CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Norma baharu di sekolah - Tanggungjawab Ibu Bapa

📌 Memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
📌 Ajar anak langkah mencuci tangan dengan betul
📌 Menasihati anak untuk mengamalkan penjarakan fizikal
📌 Mendidik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
📌 Bekalkan anak pelitup muka secukupnya
📌 Bawa hand sanitizer ke sekolah jika ada
📌 Digalakkan anak membawa bekal makanan ke sekolah

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/5007820242602800 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Norma baharu di sekolah - Saranan kepada warga sekolah

📌 Saringan kesihatan di pintu masuk
📌 Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun / hand sanitizer
📌 Pematuhan penjarakan fizikal
📌 Amalan etika batuk dan bersin yang betul
📌 Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh
📌 Pastikan pengaliran udara yang baik di setiap bilik / makmal
📌 Tandas sekolah sentiasa bersih dan sabun disediakan
📌 Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/5007820242602800 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia.

MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.

Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Malaysia.

#LindungDiriLindungSemua
#MySJ
Pada 31 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,573 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,758,086 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data hara laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
Anak atau penjaga yang TINGGAL BERSAMA warga emas, pastikan keperluan mereka mencukupi dan amalkan langkah pencegahan seperti kerap cuci tangan dengan air dan sabun dan pastikan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Warga emas berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi yang lebih serius.

Anak atau penjaga yang TINGGAL BERJAUHAN, pastikan keperluan ibu bapa mencukupi dan jika sakit, segera bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Beri teguran jika golongan komorbid tidak mengamalkan norma baharu atau melanggar arahan kerajaan.

Teguran mampu menyelamatkan nyawa mereka.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Tahun Baharu 2022.

2021 Berlabuh kini
Membawa dugaan yang dihadapi
2022 kini di sini
Disambut doa Keluarga Malaysia diberkati

Terus amalkan norma baharu demi kesejahteraan kesihatan…

Ikhlas daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selamat Menyambut Tahun 2022.

Jom kita pasang azam 2022 untuk membuat aktiviti cari dan musnah setiap minggu bersama keluarga kita...10 minit jer...pastikan keluarga kita tidak menjadi mangsa Aedes....

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minit
#HapusAedes
#CaridanMusnah
#sihatmilikku
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
31 DISEMBER 2021

SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,988 kes (2,685,378 kes kumulatif, 97.4%);
• Kes baharu : 3,573 kes (2,758,086 kes kumulatif);
• Kes import : 343 kes (327 warganegara; 16 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,230 kes [3,031 warganegara (93.8%); 199 bukan warganegara (6.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 269 kes (217 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 163 kes (83 kes disahkan COVID-19; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,128 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,911 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 217 kluster.

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 31 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
• Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi - 57 PPS [Pahang (32), Kelantan (17), Selangor (4), Terengganu (3), dan Negeri Sembilan (1)];
• Jumlah negeri dilanda banjir - Lima (5) (Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan);
• Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 4,520 orang;
• Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS - 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
• Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir - 444 kes (2 kes hari ini); dan
• Jumlah kluster COVID-19 di PPS: 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Baca lagi di: https://kpkesihatan.com/2021/12/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Mesej Pemakanan Sihat Sempena Tahun Baru 2022 oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.
Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.
Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.

Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).

MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.

#LindungDiriLindungSemua
#MySJ
https://fb.watch/afsvw5Kon-/

Sidang Media Menteri Kesihatan
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENANGGUHAN SEMENTARA KEBENARAN PERJALANAN MENGERJAKAN UMRAH