CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Seperti yang diketahui, risiko penularan COVID-19 adalah tinggi di dalam bangunan tertutup dengan sistem pengudaraan yang kurang baik berbanding di luar bangunan atau di tempat yang mempunyai ventilasi yang lebih baik.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa virus COVID-19 akan terampai lama di udara dan boleh tersebar sejauh dua (2) hingga enam (6) meter dalam ruangan tertutup tanpa pengudaraan yang baik.

Ikuti panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman bagi tetapan bukan kediaman semasa pandemik COVID-19.
Multi Drug Resistant Tuberculosis (MDR-TB) adalah penyakit yang berlaku apabila seseorang dijangkiti bakteria dan mempunyai kerintangan terhadap 2 ubatan anti-Tibi.

Tempoh rawatan untuk Tibi adalah antara 6 bulan hingga 1 tahun manakala MDR-TB pula antara 9 bulan hingga 2 tahun.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
*Laporan Ringkas Situasi Banjir 1 Mac 2022*

Sehingga jam 3.00 petang, 1 Mac 2022, terdapat dua (2) negeri masih dilanda banjir iaitu Kelantan dan Terengganu. Daerah yang dilanda banjir berkurang dari 15 kepada 13 manakala jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang dari 229 hari sebelumnya kepada 139. Namun, dilaporkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 24,650 orang pada hari ini berbanding semalam (22,439 orang). Peningkatan mangsa berlaku terutama di daerah Pasir Mas, Kelantan dan Kemaman, Terengganu disebabkan oleh faktor air pasang besar dan juga aliran air dari hulu ke hilir sungai. Keadaan cuaca dilaporkan bertambah baik di kedua-dua negeri ini.

Sebanyak empat (4) kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Terengganu dengan jumlah kumulatif bagi kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu adalah sebanyak 40 kes. Kesemua empat (4) kes adalah kes COVID-19 yang telah diketahui (known case). Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Kesemua kes telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di berlainan blok dalam PPS yang sama.

Daripada 334 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 251 (75.15%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 53 kes acute respiratory infection (ARI), dan enam (6) kes skin infection dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir. Tiada kejadian wabak penyakit berjangkit dilaporkan di PPS.

Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 21 fasiliti kesihatan dilaporkan beroperasi. Fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi berkurang kepada 9 berbanding 12 pada hari sebelumnya.
COVID-19 : Kit Ujian, Saliva atau Nasal?

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Wan Amani Wan Abdul Azim dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Pada 1 Mac 2022 bermula perkhidmatan vaksinasi secara "walk-in" bagi Dos Penggalak dan PICKids di PPV IDCC,Shah Alam. Waktu operasi IDCC juga di pendekkan kepada 8am - 5pm.

On March 1, 2022 begins a walk-in vaccination service for Booster Doses and PICKids at PPV IDCC, Shah Alam. IDCC operating hours have also been shortened to 8am - 5pm.

Sumber: JKJAV
Every individuals played a significant role in preventing the transmission of the disease and flattening the infection curve.
We at #ProtectHealth ensures that no one will be left behind in this journey to combat COVID-19.

Here are some snippets from the morning of last Saturday which was held at Menara KLH, Puchong Jaya. Around💉80 doses were given to the people in the deaf community. Job well done to everyone who was involved 👏

Let's get vaccinated everyone 💪
Pemberian dos penggalak adalah untuk memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan SARS-CoV-2.

Dapatkan dos penggalak anda di PPV yang terdekat.

#LindungDiriLindungSemua
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hi guys! Did you know? Proper vaccine administration is critical to ensure that vaccination is safe and effective.
Let’s watch this video together to follow through the reassurance steps during the vaccine administration that you will be getting through any PPVs.

---

Hai semua! Adakah anda tahu? Pemberian vaksinasi yang betul adalah sangat penting untuk memastikan vaksinasi selamat dan berkesan.
Jom kita tonton video ini bersama-sama untuk mengikuti langkah-langkah jaminan semasa pemberian vaksin yang anda akan dapati di semua PPV.

