menurun & terkini adalah 0.16% berbanding dgn kemuncak kes pada bulan Ogos 2021 adalah 2.06%. Jika kita lihat kadar kes kematian denggi pada tahun 2000 adalah 0.65% dan tahun 2021 adalah 0.08%. Trend ini menunjukkan kita dalam fasa peralihan menuju ke arah endemik Covid-19.

- KPK KKM -
Anda lupa kata laluan akaun MySejahtera anda?.

Sila ikuti tutorial langkah demi langkah, seperti di infografik ini.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Sidang Media Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin secara langsung dari Parlimen Malaysia

https://fb.watch/bDX9KBVhTV/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SIDANG MEDIA MENTERI KESIHATAN - 9 MAC 2022