CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 30 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,997 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,754,513 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
Penularan Covid-19 varian Omicron dengan cepat dan keganasan varian Delta boleh mencetuskan tsunami pendemik jika tidak mengambil langkah2 pencegahan dan kawalan awal. Terkini semakin meningkat di banyak negara.

- KPK KKM -
We must all get vaccinated and boosted, self isolate ourselves if symptomatic and periodic self testing with RTK Ag, avoid crowded and confined spaces. Please take all the precautionary and social measures to prevent from getting infected. More importantly when we gather again in time, from the head count no one is missing. Stay strong and stay safe.

- KPK KKM -
Terkini mereka yang selamat kembali dari umrah, telah dimulakan pemakaian digital tracker. 20 kaunter & 40 staf telah ditempatkan untuk pemakaian digital trackers di bangunan “Satelitte” C25. Jangkamasa diambil untuk saringan kesihatan dan pemakaian digital tracker edgenta memakan masa 1jam 20min.

Sehingga hari ini pemakaian digital trackers adalah untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi di bawah pengawasan kuarantin rumah.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
COVID-19 | Arab Saudi Kuat Kuasa Semula Penjarakan Fizikal

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan peguatkuasaan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah berkuatkuasa hari ini.

Langkah itu diumumkan kerana peningkatan jangkitan COVID-19 dan varian Omicron yang semakin menular.

Sumber: Buletin TV3
30 Disember 2021
Elak penularan Omicron.

Terus patuhi arahan kuarantin. Kekal duduk di bilik berasingan dan jangan bertemu dengan ahli rumah atau pelawat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
WASPADA RISIKO PENYAKIT DENGGI SEMASA BANJIR!

Semasa banjir, hujan akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan NYAMUK aedes. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam DENGGI tidak kira semasa banjir atau selepas banjir.

Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit ini.

Langkah utama untuk mengawal penularan virus denggi ialah dengan memerangi nyamuk aedes.

Jadi ketahui langkah yang perlu anda lakukan SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS banjir untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi.

#banjir
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesanan daripada YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan kepada mereka yang akan meraikan sambutan tahun baharu atau melakukan aktiviti berkumpulan.

Amalkan TRIIS, lakukan ujian kendiri COVID-19, patuhi SOP dan dapatkan dos penggalak.

#PICKBooster
#lindungdirilindungsemua
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
30 DISEMBER 2021

1. SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,984 kes (2,681,390 kes kumulatif, 97.3%);
• Kes baharu : 3,997 kes (2,754,513 kes kumulatif);
• Kes import : 366 kes (335 warganegara; 31 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,631 kes [3,516 warganegara (96.8%); 115 bukan warganegara (3.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 281 kes (213 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 155 kes (77 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,123 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,902 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 221 kluster.

2. SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 30 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
• Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi - 61 PPS [Kelantan (10), Pahang (43), Selangor (7) dan Negeri Sembilan (1)];
• Jumlah negeri dilanda banjir - Empat (4) (Kelantan, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan);
• Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 6,348 orang;
• Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir - 442 kes;
• Kes positif COVID-19 di PPS - 15 kes;
• Tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

Baca lagi di https://kpkesihatan.com/2021/12/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Norma baharu di sekolah - Tanggungjawab Ibu Bapa

📌 Memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
📌 Ajar anak langkah mencuci tangan dengan betul
📌 Menasihati anak untuk mengamalkan penjarakan fizikal
📌 Mendidik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
📌 Bekalkan anak pelitup muka secukupnya
📌 Bawa hand sanitizer ke sekolah jika ada
📌 Digalakkan anak membawa bekal makanan ke sekolah

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/5007820242602800 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Norma baharu di sekolah - Saranan kepada warga sekolah

📌 Saringan kesihatan di pintu masuk
📌 Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun / hand sanitizer
📌 Pematuhan penjarakan fizikal
📌 Amalan etika batuk dan bersin yang betul
📌 Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh
📌 Pastikan pengaliran udara yang baik di setiap bilik / makmal
📌 Tandas sekolah sentiasa bersih dan sabun disediakan
📌 Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/5007820242602800 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia.

MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenal pasti individu yang merupakan pengguna MySJ Trace yang pernah ada kontak rapat dengan seorang lagi pengguna MySJ Trace yang telah disahkan positif COVID-19.

Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Malaysia.

#LindungDiriLindungSemua
#MySJ
Pada 31 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,573 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,758,086 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data hara laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
Anak atau penjaga yang TINGGAL BERSAMA warga emas, pastikan keperluan mereka mencukupi dan amalkan langkah pencegahan seperti kerap cuci tangan dengan air dan sabun dan pastikan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku