CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 20 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,589 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.

Hasil saringan setakat jam 11 pagi tadi itu antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat).

- KPK KKM -
PENUTUPAN SEMENTARA COVID ASSESSMENT CENTRE (CAC) BERIKUTAN BANJIR NEGERI SELANGOR

Sumber: JKN Selangor
Kenyataan Akhbar KPK 20 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 3,810 kes (2,638,191 kes kumulatif, 96.9%);
• Kes baharu : 2,589 kes (2,721,544 kes kumulatif);
• Kes import : 46 kes (35 warganegara; 11 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,543 kes [2,427 warganegara (95.4%); 116 bukan warganegara (4.6%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 379 kes (307 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 210 kes (142 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,082 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,831 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 251 kluster.

Daripada 2,589 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 66 kes (2.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 2,523 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Sehingga jam 11 pagi, 20 Disember 2021 hari ini, hasil saringan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah mengesan 181 kes positif kategori 1 dan 2.

Berikut adalah pecahan kes positif mengikut negeri.

As of 11 am, 20 December 2021, 181 positive cases, category 1 and 2 were detected following the COVID-19 screening at the Temporary Relief Centres (PPS).

Above is the breakdown of positive cases by state.
Panduan Pendidikan Kesihatan Ketika Banjir
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Dec 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bencana banjir menyebabkan lebih daripada kerosakan harta benda. Ia juga boleh menyebabkan gangguan emosi.

Ketahui tips dalam menangani ketidakstabilan emosi semasa bencana. Jika anda berasa bimbang, berkomunikasilah dengan seseorang yang anda percayai.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan di Talian Sokongan Psikososial KKM-Mercy Malaysia.

Untuk mengetahui sokongan psikososial terdekat yang tersedia untuk anda, anda juga boleh mengimbas kod QR dibawah.

Banyak Cara untuk Bertindak balas, Banyak juga Cara untuk Mengatasi.
‘Jangan simpan ketakutan dan ketidakstabilan emosi anda kepada diri sendiri.’
Pada 21 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,140 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Selain daripada kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19, KKM juga menjangkakan bahawa akan terdapat peningkatan kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir.

Justeru itu, KKM ingin menasihatkan orang ramai yang terlibat di kawasan banjir untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1. Sebaik-baiknya, gunakan alat pelindung diri seperti but getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur. Ini untuk mengelakkan sentuhan terus dengan air banjir bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir seperti penyakit leptospirosis (jangkitan air kencing tikus), melioidosis, dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan.

2. Orang ramai dinasihatkan agar mengambil air minum dan makanan yang bersih dan tidak tercemar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun (kolera), hepatitis A dan demam kepialu (tifoid).

3. Mangsa banjir, petugas dan sukarelawan di kawasan banjir juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri semasa banjir iaitu dengan membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage).

4. Hendaklah sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain. Semasa banjir, hujan akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi, chikungunya dan malaria tidak kira semasa banjir atau selepas banjir.

5. Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, batuk dan sebagainya.

KKM telah menyediakan pasukan perubatan di PPS Banjir terutama di PPS yang besar, membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. Ujian saringan COVID-19 dilakukan juga ke atas mangsa banjir sebelum memasuki PPS bagi mengesan awal jangkitan COVID-19 serta memastikan tiada penularan berlaku di PPS.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar KPK 21 Disember 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,278 kes (2,642,469 kes kumulatif, 97.0%);
• Kes baharu : 3,140 kes (2,724,684 kes kumulatif);
• Kes import : 58 kes (51 warganegara; 7 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,082 kes [2,910 warganegara (94.4%); 172 bukan warganegara (5.6%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 353 kes (275 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 189 kes (125 kes disahkan COVID-19; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,086 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,839 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 247 kluster.

Daripada 3,140 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 64 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,076 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/12/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/