CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 15 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,143 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,551,452 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 4,551 kes (2,455,767 kes kumulatif, 96.2%);
Kes baharu : 5,143 kes (2,551,452 kes kumulatif);
Kes import : 13 kes (8 warganegara; 5 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,130 kes [4,923 warganegara (96.0%); 207 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 526 kes (474 kes disahkan COVID-19 ; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 250 kes (192 kes disahkan COVID-19 ; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,843 kluster;
Jumlah kluster baharu :3 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,593 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 250 kluster.

Daripada 5,143 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
126 kes (2.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,017 kes (97.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
15 NOVEMBER 2021
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.05. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sebelum pergi ke kawasan awam, semak dahulu

➡️ Status COVID-19 kawasan tersebut
➡️ Kawasan terbuka atau tertutup?
➡️ Adakah pengudaraannya baik?

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
PROGRAM TABLETOP EXERCISE COVID-19 KKM 2021

PUTRAJAYA, 15 NOVEMBER 2021 - Program Tabletop Exercise COVID-19 KKM 2021 yang dianjurkan oleh Crisis Preparedness Response Centre Perkhidmatan Hospital (CPRCPH), Program Perubatan dengan kerjasama erat Subject Matter Expert Perkhidmatan Perubatan Kecemasan KKM ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 13 November sehingga 15 November 2021.

Majlis penutup program ini telah dihadiri oleh YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut serta memberi input semasa latihan diadakan. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, YBhg. Datuk Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Dr. Zulkeffeli bin Mat Jusoh serta barisan pengurusan tertinggi KKM.

Objektif latihan simulasi ini dijalankan adalah sebagai langkah proaktif KKM dalam menghadapi keadaan kritikal yang mungkin berlaku seperti kenaikan mendadak kes COVID-19 mahupun bencana lain.

Menerusi program ini, peserta diberikan gambaran simulasi untuk merancang dan membuat tindakan secara strategik ketika berhadapan dengan situasi kritikal atau bencana. Malah, KKM dapat membuat penilaian serta penambahbaikan kepada garis panduan serta pelan kontigensi sedia ada bagi setiap fasiliti kesihatan di Malaysia dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes COVID-19. Latihan ini memberi fokus kepada fungsi kritikal kesihatan disamping memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang selamat.

Selain itu, KKM juga dapat menilai serta menambahbaik keberkesanan komunikasi di pelbagai peringkat merangkumi operasi di lapangan, taktikal di peringkat negeri dan strategi di peringkat CPRC Kebangsaan dan CPRC Perhidmatan Hospital KKM.

Program ini dapat mengukuhkan kolaborasi serta komunikasi pelbagai agensi seperti Agensi Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, BOMBA, Polis Diraja Malaysia, APHM, Jabatan Audit Negara, Kementerian Kerja Raya dengan juga NGO.

KKM turut merancang untuk membuat program ini secara berkala kepada semua anggota KKM dan agensi lain yang terlibat sebagai langkah kesiapsiagaan untuk sentiasa berada dalam keadaan siap sedia ketika berhadapan dengan wabak atau bencana. Inisiatif ini juga merupakan platform untuk mengemaskini pengetahuan serta kemahiran sedia ada.

@mohmalaysia
Status COVID-19 di Malaysia setakat 15 November 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

COVID-19 status in Malaysia as of 15 November 2021.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan, ICU, katil hospital COVID-19 dan pusat kuarantin setakat 15 November.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

Utilisation of ventilators, ICUs, hospital beds and quarantine centres as of 15 November.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Pada 16 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,413 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,556,865 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kepada bakal jemaah umrah berikut adalah kaedah permohonan dos penggalak vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

#boostershot #dospenggalak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. dan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk bagi vaksin COVID-19, Coronavac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

Kelulusan pelanjutan jangka hayat ini juga terpakai kepada semua stok secara retrospektif sebelum permohonan variasi ini diluluskan. Pihak pengilang diberi masa 6 bulan dari tarikh kelulusan permohonan variasi untuk mengemaskini tarikh luput yang dicetak pada label vial untuk produk vaksin yang akan dikilangkan.

Sehubungan dengan itu, KKM akan melanjutkan jangka hayat stok vaksin yang masih berada di dalam pegangan stok KKM seperti di Lampiran A. Pelanjutan jangka hayat ini juga terpakai kepada stok yang akan diterima daripada pengilang dalam masa terdekat.

KKM ingin memaklumkan bahawa informasi nombor kelompok yang terlibat boleh dilayari di laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my. KKM juga sentiasa komited dalam memastikan vaksin COVID-19 adalah berkualiti, selamat dan berkesan.

https://kpkesihatan.com/2021/11/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-november-2021-pelanjutan-jangka-hayat-produk-vaksin-covid-19-jenis-coronavac-dan-comirnaty/