CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.0. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 2 Mac 2022:

Kes sembuh: 27,557 kes [3,169,669 kes kumulatif (90.7%)];
Kes baharu: 27,500 kes (3,496,090 kes kumulatif);
Kes import: 428 kes [389 warganegara (90.9%); 39 bukan warganegara (9.1%)];
Kes tempatan: 27,072 kes [25,904 warganegara (95.7%); 1,168 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 360 kes (139 kes disahkan COVID-19; 221 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 194 kes (77 kes disahkan COVID-19; 177 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 27,500 kes harian yang dilaporkan pada 2 Mac 2022:

189 kes (0.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
27,311 kes (99.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:
Kategori 1: 9,292 kes (33.79%);
Kategori 2: 18,019 kes (65.52%);
Kategori 3: 71 kes (0.26%);
Kategori 4: 38 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 80 kes (0.29%).

Daripada 189 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 2 Mac 2022:

25 kes (13.23%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
89 kes (47.09%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
38 kes (20.11%) telah menerima dos penggalak (booster);
108 kes (57.14%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
48 kes (25.40%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PPV TAMBAHAN BAGI PROGRAM IMUNISASI COVID-19
KEBANGSAAN KANAK-KANAK (PICKids) SECARA WALK-IN

https://facebook.com/story.php?story_fbid=328891819272828&id=100064560379224
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 11.30 pagi ini secara langsung di FB KKM.
Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin

https://fb.watch/bvZqzOS7W1/
Brought-in-Dead (BID) bermaksud kes kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan dan dibawa ke Jabatan Forensik.

Siapakah golongan berisiko?

⚠️ Pesakit tidak mengetahui mereka menghidap COVID-19
⚠️ Pesakit yang menjalani kuarantin di rumah
⚠️ Pesakit lambat mendapatkan bantuan kecemasan
⚠️ Pesakit mengalami happy hypoxia

BID COVID-19 boleh dielakkan dengan

Pantau dan kemaskini status kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera
Terus lakukan pemantauan kendiri setiap hari sehingga tamat tempoh kuarantin jika tidak bergejala
Ketahui dan kenal pasti warning signs COVID-19
Kesesakan bernafas boleh dipantau menggunakan pulse oximeter
Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dengan keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19

Segera hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Sehingga jam 3.00 petang, 3 Mac 2022, terdapat dua (2) negeri masih dilanda banjir iaitu Kelantan dan Terengganu. Daerah yang dilanda banjir berkurang dari sembilan (9) kepada tujuh (7) manakala jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang dari 94 pada hari sebelumnya kepada 49. Jumlah mangsa banjir menurun kepada 13,078 orang pada hari ini berbanding semalam (23,940 orang).

Sebanyak 23 kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Kelantan dengan jumlah kumulatif di kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu adalah sebanyak 128 kes. Dari 23 kes yang dilaporkan, sebanyak 17 kes telah dikesan melalui saringan kemasukkan ke PPS, manakala enam (6) kes adalah kes COVID-19 yang telah diketahui (known case). Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Kesemua kes telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di PKRC (5 kes), PPS Khas (7 kes), hospital (3 kes) dan rumah (8 kes).
Daripada 518 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 317 (61.1%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 21 kes acute respiratory infection (ARI), lapan (8) kes skin infection dan satu (1) kes AGE dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 fasiliti kesihatan dilaporkan beroperasi. Tiga (3) fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi melibatkan negeri Terengganu.
Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang telah bersidang pada hari ini, 3 Mac 2022, bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan COVID-19 berikut:

PAXLOVID (PF-07321332 150mg Film-Coated Tablets and Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets)
• Pemegang pendaftaran produk: Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd.
• Pengilang: Pfizer Manufacturing Deutschland GmbH, Jerman dan Pfizer Ireland Pharmaceuticals, Ireland.
• Indikasi: Digunakan untuk rawatan COVID-19 pada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe).

Produk Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi COVID-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP. KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
3 MAC 2022

https://kpkesihatan.com/2022/03/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mac-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-370-berkenaan-pendaftaran-produk-bagi-rawatan-covid-19/
Berdasarkan pemantauan yang dijalankan NPRA, trend pelaporan AEFI di negara ini dan negara rujukan regulatori lain adalah sama dan tiada isu keselamatan yang dikesan di peringkat tempatan dan global susulan penggunaan vaksin COVID-19 di dalam golongan kanak-kanak berusia 5-11 tahun.

Kadar pelaporan AEFI bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun yang mendapat suntikan vaksin COVID-19 melalui Program PICKids direkodkan pada 125 laporan bagi setiap 1,000,000 dos. Majoriti (97.9%) adalah kesan tidak serius AEFI.

Sumber: JKJAV
Surveillance conducted by NPRA reveals the AEFI reporting trends in this country and other regulatory reference countries are the same and there are no safety issues detected locally and globally following the use of the COVID-19 vaccine among children aged 5-11 years.

The AEFI reporting rate for children ages 5–11 years who received COVID-19 vaccine injection through the PICKids Program was recorded at 125 reports per 1,000,000 doses. The majority (97.9%) were non-serious AEFI.

Sumber: JKJAV
Pulse Oximeter adalah alat yang digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung dan paras oksigen dalam darah.

Paras oksigen normal adalah di antara 95% - 99% dan kadar denyutan jantung normal adalah di antara 50 - 90 seminit.

Ikut langkah berikut untuk menggunakan Pulse Oximeter.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku