CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Anda tidak menemukan PPV PICKids pilihan anda di hasil carian?
Sila rujuk infografik ini.
___________________________________
You can’t find PICKids PPV of your choice, when you search for it?
Please refer to these infographics.

#PICKids
#MySejahtera
#reopeningsafely

Sumber : MySejahtera
Pada 3 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,720 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,887,780 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM
50% daripada jumlah 3.6 juta kanak-kanak disasarkan menerima dos pertama vaksin COVID-19 menjelang akhir bulan Februari 2022.
Lindungi anak-anak anda daripada penyakit COVID-19 yang serius. #PICKids
___________________________________
50% of the total 3.6 million children are expected to receive the first dose of the COVID-19 vaccine by the end of February 2022.
Protect your children from severe COVID-19 diseases. #PICKids

Sumber : JKJAV
Bermula 7hb Februari 2022, akan terdapat tambahan 11 lagi PPVKids yang memberikan perkhidmatan vaksinasi PICKids.

Senarai PPV tersebut adalah seperti di atas.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 3,968 kes (2,794,354 kes kumulatif, 96.8%)
Kes baharu : 5,720 kes (2,887,780 kes kumulatif);
Kes import : 130 kes [69 warganegara (53.1%); 61 bukan warganegara (46.9%)];
Kes tempatan : 5,590 kes [5,405warganegara (96.7%); 185 bukan warganegara (3.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 114 kes (85 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 56 kes (39 kes disahkan COVID-19; 17 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,457 kluster;
Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,125 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 332 kluster.

Daripada 5,720 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

43 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,677 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/02/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Terkini daripada 5,720 kes harian yang telah dilaporkan pada hari ini;
• 43 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 5,677 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

- KPK KKM -
Program vaksinasi telah berjaya menurunkan peratusan kes COVID-19 kategori 3, 4 & 5 di mana kes-kes ini memerlukan kemasukan ke hospital. Pada hari ini, hanya 43 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 3 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.11. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Selamat Hari Kanser Sedunia 2022.

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian tertinggi di dunia termasuk Malaysia bagi tahun 2020.

Apa yang patut saya lakukan?

✔️ Lakukan pengesanan awal dengan membuat ujian saringan
✔️ Aktif secara fizikal
✔️ Tidak merokok
✔️ Elak minuman beralkohol
✔️ Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
✔️ Urus stres dengan baik
✔️ Memberi sokongan kepada pesakit kanser

#WorldCancerDay
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HARI KANSER SEDUNIA
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pejagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser.

Larian virtual Hari Kanser Sedunia juga sudah bermula. Daftar sekarang di https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

Sertai kami melalui FBLive untuk Majlis Perasmian dan Simposium Hari Kanser Sedunia pada 17 Februari 2022 ini.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
#mywcd2022virtualrun
Kanser adalah penyebab keempat kematian tertinggi yang dilaporkan di hospital kerajaan dan penyebab utama kematian di hospital swasta.

Menurut laporan The Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016, tiga kanser tertinggi di Malaysia tanpa mengira jantina adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal / usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
Selamat menyambut Hari Kanser Sedunia 2022.
Tema: Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia.

Mari berganding bahu dan bersama-sama memainkan peranan untuk mencegah dan mengawal beban yang dihadapi akibat kanser serta mengurangkan jurang penjagaan yang wujud.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
Pada 4 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,234 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Terima kasih kepada pesakit positif COVID-19 yang kekal mengasingkan diri sepanjang tempoh kuarantin.

Melindungi keluarga dan komuniti anda daripada COVID-19 adalah tindakan yang bijak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kanak-kanak terlantar di rumah boleh mendapatkan vaksin COVID-19 di rumah. Sila hubungi klinik kesihatan terdekat dan berikan butiran kanak-kanak OKU tersebut.

Children who are bedridden can get their COVID-19 vaccine at home. Please contact the nearest health clinic and provide details of the disabled or special needs children.

#PICKids
#LindungDiriLindungSemua
Although the number of cases is expected to rise in next couple of days and weeks, due to the high transmisibility of Omicron variant, It causes a less severe form of the disease in those who had full vaccination and taken their booster shot.

Our high vaccination and booster rates have resulted in less patients in category 3,4 and 5. Today of 7.234 cases reported only 73 patients (or 1%) in category 3,4 and 5. More importantly 7,161 (99%) of the patients were in category 1 and 2. It shows that vaccine works.

- KPK KKM -