#PICK
Seperti yang disarankan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mahu rakyat Malaysia menganggap perubatan kesihatan hanya disediakan apabila kita sakit.

“Di peringkat nasional, PeKa B40 telah menyaring lebih 561,990 orang, tetapi jumlah yang layak mendapat saringan melalui PeKa B40 ini sejumlah 4.9 juta rakyat Malaysia.

Ini adalah sesuatu yang membimbangkan kita, sebab kita tidak mahu rakyat Malaysia menganggap perubatan kesihatan hanya disediakan apabila kita sakit.

Sakit baru kita cari doktor, baru kita pergi klinik, baru kita cari KKM. Ini nama dia ‘sickcare’ bukan healthcare.

Kepada yang layak, jom buat saringan kesihatan percuma dengan PeKa B40, seperti yang disarankan oleh Puan Kassiam yang merupakan penerima manfaat PeKa B40!

#ProtectHealth
#PeKaB40
Congrats to Terrance Lee and Kingston Lee who had their jabs at PPV IOI City Tower today 👏🏼

Datuk Lee Chong Wei 李宗伟 and family are ensuring they're getting protection from Omicron under the #PICK programme.

A total of 805,676 children aged between 5 and 11 years have received the first dose of COVID-19 vaccine under #PICKids

Register your children now, protect them, prevention is better than cure.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Varian Omicron yang merupakan varian paling dominan dalam negara kita sekarang tetap serius dan berbahaya kepada golongan berisiko tinggi khususnya yang belum menerima dos penggalak.

Kita harus bersama-sama memastikan agar ahli keluarga, jiran serta rakan-rakan kita supaya terus terlindung daripada kesan buruk jika dijangkiti oleh COVID-19.

Bawalah warga emas dan ahli keluarga yang berisiko tinggi untuk segera mengambil dos penggalak. Anda hanya perlu walk-in di PPV berdekatan bagi tujuan itu.

- YB Khairy Jamaluddin -
Klik https://www.facebook.com/100068159346549/posts/275048674777109/?d=n untuk baca e-majalah MyHEALTH edisi Mac 2022. Antara intipatinya adalah seperti Penularan Varian Omicron dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 1 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Lapan) 8 negeri iaitu WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (65%), Johor (63%), Melaka (63%), Kelantan (58%), Perlis (55%), Selangor (55%), dan Sabah (53%)menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (94%), WP Kuala Lumpur (95%), Perak (90%), WP Putrajaya (86%), Selangor (81%), Perlis (78%), Pahang (73%), Johor (66%), Terengganu (62%), Pulau Pinang (60%), Sabah (54%), dan Sarawak (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (60%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 213 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 1 Mac 2022:

Kes sembuh: 25,548 kes [3,142,112 kes kumulatif (90.6%)];
Kes baharu: 25,854 kes (3,468,590 kes kumulatif);
Kes import: 448 kes [378 warganegara (84.4%); 70 bukan warganegara (15.6%)];
Kes tempatan: 25,406 kes [24,543 warganegara (96.6%); 863 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 374 kes (134 kes disahkan COVID-19; 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 213 kes (74 kes disahkan COVID-19; 139 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 25,854 kes harian yang dilaporkan pada 1 Mac 2022:

152 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
25,702 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 8,877 kes (34.33%);
Kategori 2: 16,825 kes (65.08%);
Kategori 3: 87 kes (0.34%);
Kategori 4: 37 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 28 kes (0.11%).
Daripada 152 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 1 Mac 2022:

25 kes (16.45%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
89 kes (58.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
38 kes (25.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
65 kes (42.76%) berumur 60 tahun dan ke atas;
51 kes (33.55%) mempunyai komorbid dan;
1 kes (0.66%) kes adalah ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Bermula 3 Mac 2022, ujian pengesanan COVID-19 harian tidak perlu dilakukan lagi bagi pengembara VTL, LITB, OSC dan juga pengembara dari United Kingdom.

As of 3 March 2022, daily COVID-19 tests are no longer required for VTL, LITB, OSC travellers as well as travellers arriving from the United Kingdom.
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI)
VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 25 FEBRUARI 2022