CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KLUSTER RAYA

KLUSTER RAYA telah kita jangka dan masa yang ditunggu telah tiba. Ianya telah membuahkan hasil di daerah Hulu Terengganu (HT). Daerah yang sebelum ini berstatus HIJAU yang agak lama sebelum bertukar ke status merah dalam sekelip mata.

Gara gara masih ada yang melanggar SOP hanya kerana ingin beraya. Rentas negeri masa raya dan ziarah raya. Akhirnya seluruh mukim Kuala Berang dilaksanakan PKPD bagi membendung penularan yang besar. Sekelip mata terdapat 124 kes aktif yang disumbangkan oleh 5 kluster aktif di HT.

Antaranya Kluster LH. Ada sejarah balik dari Johor 2 hari sebelum raya. Ada pula ziarah raya antara ahli keluarga terdekat. Akhirnya seramai 24 orang disahkan positif. Merebak ke pasar pula di mana 4 pekerja am di pasar itu telah disahkan positif. Bagaimana risiko peniaga dan pembeli di situ. Semuanya terdedah dan ditakuti jangkitan telah meluas tanpa sedar...
Kluster sebuah taman perumahan. Balik beraya di Bentong dan tergamak balik beraya pulak dengan jiran jiran. Akhirnya 6 disahkan positif dan kontak rapat juga menjangkau ratusan orang.

Sama lah kisah seorang balik dari Johor untuk berkawin. Tapi masih melakukan ziarah raya dengan famili terdekat. Akhirnya 5 dikesan positif. Kontak rapat masih dikesan.

Kluster terbaru di Mukim Hulu Telemong pula, ada sejarah balik beraya dari Melaka dan sudah kembali semula ke Melaka. Balik dalam keadaan bergejala. Sudah menular ke sebuah pejabat pula. Akhirnya 10 pekerja pejabat disahkan positif. Kontak rapat sedang dikesan.

Kenapa begini sikap kalian?. Nak kata tak tahu rasanya bersepah nasihat melalui media masa diberikan bersabit SOP raya. Tu namanya memperlekehkan SOP.

Jawaban skema majoriti kes "Ingat kan tak ada apa2". Habis selama ini mereka ingat Covid 19 tu rekaan sahaja ke?

Sebuah kisah di Mukim Tanggol. Seramai 14 orang ziarah ahli keluarga yang meninggal di daerah Marang. Rupanya di sana ada kes positif. Kesemua 14 orang disahkan positif. Kalau 14 orang ini DUDUK RUMAH boleh tah
98 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, jumlah kematian harian tertinggi pernah dilaporkan.

#COVID-19
Status Terkini #COVID19, 29 Mei 2021
Kes sembuh= 5,527
Jumlah kes sembuh= 479,666
Kes baharu positif= 9,020 (9,015 tempatan, 5 import)
Jumlah positif= 558,534
Kes kematian= 98
Jumlah kes kematian= 2,650
Kes dirawat di ICU= 844
Bantuan alat pernafasan= 430
Kenyataan Akhbar KPK 29 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,527 kes (479,666 kes kumulatif, 85.9%);
• Kes baharu : 9,020 kes (558,534 kes kumulatif);
• Kes import : 5 kes (4 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 9,015 kes [8,346 warganegara (92.6%); 669 bukan warganegara (7.4%)];
• Kes aktif : 76,218 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 844 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 430 kes;
• Kes kematian : 98 kes (2,650 kes kumulatif, 0.47%; 98 warganegara);
• Jumlah kluster : 2,146 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,516 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 630 kluster.

Sebanyak 98 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Terengganu, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
98 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia; 2650.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.