CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Mati di rumah meningkat- Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 31 Mei 2021.
Pecahan kes baharu (6,824)
2.9 juta orang sudah divaksin

Kuala Lumpur: Seramai 1,052,145 individu telah menerima dos kedua vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi catatan di Twitternya, beliau berkata, seramai 1,860,864 orang pula menerima dos pertama, menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam ialah 2,913,009 dos.

Dr Adham berkata, lima negeri tertinggi yang telah melengkapkan kedua-dua dos ialah Selangor dengan 139,427 dos diikuti Sarawak (109,934); Perak (97,558); Kuala Lumpur (94,399) dan Johor (92,231).

Menurutnya, setakat semalam, 49.9 peratus atau 12,117,091 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi sebanyak 3,223,832.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala, fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/712141/29-juta-orang-sudah-divaksin
Covid19 is real... kita tengah berperang dan peperangan kali ni paling sukar sebab kita tidak nampak musuh kita..

Cuma kita tahu kelemahan musuh kita.. mereka tak boleh berjalan... mereka perlukan perumah utk terus hidup.. perumah adalah kita.. kalau kita tingkatkan disiplin kita utk pastikan kita tidak dijadikan perumah.. mereka akan mati.. dan kalau ramai yg buat benda yg sama pasti kita akan menang...

JOM PASTIKAN KITA BUKAN PERUMAH COVID19 DENGAN...

1. Kurangkan pergerakan
2. Stop aktiviti yg boleh kita menyebabkan kita berkumpul
3. Stay at home
4. Kerap basuh tangan
5. Pakai mask seeloknya double kalau di luar..seeloknya lagi pakai face shield
6. Jaga jarak
7. Tingkatkan kebersihan diri.. tempat tinggal dan komuniti kita
8. Daftar utk vaksin utk tingkatkan perlindungan diri dan komuniti
9. Panjatkan doa

In sya Allah.. kita boleh

Facebook Dr Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri WP Labuan.