CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KEBERKESANAN DOS VAKSIN PENGGALAK (BOOSTER) DALAM MENGHADAPI GELOMBANG OMICRON

Program Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) telah dimulakan sejak rasmi pada 1 Oktober 2021, di mana sehingga 21 Februari 2022, 14,078,456 dos telah diberikan kepada individu dewasa yang layak (59.8% daripada penduduk dewasa di Malaysia).

Carta bar dilampirkan menunjukkan data terkini dari 4 minggu yang lepas (24 Januari 2022 sehingga 21 Februari 2022) bagi kes COVID-19 kategori 3 serta kategori 4 dan 5 (per 100 ribu populasi), dan juga kes kematian akibat COVID-19 per 100 ribu populasi. Daripada carta bar ini dapat disimpulkan bahawa:
• Kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 yang serius (terutama pada kategori 4 dan 5) dan juga paling berisiko untuk mati akibat jangkitan COVID-19. Ini dapat dilihat pada ketiga-tiga carta dan hampir semua kumpulan umur;
• Kumpulan individu yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak (booster) adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4 dan 5) dan juga kematian akibat COVID-19 di kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi (non-vaccinated) dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak (vaccinated but unboosted);
• Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

Oleh itu KKM ingin menyeru semua individu dewasa yang berkelayakan namun belum menerima vaksin dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in. Semak PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find . Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke slot janji temu tersebut. Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak.

- KPK KKM -
👉 Dikongsikan situasi semasa Denggi dan Chikungunya di Malaysia🦟. Berbanding tempoh yang sama pada tahun 2️⃣0️⃣2️⃣1️⃣, terdapat peningkatan 📈 kes Denggi dan Chikungunya yang telah dilaporkan sehingga minggu epidemiologi ke-7 tahun 2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣.

💪Mari kita bersama-sama periksa dan pastikan persekitaran kita bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.

1. Periksa lorong belakang rumah🏡 anda dan buang segala bekas berpotensi menakung air
2. Periksa palong air hujan dan pastikan ia tidak tersumbat. 💧
3. Gembur tanah yang keras di pasu kerana ia dapat menjadi tempat Aedes🦟 bertelur.

‘Tiada Aedes, tiada Denggi dan Chikungunya’
🧠 Ensefalitis adalah keradangan otak yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus atau apabila sistem imun yang menyerang otak.
Sesiapa sahaja boleh terkena ensefalitis, tanpa mengira umur, atau jantina.

Dikongsikan cara penularan ensefalitis yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.
Dikongsikan juga gejala kegagalan fungsi otak akut dan separa akut. Gejala-gejala lain adalah seperti fotofobia, kegagalan deria rasa dan kekejangan otot leher.

Dapatkan rawatan segera kerana gejala akut ini boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang.
Ambil langkah pencegahan kerana sesetengah kumpulan virus penyebab ensefalitis boleh dicegah dengan vaksinasi, seperti MMR, Japanese encephalitis dan rabies. Kawalan vektor seperti nyamuk juga dapat mengawal jangkitan.
Omicron telah muncul sebagai varian yang dominan di Malaysia.

Berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi dan cepat, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai agar terus patuh kepada SOP dan amalan norma baharu.

Laksanakan ujian pengesanan COVID-19 apabila perlu dan bersesuaian seperti selepas berhimpun dalam khalayak ramai atau selepas mengalami sebarang gejala COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk kepada satu aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diadakan pada 21 Februari 2022 ke atas pusat-pusat kecantikan di kawasan sekitar Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. KKM melalui Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan bertindak melalui maklumat yang disalurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan perkara tersebut setelah mendapati perkhidmatan rawatan estetik yang disediakan melibatkan penggunaan peralatan-peralatan perubatan dan ubat-ubatan berjadual.

Aktiviti penguatkuasaan ini turut disertai oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (CKAPS KL), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (CKAPS Selangor), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (CKAPS Pulau Pinang) dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (CKAPS Negeri Sembilan). Aktiviti ini telah dilakukan ke atas empat (4) premis melibatkan dua (2) di WP Kuala Lumpur, satu (1) di Selangor dan satu (1) premis di Pulau Pinang.

Ketika serbuan dilakukan, KKM telah menemui beberapa peralatan perubatan serta ubat-ubat yang disyaki digunakan dalam rawatan estetik yang hanya boleh digunakan oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Peralatan pergigian yang disyaki digunakan untuk tujuan rawatan telah turut ditemui di premis-premis berkenaan.

https://kpkesihatan.com/2022/02/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-februari-2022-aktiviti-penguatkuasaan-secara-bersepadu-bersama-jabatan-imigresen-malaysia-jim/
Keputusan RTK anda menunjukkan anda positif COVID-19. Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengisytiharkan anda sebagai positif COVID-19 di aplikasi MySejahtera?.

Sila rujuk infografik di bawah.
_______________________________

Your RTK result shows you are positive for COVID-19. What do you need to do to declare yourself as COVID-19 positive in the MySejahtera app?.
Kindly refer to the infographics below.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#Reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
PICKIDS : Peranan Ibu Bapa

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 7.50 pagi bersama Dr. Punitha Arinima, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Semenyih.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Pemerkasaan Kawalan Diri : TRIIS Tanggungjawab Anda

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Tan Sing Yee dari Klinik Kesihatan Jenjarom.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kesan AEFI : Perlu Takut atau Tidak?

Saksikan dalam rancangan Bicara DR esok pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Azuana Ramli dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan Dr. Punitha Arinima dari Klinik Kesihatan Semenyih.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kenapa Home Surveillance Order saya tetiba dipanjangkan walaupun saya sudah selesaikan tempoh kuarantin saya sebelum ini ?.

Sila rujuk infografik di bawah.

________________________________________

Why was my Home Surveillance Order (HSO) extended even though I had completed my HSO before ?

Kindly refer to these infographics.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.15. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
PROGRAM KESEDARAN PENYAKIT TROPIKA YANG TERABAI NTD AWARENESS DAY 2022

"Roadmap to End NTD 2021 - 2030"

seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Februari 2022 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Join Zoom Meeting

https://zoom.us/j/91819911908?pwd=bk4wMjNsQIFnNDRyVGhNT242U0 hWUT09

Meeting ID: 918 1991 1908

Passcode:655346
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 22 Februari 2022:

• Kes sembuh: 19,037 kes [2,974,441 kes kumulatif (90.9%)];
• Kes baharu : 27,179 kes (3,273,958 kes kumulatif);
• Kes import : 120 kes [64 warganegara (53.3%); 56 bukan warganegara (46.7%)];
• Kes tempatan : 27,059 kes [26,381 warganegara (97.5%); 678 bukan warganegara (2.5%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 286 kes (99 kes disahkan COVID-19; 187 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 180 kes (58 kes disahkan COVID-19; 122 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/02/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 22 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,179 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,273,958 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 5,568 (907,425)
Sabah - 4,406 (317,652)
Johor - 2,200 (306,441)
Sarawak - 441 (257,112)
W.P. KL - 1,355 (241,714)
Kedah - 2,583 (217,007)
Kelantan - 2,043 (205,259)
Pulau Pinang - 2,601 (196,933)
Perak - 1,025 (142,225)
Negeri Sembilan - 1,157 (136,564)
Pahang - 1,668 (121,150)
Melaka - 611 (93,233)
Terengganu - 782 (93,075)
W.P. Labuan - 277 (14,615)
W.P. Putrajaya - 163 (13,022)
Perlis - 299 (10,531)

- COVIDNOW -