CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 11 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,323 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,528,821 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,337 kes (2,435,459 kes kumulatif, 96.31%);
Kes baharu : 6,323 kes (2,528,821 kes kumulatif);
Kes import : 25 kes (14 warganegara; 11 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,298 kes [6,072 warganegara (96.4%); 226 bukan warganegara (3.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 538 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 274 kes (191 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,828 kluster;
Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,540 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 288 kluster.

Daripada 6,323 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
97 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,226 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE–UiTM) telah mengenalpasti mengenalpasti sebanyak 48 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,830 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 3,810 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
• 3,570 kes varian Delta;
• 226 kes varian Beta; dan
• 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
• 13 kes varian Theta;
• Empat (4) kes varian Kappa; dan
• Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.0. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Status COVID-19 di Malaysia setakat 11 November 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

COVID-19 status in Malaysia as of 11 November 2021.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan, ICU, katil hospital COVID-19 dan pusat kuarantin setakat 11 November.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

Utilisation of ventilators, ICUs, hospital beds and quarantine centres as of 11 November.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Dimaklumkan kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) telah meningkat kembali kpd 1.0. Ini bermakna kes harian semakin mendatar & kebimbangan kita adalah jika ia kembali meningkat. Orang ramai digesa patuh kpd SOPs & kpd kumpulan rentan dapatkan segera dos pengalak bila janji temu diberi.

- KPK KKM -
Pada 12 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,517 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,535,338 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh :6,026 kes (2,441,485 kes kumulatif, 96.3%);
Kes baharu : 6,517 kes (2,535,338 kes kumulatif);
Kes import : 16 kes (10 warganegara; 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,501 kes [6,214 warganegara (95.6%); 287 bukan warganegara (4.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 544 kes (485 kes disahkan COVID-19 ; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 269 kes (194 kes disahkan COVID-19 ; 75 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,837 kluster;
Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,551 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 286 kluster.

Daripada 6,517 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
125 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,392 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
PELAKSANAAN VAKSIN PENGGALAK (BOOSTER DOSE) COVID-19

Melihat kepada pendekatan yang diambil negara seperti Singapura, United Kingdom serta beberapa negara lain yang lebih awal memulakan proses pemberian vaksin, mereka telah mula memberikan dos penggalak berdasarkan bukti-bukti saintifik. Pemberian dos penggalak serta dos tambahan juga adalah selari dengan saranan yang diberikan oleh Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE), WHO terutamanya kepada golongan yang mempunyai imuniti yang rendah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Kumpulan barisan hadapan juga diutamakan.

Panel Pakar Perubatan KKM meneliti keberkesanan serta keselamatan dos penggalak daripada pelbagai sumber dan mendapati satu (1) dos penggalak (booster) mampu meningkatkan tahap imuniti terhadap COVID-19. Golongan yang diberikan keutamaan untuk menerima dos tambahan serta dos penggalak telah diperincikan di dalam Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 17/2021 bertarikh 17 Oktober 2021. Kini golongan tersebut sedang dalam fasa pemberian dos penggalak. Jika dilihat tren kemasukan kes ke hospital bagi kategori 3, 4 dan 5 mengikut kumpulan umur, terdapat kenaikan kemasukan ke hospital dalam kumpulan umur 41-60 tahun, selain tren yang tinggi di kalangan warga emas. Strategi KKM seterusnya adalah untuk meluaskan pemberian dos penggalak kepada golongan tersebut :

o Individu berumur 18 tahun ke atas dengan komorbiditi
o Individu yang berumur 40 tahun ke atas
o Ibu mengandung
o Petugas barisan hadapan (selain petugas kesihatan)

Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan regulatori dan kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat sama ada daripada jenis homologous atau heterologous dengan dos primer terakhir. Setakat ini hanya vaksin Comirnaty telah diberikan kelulusan sebagai dos penggalak secara homologous selepas tempoh 6 bulan menerima dos primer. Manakala vaksin-vaksin lain dalam proses semakan oleh panel pakar dan regulatori. Sehingga 11 November 2021, dianggarkan sebanyak 144.57 juta dos penggalak telah diberikan di peringkat global manakala sebanyak 825,497 dos telah diberikan di Malaysia.

KKM akan terus memantau perkembangan COVID-19 dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama akan meneruskan PICK dengan pemberian dos tambahan dan dos penggalak bagi memastikan Keluarga Malaysia menerima perlindungan yang optimum daripada COVID-19. Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM, segeralah mendaftar dan dapatkan vaksin COVID-19 agar anda dan keluarga dilindungi daripada virus merbahaya ini.
ANALISA SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA

Secara umumnya, situasi penularan COVID-19 di Malaysia adalah baik, namun kita kini masuk ke fasa berjaga-jaga bagi memastikan keadaan terus terkawal dan bertambah baik.

Jika dilihat graf di Rajah 1 kes harian COVID-19 telah mulai meningkat sejak daripada minggu epidemiologi (ME) 14/2021 iaitu pada awal bulan April 2021. Peningkatan kes secara mendadak bermula pada ME 25/2021 sehingga mencapai puncak pada ME 33/2021 berikutan penyebaran varian Delta secara meluas di Malaysia, di mana varian Delta buat pertama kalinya telah dicatatkan pada April dan bilangan kes terus mencatatkan peningkatan.
Alhamdulillah, kes harian COVID-19, kes sembuh COVID-19 dan juga kes kematian COVID-19 mulai menurun sekitar ME ke-36. Ini satu pencapaian yang baik buat negara. Penurunan kes ini adalah selaras dengan peningkatan kadar vaksinasi di dalam negara di mana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah dimulakan pada bulan 24 Februari 2021. PICK bertujuan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 dan mengurangkan kes jangkitan serius COVID-19 serta kematian COVID-19. Sehingga 11 November 2021, lebih daripada 75.7 peratus (24,730,649) penduduk Malaysia telah menerima dos lengkap vaksin manakala 95.1 peratus (22,258,551 individu dewasa) telah menerima dos lengkap vaksin.

Pelancaran Vaksinasi COVID19 secara besar-besaran telah berjaya menurunkan jumlah kes, kadar kemasukkan ke hospital, ICU dan juga kadar kematian (rujuk Rajah 2). Pelaksanaan PICK adalah berlandaskan bukti dan sains serta mengikut prosedur termasuk mendapat kelulusan daripada regulatori.
Rajah 2: Penggunaan Katil ICU, Katil Hospital dan Pusat Kuarantin & Rawatan Risiko Rendah (PKRC) Dengan Kenaikan Vaksinasi

Mutakhir ini, terdapat bukti daripada kajian Real World Data bahawa terdapat kesan pengurangan imuniti (waning immunity) terhadap SARS-CoV-2 selepas beberapa bulan lengkap vaksinasi, dan berlaku peningkatan kes jangkitan semula COVID-19 di kalangan penerima vaksin (breakthrough infection). Selain daripada itu kemunculan variant of concern (VOC) juga memberi kesan di mana ianya lebih mudah merebak dan mampu merebak di dalam komuniti dalam tempoh yang singkat.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-naught (Ro/Rt) mengikut jangkaan kes harian pada 11 November 2021 untuk seluruh negara juga telah meningkat kepada 1.0, lebih kurang lima (5) minggu selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan (rujuk Rajah 3).

Jika kita lihat situasi sebelum ini, trend peningkatan kes telah dilihat lima (5) sehingga enam (6) minggu selepas kebenaran rentas negeri diberikan pada 7 Disember 2020 dahulu (rujuk Rajah 4).

Kedua-dua faktor ini menjadi peringatan awal kepada kita semua agar tindakan secara aktif perlu diambil bagi memastikan kes COVID-19 tidak meningkat semula dengan mendadak. Antaranya dengan mempergiatkan tindakan pemberian vaksin dos penggalak (booster dose).

- KPK KKM -