CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

Klang Lama, 14 Mei 2020 - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba telah mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan, Petaling Bahagia, Kuala Lumpur dan menyampaikan sumbangan makanan untuk berbuka puasa kepada petugas-petugas perubatan dan kesihatan pada hari ini.

Berita penuh di pautan di bawah
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157043892626237

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Cheras, 14 Mei 2020 - YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 1 telah menyantuni petugas barisan hadapan di Lobi Blok Pendidikan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dulu dikenali Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) pada hari ini.

Berita penuh di pautan di bawah
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157043902671237

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Pelajar dan kakitangan di madrasah, sekolah tahfiz atau sekolah tahfiz dikategorikan golongan berisiko tinggi mendapat COVID19.

Mereka in dikaitkan dgn Perhimpunan di Seri Petaling iaitu kluster terbesar di Malaysia dan masih aktif.

Sehingga 14 Mei, seramai 19,209 pelajar dan kakitangan dari 370 madrasah/ tahfiz/ sekolah pondok sudah disaring dan diuji sampel dan hasilnya 635 disahkan positif.

Hasil saringan ini, didapati kadar positif kumpulan berisiko ini 5.1% dibandingkan 4.4% pada minggu sebelumnya.

Trend kenaikan kadar positif ini membimbangkan kerana kebarangkalian untuk mereka menjangkiti org lain makin meningkat.

Daripada 635 org yg positif itu, 539 atau 85% tidak menunjukkan sebarang gejala termasuk tiada masalah pernafasan (sesak nafas).

Dengan kata lain, pelajar dan kakitangan madrasah, sekolah tahfiz atau sekolah pondok boleh menjangkiti ahli keluarga dan orang sekeliling/nasyarakat setempat dengan mudah.

Setakat ni, enam kluster di madrasah dan tahfiz dan terbaru Madrasah Solok Duku di Melaka (dua pelajar dan dua ahli keluarga kakitangan disahkan positif).

Daripada 6 kluster ni, 4 disahkan subkluster Perhimpunan di Seri Petaling manakala 2 lagi masih dalam siasatan.

Ini saranan KKM.

1. Bagi pelajar yang telah pulabg ke rumah, ibu bapa atau penjaga diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk diambil sampel untuk ujian.

2. Bagi pelajar yang yang masih berada di asrama, mereka diminta kekal di asrama dan tidak keluar. Hubungi PKD terdekat untuk ujian pensampelan.

3. Kepada pemilik atau pengurusan madrasah, tahfiz atau sekolah pondok, mereka diminta menghubungi PKD terdekat dan menyalurkan maklumat diperlukan bagi KKM menjalankan pendekatan tertumpu.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Lebih 4.4 juta telah dijangkiti #COVID19 dan menyebabkan lebih 302,000 kematian seluruh dunia.

AS, Rusia dan Brazil merekodkan peningkatan kes sangat ketara.

10 negara mencatat kes jangkitan melebihi 100,000.

Benua Antartika masih kekal tiada kes #COVID19 setakat ini.

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Berikut adalah senarai terkini hospital di Malaysia yang merawat jangkitan #covid19.

Terdapat 40 buah hospital kesemuanya, dan penambahan hospital ini adalah sebagai langkah awal KKM menghadapi sebarang kebarangkalian.

Dalam pada itu, terdapat 26 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di seluruh Malaysia. Lapan (8) daripada jumlah tersebuh adalah dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Kesemua 26 buah pusat ini berperanan untuk merawat pesakit COVID19 yang tiada gejala atau gejala ringan, dan stabil atau juga dikenali 'step-down care'.

#KitaMestiMenang
#covid19malaysia

- CPRC KKM
KENYATAAN AKHBAR

Perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan kerana #COVID19.

Namun, KKM tetap sediakan perkhidmatan imunisasi dan keutamaan kpd murid Tahun Satu.

Ibu bapa perlu bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat apabila mendapat jadual temujanji dari sekolah.

- CPRC KKM