CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sindrom keradangan pelbagai sistem - di kalangan kanak-kanak atau Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) adalah salah satu penyakit serius yang menyerang kumpulan lingkungan umur itu akibat COVID-19.

Ikuti penjelasan Pakar Pediatrik, Dr. Selva Kumar Sivapunniam mengenai tanda-tanda MIS-C supaya anak-anak anda mendapat rawatan sewajarnya sekiranya diserang penyakit tersebut.

Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberikan vaksinasi kepada anak-anak kita. Lindungi mereka.

- YB Khairy Jamaluddin -
KEBERKESANAN DOS VAKSIN PENGGALAK (BOOSTER) DALAM MENGHADAPI GELOMBANG OMICRON

Program Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) telah dimulakan secara rasmi sejak 1 Oktober 2021, di mana sehingga 22 Februari 2022, 14,176,241 dos telah diberikan kepada individu dewasa yang layak (60.3% daripada penduduk dewasa di Malaysia).

Rajah 2-4 di bawah menunjukkan data terkini dari empat (4) minggu yang lepas (26 Januari 2022 sehingga 22 Februari 2022) bagi kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 (bagi setiap 100,000 penduduk), serta kes kematian akibat COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk. Daripada rajah-rajah ini dapat disimpulkan bahawa:

• Kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 yang serius (terutama pada kategori 4 dan 5) dan juga paling berisiko untuk kematian akibat jangkitan COVID-19. Ini dapat dilihat pada ketiga-tiga carta dan hampir semua kumpulan umur;

• Kumpulan individu yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak (booster) adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat jumlah kes yang lebih rendah dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4, dan 5) dan juga kematian akibat COVID-19 di kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi (non-vaccinated) dan kumpulan yang lengkap divaksinasi tetapi belum menerima dos penggalak (vaccinated but unboosted); dan

• Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

- KPK KKM -
Dos penggalak dapat mengurangkan risiko kemerosotan tahap jangkitan COVID-19 yang lebih teruk.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Dos penggalak dapat mengurangkan risiko kes kematian berbanding individu yang tidak mengambil dos penggalak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Bilangan laporan AEFI vaksin COVID-19 (Semua Dos) daripada data yang dikumpul sehingga 18 Februari 2022.

Number of reported COVID-19 vaccines AEFI (all doses) from the data collected up to 18 February 2022.

Sumber: JKJAV
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan oleh Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) mengenai isu penemuan bakteria Cronobacter sakazakii dan Salmonella Newport dalam rumusan bayi keluaran Abbott Nutrition’s Sturgis dari Amerika Syarikat. Bakteria Cronobacter sakazakii terdapat secara meluas di persekitaran dan boleh hidup pada keadaan kering seperti di dalam rumusan bayi. Jangkitan Cronobacter boleh menyebabkan meningitis atau sepsis. Walau bagaimanapun, ianya jarang berlaku dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan.

Hasil siasatan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati hanya dua produk rumusan bayi yang terlibat iaitu Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 sachets) dengan nombor batch yang dimulai digit 22 hingga 37 pada kodbar di bekas bernombor K8, SH atau Z2 serta mempunyai tarikh luput 1.4.2022 dan seterusnya. KKM juga telah mengenakan tindakan penolakan (auto-rejection) di semua pintu masuk negara ke atas produk terlibat.

KKM juga telah menghubungi pihak syarikat Abbott Laboratories (M) Sdn. Bhd. dan mengesahkan bahawa pihak syarikat telah membuat penarikan balik (recall) produk terlibat yang berada di pasaran tempatan secara sukarela serta mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi peruncit, pengedar dan insitusi yang membeli produk berkenaan agar menghentikan penjualan produk tersebut.

Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut hendaklah menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat. Ibubapa dan penjaga pula dinasihatkan untuk mengenalpasti batch kod rumusan bayi berkenaan serta berhenti menggunakan produk yang terlibat dan memantau kesihatan bayi serta segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi mempunyai gejala selepas meminum rumusan susu bayi tersebut.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 FEBRUARI 2022

https://kpkesihatan.com/2022/02/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-februari-2022-isu-produk-rumusan-bayi-di-amerika-syarikat-yang-dikesan-mengandungi-cronobacter-sakazakii-dan-salmonella-newport-keluaran-abbot-nutrition-%EF%BF%BC/
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI
(AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 18 FEBRUARI 2022
Penerima vaksin yang mengalami AEFI dinasihatkan untuk melaporkannya melalui *saluran yang betul yang* telah disediakan oleh KKM.

🔎Laporan AEFI yang dihantar dapat membantu pemantauan kesan advers dan keselamatan vaksin COVID-19 yang ada di pasaran.

🚨 Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan, dinasihatkan agar:
Merujuk ke fasiliti kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari *doktor*.
Rawatan segera ini penting agar kesan mudarat dapat dikurangkan dan laporan yang lengkap dapat diperolehi untuk siasatan lanjut.

*Pautan kepada pelaporan secara dalam talian di laman sesawang NPRA [Pengguna > Pelaporan Kesan Sampingan Ubat-ubatan (ConSERF) atau Kesan Advers Vaksin (AEFI)] : https://bit.ly/3LXcggP*