CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

Dua daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor dan Kuala Langat kini zon hijau.

Perlis, Kedah dan Kelantan kekal negeri zon hijau.

Bagi melindungi zon-zon hijau dan bagi mengelak penularan jangkitan dari zon merah, perjalanan rentas negeri TIDAK dibenarkan kecuali dgn kebenaran PDRM.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Kini ada 8 negara yang mempunyai bilangan kes 200,000 ke atas dari 10 buah negara utama yang mencatatkan kes tertinggi di dunia.

Negara Malaysia antara 15 negara yang mempunyai peratus kesembuhan melebihi 80% dari negara-negara yang mempunyai jumlah kes positif COVID-19 melebihi 1,000 kes

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Nantikan perkembangan terkini #covid19malaysia yang dijangka bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini.

#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 17 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 22 (Terdapat 5 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,894

Jumlah kes aktif: 1,210

Kes sembuh: 59

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,571

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 13 (Seramai 7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 113


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Kepada mereka yang dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada KKM (rujuk infografik).

Bagi mereka yang mendapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga.

Larangan merentas negeri ini bukanlah untuk menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua.

Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima.

Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini.

Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain.

Patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan. Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Negara India dan Peru sudah mempunyai kes COVID-19 melebihi 90,000 ke atas dan dilihat mula menghampiri ke angka 100,000 kes.

Malaysia adalah salah satu dari 41 negara dan wilayah di dunia yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 80%.

- CPRC KKM
Perkembangan terkini #covid19malaysia yang bersiaran setiap hari akan turut disiarkan pada waktu yang sama hari ini iaitu 4.30 petang.

Semakin kita menghampiri pengakhiran kepada bulan Ramadhan yang mulia ini, terus tingkatkan ibadah kita supaya kita beroleh keuntungan daripadanya. :) Semoga nasihat ringkas ini memberi manfaat kepada semua.

#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 18 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
47 (Terdapat 21 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,941

Jumlah kes aktif:
1,213

Kes sembuh:
44

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
5,615

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
13 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
0

Jumlah keseluruhan kematian:
113


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM