CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 13 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,072 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 13 Februari 2022;
• 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 5,995 kes (28.45%)
Kategori 2 : 14,991 kes (71.14%)
Kategori 3 : 58 kes (0.28%)
Kategori 4 : 20 kes (0.09%)
Kategori 5 : 8 kes (0.04%)

- KPK KKM -
Daripada 21,072 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:
• 22 kes (25.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
• 46 kes (53.5%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
• 29 kes (33.7%) berumur 60 tahun dan ke atas
• 29 (33.7%) kes mempunyai penyakit komorbid
• hanya 3 kes (3.5%) dimasukkan ke ICU dan 1 kes (1.16%) memerlukan rawatan pernafasan.

-KPK KKM-
Sehingga 12 Februari 2022, kadar penggunaan katil bukan ICU khusus bagi pesakit COVID-19 adalah melebihi 80% di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perlis, dan Kelantan. Manakala kadar penggunaan katil ICU khusus bagi pesakit COVID-19 adalah sebanyak 54% di negeri Johor, namun lain-lain negeri berada di bawah 50% penggunaan katil ICU.

-KPK KKM-
Sehingga 12 Februari 2022, sebanyak 4,700 pesakit COVID-19 berada di hospital di mana kategori 3, 4 dan 5 adalah sebanyak 376 kes (8.0%) daripada keseluruhan pesakit COVID-19. Antara sebab-sebab kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 ke hospital adalah:
• Medical emergency (contohnya penyakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal);
• Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;
• Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik;
• Kes-kes Obstetrik yang memerlukan pemantauan rapi;
• Pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi);
• Kemasukan melalui wad kecemasan;
• Keadaan rumah yang kurang bersesuaian;
• Kes kanak-kanak;
- Dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan
- Demam berpanjangan dan kelesuan
- Mempunyai penyakit kronik
- Tiada penjaga
Berbanding ME ke 5/2022, kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam pada ME ke 6/2022 bagi kategori 3, 4 dan 5 telah menunjukkan peningkatan di semua peringkat umur kecuali golongan remaja. Peningkatan berganda dilihat ke atas golongan kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua bagi ME ke 6/2022. Oleh itu, KKM menyarankan agar kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa serta warga tua yang layak untuk segera mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak di PPV berdekatan anda.
Kenyataan Akhbar KPK 13 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 5,724 kes (2,852,437 kes kumulatif, 93.8%)
• Kes baharu : 21,072 (3,040,235 kes kumulatif);
• Kes import : 65 kes [29 warganegara (44.6%); 36 bukan
warganegara (55.4%)];
• Kes tempatan : 21,007 kes [20,526 warganegara (97.7%); 481 bukan warganegara (2.3%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 187 kes (98 kes disahkan COVID-19; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 109 kes (47 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

• Jumlah kluster : 6,596 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,175 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 421 kluster.

Daripada 21,072 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di:
https://kpkesihatan.com/2022/02/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 13 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,072 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 5,350 (855,564)
Johor - 2,419 (282,427)
Sabah - 3,891 (274,260)
Sarawak - 201 (254,227)
W.P. KL - 1,001 (230,109)
Kedah - 1,841 (193,132)
Kelantan - 1,208 (189,479)
Pulau Pinang - 1,566 (179,017)
Perak - 444 (137,485)
Negeri Sembilan - 983 (126,633)
Pahang - 1,099 (109,975)
Terengganu - 297 (88,115)
Melaka - 429 (87,636)
W.P. Putrajaya - 105 (11,700)
W.P. Labuan - 109 (11,694)
Perlis - 129 (8,782)

- KKM
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.43. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit COVID-19 Kategori 1, 2A dah 2B perlu kuarantin di rumah dah kemaskini gejala dan status kesihatan melalui Health Assessment Tool di MySejahtera. Jika gejala merosot sila dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan.
Pada 14 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,315 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,061,550 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022;
• 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%)
Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%)
Kategori 3 : 48 kes (0.23%)
Kategori 4 : 23 kes (0.11%)
Kategori 5 : 16 kes (0.07%)

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

TARIKH : 14 FEBRUARI 2022
Sehingga 14 Februari 2022 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,315 kes (3,061,550 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 3,955 (859,519)
Johor - 2,800 (285,227)
Sabah - 4,035 (278,295)
Sarawak - 206 (254,433)
W.P. KL - 1,010 (231,119)
Kedah - 2,733 (195,865)
Kelantan - 1,330 (190,809)
Pulau Pinang - 1,656 (180,673)
Perak - 461 (137,946)
Negeri Sembilan - 707 (127,340)
Pahang - 938 (110,913)
Terengganu - 376 (88,491)
Melaka - 666 (88,302)
W.P. Labuan - 189 (11,883)
WP Putrajaya - 124 (11,824)
Perlis - 129 (8,911)

- KKM -
Kenyataan Akhbar KPK 14 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 8,517 kes (2,860,954 kes kumulatif, 93.5%)
• Kes baharu : 21,315 (3,061,550 kes kumulatif);
• Kes import : 81 kes [47 warganegara (58.0%); 34 bukan
warganegara (42.0%)];
• Kes tempatan : 21,234 kes [20,551 warganegara (96.8%); 683 bukan warganegara (3.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 199 kes (94 kes disahkan COVID-19; 105 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 115 kes (47 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/02/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah satu dan dua, namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi lalu dimasukkan ke hospital.

Sehingga 14 Februari 2022, kes baharu COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,217 kes. Daripada 1,217 kes ini:
- 400 kes (32.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 817 kes (67.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 13 kes telah dimasukkan ke ICU dan 1,005 kes telah ditempatkan di katil biasa. Pada yang sama, 918 kes COVID-19 telah didiscaj daripada hospital.

Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:
• 16 kes (18.4%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
• 54 kes (62.1%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
• 35 kes (40.2%) berumur 60 tahun dan ke atas;
• 28 (32.2%) kes mempunyai penyakit komorbid;
• 2 (2.3%) kes ibu mengandung dan;
• 8 (9.2%) kes telah meninggal dunia, di mana 2 (2.3%) adalah kes Brought in Dead (BID).

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.38. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -