CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pecahan kes baharu mengikut negeri, 21 Jun 2021.

#COVID19
Malaysia Akan Hasilkan Vaksin COVID-19 Sendiri Menggunakan Jenis mRNA

Malaysia kini sedang dalam proses membangunkan vaksin COVID-19 melalui kerjasama dengan Institut Kajian Perubatan (IMR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin berkenaan ialah jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) mula dibangunkan bermula November tahun lepas dan kini pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2 (COVID-19).

"Selepas ia selesai, kajian praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil akan dilaksanakan sebelum kajian klinikal terhadap manusia dilakukan," katanya dalam sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 untuk minggu epidemik ke-24 bermula 12 Jun hingga Sabtu lepas (CITF) di Putrajaya hari ini.

Turut sama dalam sidang media berkenaan ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Berkenaan perkembangan program PICK, Khairy berkata sebanyak 98,166 permohonan daripada ibu hamil untuk vaksinasi diterima Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

Menurut beliau, kini tarikh janji temu sedang dikeluarkan secara berperingkat mengikut jangkaan tarikh bersalin (EDD) para pemohon berkenaan.

"Pada hujung minggu lepas, kita telah memberikan sebanyak 3,000 janji temu di Kuala Lumpur dan 224 di negeri Perlis," katanya.

Pihak CITF juga telah meluluskan sebanyak 5,621 permohonan untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara dalam masa terdekat dan mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin mereka segera sebelum berlepas.

Setakat semalam, jumlah pemberian vaksin secara keseluruhan untuk dos 1 dan dos 2 ialah 5,815,575. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,202,601 orang sudah menerima dos pertama kira-kira 12.9% dan 1,612,974 orang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19.