CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kenyataan Akhbar KPK 21 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,278 kes (2,642,469 kes kumulatif, 97.0%);
• Kes baharu : 3,140 kes (2,724,684 kes kumulatif);
• Kes import : 58 kes (51 warganegara; 7 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,082 kes [2,910 warganegara (94.4%); 172 bukan warganegara (5.6%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 353 kes (275 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 189 kes (125 kes disahkan COVID-19; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,086 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,839 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 247 kluster.

Daripada 3,140 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 64 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,076 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Lindungi golongan berisiko tinggi daripada jangkitan COVID-19.

Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum aktiviti berkumpul atau berkunjung untuk sambutan Hari Krismas.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
COVID-19 : Penjagaan Kesihatan Sewaktu Musim Banjir

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KKM KKM -
Buat persediaan awal sebelum tiba musim tengkujuh sekiranya kawasan kediaman anda sentiasa dinaiki air semasa banjir.

Antara persediaan yang boleh dilakukan adalah menyediakan keperluan peribadi diri dan suami, keperluan bayi dan anak, bekalan ubat serta buku rekod kesihatan.

➡️ Anda boleh berhubung dengan pejabat kesihatan untuk khidmat selanjutnya.

➡️ Nasihatkan anak anda supaya tidak bermain air banjir kerana berbahaya.

➡️ Ikut arahan pihak berkuasa semasa di pusat pemindahan banjir.

➡️ Minum air dan makanan yang telah dimasak.

➡️ Selepas banjir surut, pakai kelengkapan yang sesuai semasa kerja-kerja pembersihan selepas banjir dilakukan.

Jaga kesihatan anda walaupun ditimpa musibah.

https://youtu.be/5AoMCa373sM

#banjir
#sihatmilikku
Berikut merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 ketika menyambut Hari Krismas.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGGANTUNGAN SEMENTARA PENJUALAN TIKET LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN (VACCINATED TRAVEL LANE) ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA
Pada 22 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,519 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,728,203 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 5,118 kes (2,647,587 kes kumulatif, 97.0%);
• Kes baharu : 3,519 kes (2,728,203 kes kumulatif);
• Kes import : 100 kes (89 warganegara; 11 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,419 kes [3,274 warganegara (95.8%); 145 bukan warganegara (4.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 331 kes (263 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 187 kes (122 kes disahkan COVID-19; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,088 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,854 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 234 kluster.

Daripada 3,519 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 65 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,454 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
WASPADA RISIKO PENYAKIT KERACUNAN MAKANAN SEMASA BANJIR!

Keracunan makanan ialah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Oleh itu, ketahui TANDA DAN GEJALA serta LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan keracunan makanan.

Segera mendapatkan rawatan kesihatan jika mengalami keracunan makanan.

INGAT, keracunan makanan boleh menyebabkan dehidrasi teruk dan kerosakan fungsi organ badan sehingga mengakibatkan kematian.
WASPADA RISIKO PENYAKIT TAUN/KOLERA SEMASA BANJIR!

Taun/Kolera adalah penyakit bawaan air dan makanan akibat jangkitan bakteria “Vibrio cholerae” dan boleh menyebabkan CIRIT-BIRIT yang teruk. Simptom kebiasaannya muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Dapatkan rawatan dengan segera jika anda mengesyaki anda mendapat penyakit kolera. Kolera boleh menyebabkan DEHIDRASI teruk dan kerosakan fungsi organ badan sehingga mengakibatkan kematian.

Pastikan juga anda MENGAMALKAN LANGKAH PENCEGAHAN yang sepatutnya untuk mencegah penyakit taun/kolera ini.
Apa Harus Anda Lakukan Ketika Musim Banjir.

Saksikan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 pada pukul 12 tengah hari bersama Pn. Roselina Mokhtar, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -