CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
NEWS FLASH

Old folks homes are at high risk of COVID-19 infection. To date 21 (0.2%) residents and staff at nursing homes had tested positive for the COVID-19 out of the 9,122 samples taken to date.

Tests had been conducted at 267 old folks homes so far. 18 (85.7%) were asymptomatic.

From Director-General of Health, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilftiri pada esok hari, KKM sekali lagi ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia mengamalkan SOP yang telah disarankan. Aktiviti seperti ziarah kubur, kunjung-mengunjung rumah saudara mara, kalau boleh, tak perlulah kita lakukan untuk raya kali ini. Cukuplah sekadar beraya bersama ahli keluarga yang ada di rumah sahaja. Jadikan perayaan kali ini sebagai pengalaman baru buat kita semua, dan bukannya kenangan pahit.

ELAKKAN 3S

1) Tempat yang SESAK
2) Tempat SEMPIT dan tertutup
3) SEMBANG atau berbual dalam jarak dekat

AMALKAN 3W

1) WASH - kerapa cuci tangan dengan air dan sabun
2) WEAR - pakai pelitup muka jika bergejala
3) WARN
- elak dari bersalaman dan bersentuhan
- amalkan etika batuk dan bersin
- lakukan disinfeksi
- duduk rumah
- dapatkan rawatan jika bergejala

Kita sama-sama ambil tanggungjawab dan amanah ini bersama.

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 23 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 48 (Terdapat 4 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,185

Jumlah kes aktif: 1,158

Kes sembuh: 53

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,912

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 9 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 115


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM
Kita berhari raya dalam normal baharu.
Tiada perjalanan rentas negeri.
Ziarah raya juga tidak seperti selalu.
Demi yang tersayang, tiada sebab kita ingkari.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat.

Ikhlas,
Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/2939448922769892/
Raikan Hari Raya #Aidilfitri tahun ini di rumah bersama keluarga secara tertutup demi keselamatan.

Memutuskan rantaian dan mengelak penularan jangkitan #COVID19 adalah tanggungjawab kita bersama.

Due to #covid19 this year's Aidilfitri brings a completely new experience with zero physical contact or gatherings.

#stayhome because that's the safest place to be. Remember, are our own responsibility.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan norma- norma baru daripada warga kerja KKM.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Dari 12 negara dengan bilangan kes melebihi 100,000 adalah bersamaan dengan 74.1% dari jumlah keseluruhan kes di dunia.

Kadar kesembuhan keseluruhan kes dunia hampir kepada 40%.

Malaysia adalah salah satu dari 47 negara yang mempunyai kadar kesembuhan 80% ke atas.

- CPRC KKM