CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
*DG of Health Newsflash*

Selaras dengan perkembangan terkini penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah mengadakan satu sesi mesyuarat dan dialog dengan pihak hospital dan klinik swasta bagi membincangkan pengurusan kes disyaki dan pesakit Corona Virus Disease (COVID-19). Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil daripada persatuan-persatuan, pihak hospital swasta dan klinik swasta yang dapat hadir ke sesi ini. Sesi seumpama ini diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memantapkan dan meningkatkan tahap kesiapsagaan dan kebolehupayaan semua aspek sistem kesihatan Malaysia agar dapat menangani penularan COVID-19.

In line with the latest developments of COVID-19 in Malaysia, the Ministry of Health held a meeting and dialogue session this morning with private hospitals, private GP clinics and relevant associations, to discuss the management of suspected cases and patients of Corona Virus Disease (COVID-19). I would like to convey MOH’s appreciation to the representatives of associations, private hospitals and private clinics that were able to attend this session today. Such engagements are continuously done from time to time, in order to further enhance the level of preparedness in all aspects of the Malaysian health system to address the spread of COVID-19 in holistic approach.

*Datuk Dr Noor Hisham Abdullah*
*KP Kesihatan*

https://www.facebook.com/100003283858364/posts/2728656050587163/?d=n
*Kenyataan Akhbar KPK 1 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia*

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pukul 12 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu dilaporkan pada hari ini (1 Mac 2020).

Dengan pelaporan empat (4) kes terbaru, jumlah kumulatif kes COVID-19 sehingga pukul 12 tengah hari 1 Mac 2020 adalah sebanyak 29 kes; iaitu tujuh belas (17) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), sepuluh (10) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan. Dari jumlah tersebut, lima belas (15) orang adalah warganegara China, sebelas (11) orang adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali). Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj – menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini seramai tujuh (7) orang.

Baca lebih lanjut di https://kpkesihatan.com/2020/03/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
#KesiapsiagaanKKM
#MencegahLebihBaikDariMerawat
#NovelCoronaVirus

Terkini, Amerika Syarikat mencatatkan kes kematian pertama bagi COVID19.

Susulan itu, kerajaan Amerika Syarikat telah membuat sekatan terhadap pelawat dari Iran selain menasihatkan rakyat mereka untuk mengelak dari mengunjungi Korea Selatan dan Itali.

Berikutan tambahan empat (4) kes yang berlaku di Malaysia, jumlah keseluruhan kes ialah 29. 22 daripada kes telah pulih dan sembuh, manakala 7 lagi masih dirawat di wad.
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 1st March 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (1 Mac 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (1st March 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa sehingga 12 tengah hari 4 Mac 2020, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia yang merangkumi 22 kes positif COVID-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telah sihat dan discaj. Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes.

Baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/03/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 4th March 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk