CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Salam sejahtera...

Jangan panik, KKM sedang bergiat mencari kes-kes positif. Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung penularan kes COVID-19 di Malaysia... Mohon sesiapa merupakan kontak rapat dengan kes-kes positif untuk bekerjasama dengan pihak kesihatan daerah dan negeri..

Buat masa sekarang, ikutilah nasihat KKM...

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

2. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

- CPRC KKM

No Fear, No Rumor, No Stigma

#mycombatcovid
Marilah kita sama-sama luangkan masa bersama keluarga tersayang waktu cuti sekolah ini. Ini dapat kurangkan risiko mendapat sebarang jenis jangkitan.

Sekiranya mengalami gejala demam, batuk, sesak nafas dan lain-lain, sila gunakan platfom atas talian seperti doctoroncall, hotline CPRC negeri atau pejabat kesihatan daerah untuk nasihat lanjut.

- CPRC KKM
KKM sentiasa melihat kembali cadangan dan strategi untuk tangani wabak COVID-19 ini.

Tugas utama KKM adalah untuk melindungi dan memastikan kesihatan rakyat Malaysia terjamin.

Buat masa sekarang, usahlah kita viralkan berita-berita palsu dan tidak sahih.

- CPRC KKM

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat.

Secara globalnya, kes meningkat di semua negara jika dibandingkan dengan negara China.

Kadar kematian adalah sebanyak 3.96% dan kadar sembuh adalah 46.76% secara global.

CPRC KKM akan memberi maklumat terkini dari masa ke semasa.

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat.

Ribuan terima kasih kepada semua kontak rapat kes COVID-19 yang telah menghubungi kami. Kami di KKM sedia membantu.

Kecekapan dan keberkesanan KKM untuk membendung penularan wabak ini bermula dengan kerjasama setiap lapisan masyarakat di Negara kita.

Jangan risau, kami di KKM sedang berusaha siang dan malam untuk memastikan wabak ini tidak menular di Malaysia.

Tahap strategi KKM adalah pada fasa “late containment” pada masa kini.

Demi negara,

- CPRC KKM

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 16.3.2020:

Kes dilaporkan: 125

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 553

Kes sembuh: 0

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 42

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 511

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat, terdapat penurunan kes pada hari ini berbanding dengan kes semalam.

KKM masih lagi akan meneruskan aktiviti pencarian kontak rapat. Sementara itu, semua dinasihatkan mengikut nasihat KKM tentang langkah-langkah pencegahan.

- CPRC KKM

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA
Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenai situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia pada jam 10, malam ini (Isnin, 16 Mac 2020).

Pengumuman ini akan disiarkan secara langsung di semua stesen tv.
“PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”

- YAB PM
Jangan panik, jangan cemas, bawa bertenang..

- YAB PM